Saturday, 2 November 2024

PASUKAN BOLA BALING SABER KS HANDBALL TEAM / SEKOSAS L12 P12 DI JARINGAN PERSAHABATAN BOLA BALING LELAKI DAN PEREMPUAN BAWAH 12 TAHUN SIRI 2 – K52

Tahniah dan syabas kepada semua pasukan yang terlibat. Terima kasih kerana memenuhi undangan kami. Kita main bola baling.


Aktiviti (Kejohanan/Persahabatan) :
JARINGAN PERSAHABATAN BOLA BALING LELAKI DAN PEREMPUAN BAWAH 12 TAHUN Siri 2
Tarikh : 05 Julai 2024 (Jumaat)
Tempat : Gelanggang Serbaguna, SK Taman Kosas
Anjuran : Kelab Bola Baling, SK Taman Kosas dengan Kerjasama Unit Kokurikulum, SK Taman Kosas

Kategori : L12
> Keputusan

1.SK NIRWANA L12 (8) vs (5) SK SG SERAI L12
2.SEKOSAS L12 (8) vs (3) SK SG SERAI L12
3.SEKOSAS L12 (4) vs (9) SK TAMAN NIRWANA L12

Alhamdulillah... tahniah anak – anak L12.

Kategori : P12
> Keputusan

1.SEKOSAS P12 (12) vs (2) SK SG SERAI P12
2.SK TAMAN NIRWANA P12 (2) vs (1) SK SG SERAI P12
3.SEKOSAS P12 (11) vs (1) SK TAMAN NIEWANA P12
Alhamdulillah... tahniah anak – anak P12.

Sungguh Rejam Juara
----------------------
Berlatih dan terus berlatih. Kita antara yang tebaik dan terus berlatih untuk kekal yang terbaik. 

Pihak pengurusan pasukan amat – amat berterima kasih kepada ibu bapa / penjaga para pemain SEKOSAS / SABER KS HT yang sentiasa memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk membenarkan anak – anak mereka bermain. 

Terima kasih kepada semua para pentadbir SK Taman Kosas, para pegawai pasukan Cikgu Adda (Fisioterapi), Cikgu Aisyah (Pengurus Pasukan) serta Cikgu Azma Hakimi (Jurulatih Pembangunan), Cikgu Sara, yang sentiasa bersama dengan pasukan. Terima kasih... terima kasih. Anda hebat.

Juga kepada para guru dan warga SEKOSAS yang padu menyokong, serta mereka yang sentiasa mendoakan keselamatan dan kecemerlangan pasukan.

Hanya tuhan yang membalas kebaikan tuan puan dan para pegawai. Teruskanlah menyokong pasukan ini. Cemerlang dan terus cemerlang.

Sungguh Rejam Juara... SABER HU HA!!!

**Sentiasa bersedia. Bukan apa, ini semua atas dasar minat yang mendalam kepada sukan bola baling. 

**Saya bukan nak popular, saya cuma nak rasa macam mana puasnya membentuk murid dari zero menjadi hero. Saya nak buat macam cikgu saya buat dulu, mereka mendidik saya sebaik mungkin, dan kini biarlah saya pula yang mendidik anak murid saya sepuasnya sehingga akhir hayat saya.

No comments:

Post a Comment