Sunday, 28 September 2025

PASUKAN BOLA BALING SEKOSAS / SABER KS (KOSAS/KSATRIA) HT L11 P11, 2025 DI KEJOHANAN BOLA BALING TERBUKA TALENTCHAMPS SPORTS COMPLEX 2025 BAWAH 11 TAHUN – K65

Alhamdulillah. KS (Kosas/Ksatria) Bangkit. 'Zero to Hero'. Hasil positif. Satukan jiwa.

Sebuah pasukan dianggap sebagai satu tubuh badan yang sempurna. Satu bahagian yang mengalami kecederaan, pasti bahagian lain akan terasa kesannya. 

Tahniah kepada pasukan L11 mengekalkan pencapaian untuk melepasi peringkat kumpulan, P11 kita buat semula.

Aplikasi pengetahuan dan latihan ke dalam situasi permainan, memberi cabaran besar kepada seseorang pemain, membuat keputusan tepat bagi melaksanakan tindakan yang akan membawa ke hasil yang diharapkan. Ilmu, pengetahuan, penghayatan teknik dan membenarkan diri untuk berubah, kunci utama mematangkan kemahiran pemain. Sentiasa memikirkan untuk memberikan yang terbaik, bersungguh dan sedar bahawa kita ini nadi pasukan. Bersaing untuk menjadi yang terbaik dan cemerlang.

Langkah seterusnya ialah membina jiwa kental, dahagakan kemenangan, semangat untuk bangkit dan melawan, dan menguatkan fizikal. Jom berlatih.

Matlamat jangka panjang sangat jelas, kembali nikmat menang, kepuasan setelah ‘berkayuh’ sejauh – jauhnya dan sekuat – kuatnya. Pasak dalam minda... jadi ‘Unbeatable’.

KEJOHANAN BOLA BALING TERBUKA TALENTCHAMPS SPORTS COMPLEX
2025 BAWAH 11 TAHUN
Tarikh : 27 – 28 September 2025 (Sabtu dan Ahad)
Kategori : bawah umur L11 dan P11 (mengikut umur 2025)
Tempat : Talent Champs Sport Complex, Taman Eko Langat 
Masa : Sepenuh masa
Peringkat : Terbuka
Anjuran : Talent Champs Sport Complex

P11


SENARAI NAMA PEMAIN P11
Sumiyya, Qaseh, Nilam, Sara, Adhni, Aqilah, Naurah
Alya, Hania, Safiyyah, Jasmin, Adelia

Keputusan
Peringkat Kumpulan
1.SEKOSAS HT 1 – 5 SeKEM
2.SEKOSAS HT 11 – 0 Armada
3.SEKOSAS HT 3 – 4 Vortex

... Tempat Ketiga Kumpulan

Menang 1, Belum menang 2, Seri -
Jumlah jaringan 15, Bolos 9
Beza Gol +6
-----
L11


SENARAI NAMA PEMAIN L11
Niyaz, Irsyad, Irfan, Danny, Taufiq, Addin, Adam,
Rayyiman, Hadi, Fawwaz, Alif, Izzat

Keputusan
Peringkat Kumpulan
1.SEKOSAS HT 6 – 7 TTDI Shark
2.SEKOSAS HT 11 – 0 Star Cobra Jr
3.SEKOSAS HT 5 – 1 Harunians

... Naib Johan Kumpulan

Pusingan 16
1.SEKOSAS HT 4 – 9 Citizen HC

Menang 2, Belum menang 2, Seri -
Jumlah jaringan 26, Bolos 17
Beza Gol +9

Sungguh Rejam Juara, Kita No. 1
++++++++++++++++++
Berlatih dan terus berlatih.
Pihak pengurusan pasukan amat – amat berterima kasih kepada ibu bapa / penjaga para pemain SEKOSAS / SABER KS HT yang sentiasa memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk membenarkan anak – anak mereka bermain. 

Terima kasih kepada semua para pentadbir SK Taman Kosas, para pegawai pasukan, Cik Najwa yang sentiasa bersama dengan pasukan. Terima kasih... terima kasih.

Juga kepada para guru dan warga SEKOSAS yang padu menyokong, serta mereka yang sentiasa mendoakan keselamatan dan kecemerlangan pasukan.

Hanya tuhan yang membalas kebaikan tuan puan dan para pegawai. Teruskanlah menyokong pasukan ini.

**Sentiasa bersedia. Bukan apa, ini semua atas dasar minat yang mendalam kepada sukan bola baling. 
**Saya bukan nak popular, saya cuma nak rasa macam mana puasnya membentuk murid dari zero menjadi hero. Saya nak buat macam cikgu saya buat dulu, mereka mendidik saya sebaik mungkin, dan kini biarlah saya pula yang mendidik anak murid saya sepuasnya sehingga akhir hayat saya.

No comments:

Post a Comment