8 November 2012 (Khamis)
4 hari sebelum,
pada hari Isnin, penulis ada pergi menelefon beberapa pasaraya yang boleh
penulis mengadakan perniagaan ‘Sand Arts’.
Carilah mana – mana pasaraya yang boleh disewa ruang perniagaan. Layari
internet untuk mendapatkan nombor telefon dan penulis telefon. Lepas itu
sangkut di Spectrum. Tanya beberapa perkara dan pada hari Selasa terus penulis
pergi pejabat dan berjaya menyewa tapak perniagaan. Alhamdulillah, ini satu
permulaan. Motivasi untuk berniaga ini datang daripada isteri penulis dan juga
lebihan barang ‘sand arts’ yang ada
masa panitia Sains buat aktiviti pada hari Kokurikulum SKTK.
Setelah menelaah
laman sesawang SSM , penulis terus memuat turun borang yang diturunkan.
Memahami kehendak borang dan mengisi segala butiran yang diperlukan. Jam
menunjukkan pukul 3.30 petang. Agak lewat untuk ke SSM KL Sentral, tapi pergi
jelah jangan bertangguh.
Alhamdulillah
prosedur untuk mendaftar perniagaan tidaklah sesusah mana. Lebih – lebih lagi perniagaan milikan tunggal. Isi borang Permohonan Kelulusan Nama Perniagaan
(Borang PNA.42) dan Borang A, Borang Pendaftaran Perniagaan Baru. Semua panduan
ada ditampal di kaunter SSM. Sampai jam 4.00 petang, naik tingkat 2 dan terus
mendaftar. Hanya dalam 30 minit, bayar yuran pendaftaran sebanyak RM60.00, maka
secara rasmi lahirlah NAIMO KIDZ WORKSHOP.
Selepas apa, kena buat beberapa perkara yang perlu. ‘Get ready for my first bisness day’. NAIMO KIDZ WORKSHOP, apa yang ditawarkan untuk awalnya, ialah aktiviti ‘sand arts’, gembira mewarna dengan pasir. Terima kasih juga untuk anak – anak penulis, kamu semua yang memberi idea ini.
No comments:
Post a Comment