Sunday 9 July 2023

PASUKAN BOLA BALING/SABER HANDBALL TEAM 2023 L12 DI KEJOHANAN SIRKIT BOLA BALING SK LEMBAH KERAMAT (L12) – K33

Minggu lepas tiada Penjaga Gol, kali ini tiada pemain utama hadapan. Namun, pasukan L12 terus diuji bagi menghadapi kejohanan mendatang. Perit untuk ditelan namun pengalaman merupakan guru yang paling hebat.

Aktiviti : 
KEJOHANAN SIRKIT BOLA BALING SK LEMBAH KERAMAT (L12)
Kategori : L12
Tarikh : 17 Jun 2023 (Sabtu)
Tempat : Sekolah Kebangsaan Lembah Keramat
Anjuran : Sekolah Kebangsaan Lembah Keramat




Pemain dalam Pasukan Bola Baling SABER HT (L12) :
Aliff, Alby, Harraz, Acap, Nafis, Aizzat, Affan

Keputusan (L12) :

1. SK TAMAN KOSAS (3) - (5) SK SUNGAI BULOH
2. SK TAMAN KOSAS (2) - (5) SK KANCHONG DARAT
3. SK TAMAN KOSAS (0) - (11) SK DESA AMANPURI
4. SK TAMAN KOSAS (1) - (7) SK TAMAN NIRWANA
5. SK TAMAN KOSAS (2) - (4) SK TAMAN SELAYANG 2

Menang -, Belum menang 5, Seri -
Jumlah jaringan 10, Bolos 40

Berlatih dan terus berlatih. Kita pasti akan jadi terbaik suatu hari nanti.

Pihak pengurusan pasukan amat – amat berterima kasih dengan ibu bapa / penjaga para pemain SABER yang sentiasa memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk membenarkan anak – anak mereka bermain. Yang datang menyokong serta yang mendoakan keselamatan dan kecemerlangan pasukan.

Para pegawai pasukan Cikgu Aisyah (Pengurus Pasukan). Cikgu Adda (Fisioterapi) dan Cikgu Azma Hakimi (Jurulatih Pembangunan) yang mendoakan kami dari jauh. Terima kasih... terima kasih. Anda hebat. 

Hanya tuhan yang membalas kebaikan tuan puan dan para pegawai. Teruskanlah menyokong pasukan ini sehingga terus cemerlang.

Semangat membara, usaha, juara... SABER HU HA!!!

**Bersedia untuk kejohanan yang seterusnya... berlatih dan terus berlatih. Bukan apa, ini semua atas dasar minat yang mendalam kepada sukan bola baling.
**”Road to MSSDHL”

No comments:

Post a Comment