17 – 18 November 2012 (Sabtu dan Ahad)
Ini merupakan
satu langkah besar, pertama kali bagi NKW untuk membuka gerai jualan/aktiviti
di tempat awam. Ini merupakan satu kejayaan bagi NKW amnya dan penulis sendiri
khususnya.
Perlu ada keyakinan, keberanian diri. Perlu ada
sikap ‘Jangan peduli kata orang’ dan ‘Buat terus dan jangan toleh belakang’.
‘Maju ke hadapan’ dan paling penting ‘MESTI MENCUBA’ selagi perkara itu
dikategorikan sebagai perkara yang baik.‘Sand Arts’ perlukan pelekat bergambar, pencungkil yang digunakan untuk mencungkil pelekat. Ingat, cungkil bahagian – bahagian demi bahagian. Cungkil satu bahagian dan kemudian taburkan pasir berwarna menggunakan sudu dan tekap sedikit pada bahagian yang dicungkil agar pasir itu melekat. Ketuk dengan lembut pelekat bergambar ke bekas pasir berwarna. Pastikan lebihan pasir masuk semula ke dalam bekas yang betul. Lihatlah hasilnya. Guna kreativiti anda untuk mencantikkan pelekat bergambar anda.
Kakak bakery pun nak sertai 'Sand Arts'
Pertama kali ini, banyak benda yang dipelajari dan dilalui. Dari mula buka gerai, menjaga gerai, melayan pengunjung/pelanggan sehinggalah gerai ditutup. Kita bos dan kitalah pekerja. PENAT, PENAT tapi seronok. Namun dari sini penulis dapat idea untuk menjual SETKIT SENI PASIR (‘SAND ARTS KIT SET’)’. NKW di Spectrum ini dianggap berjaya dan akan terus berusaha untuk lebih berjaya.
Ambil kesempatan
nak ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat, menyokong NKW, secara
langsung atau tidak langsung menjayakan gerai NKW di Spectrum Shopping Mall,
Ampang.
No comments:
Post a Comment