11 – 16 Disember 2012 (Selasa – Ahad....Selasa dan Rabu sahaja)
Ini karnival kedua penulis sertai. Tapi nak beritahu kepada semua pembaca yang penulis turut serta dalam karnival ini pun secara tergesa – gesa dan tidak dirancang. Penulis pergi je ke laman majalah iaitu salah satu laman web yang ada macam – macam tawaran tapak niaga pelusuk negara. Ramai penganjur (‘organizer – nama yang dipanggil kepada mereka – mereka yang menawarkan tapak dan khemah, tapi bukan penganjur acara.’) yang meletakkan iklan sewa tapak mereka kat sini. Perkataan ‘organizer’ itu penulis belajar dengan kawan – kawan yang penulis kenal di SAF.
Lepas
tu ada iklan oleh seorang kakak ni yang nak berkongsi tapak 20 x 20, 4 orang.
Jadi penulis terus telefon kakak ini dan terus buat perjanjian dengan dia yang penulis
nak sertai tapak dengan harga tidak lebih RM500. Siap jumpa dengan kakak ini
kat Shah Alam dan penulis boleh mula berniaga di SAF bermula hari Selasa (11
Dis 2012).
Gerai ini kongsi
kongsi 4 peniaga. Semuanya disusun memanjang ke belakang. Itu gerai NKW.
Pengetahuan berguna 1 : Dalam sewa
gerai dengan organizer ini, kita boleh buka untuk peniaga lain untuk berkongsi
khemah dengan kita. Lebih - lebih lagi kalau organizer yang ‘cekik darah’. Sekurang - kurang sewa khemah dan tapak itu boleh dibahagikan
dengan 4. Kurang sikit sewanya. Tapi untuk organizer yang dah tetapkan untuk
kita dan menentukan di mana bahagian atau seksyen perniagaan ... tu susah sikit
untuk kita ajak orang lain.
Hari pertama NKW lewat
buka gerai kerana pada pagi tu perlu selesaikan dahulu urusan keluarga.
Ini antara pelanggan NKW yang terawal..... kakak dan abang Coway. Lepas jer buka mereka terus ‘berwarna’.
Ini gaya rupa susunan gerai NKW di SAF. Memanjang ke belakang. Cuma meja jer yang tidak beralas. Ada orang tegur nanti alas meja yer baru nampak elok dan molek sikit. Bila dan kongsi khemah dan tapak, tapak yang kita dapat itu ialah 5 x 20, NKW berkongsi tapak dengan peniaga kasut kanak – kanak, pakaian wanita dan abang kek lapis Sarawak. Sebelah kanan pulak ada peniaga Coway (bawa satu keluarga turun) dan peniaga yang menjual buku – buku agama.
Antara pelanggan NKW. Oh ya! Untuk ‘sale’ hari pertama agak baik. Sebenarnya lepas ‘set-up’ gerai, hujan turun dengan lebatnya sampai pukul 3.30 petang. Lepas tu baru baik. NKW terpaksa ditutup awal pada hari pertama – penulis ada hal di malam hari, untuk 2 jam selepas itu dari jam 4 ptg hingga 6 ptg NKW berjaya menjual sebanyak 10 kad, boleh tahan. Alhamdulillah.
Ha .... tu ada
gambar angsa. Sebab itulah karnival ini dipanggil sebagai AGRO sebab ia melibat
ternakan dan tanaman untuk pertanian.
Oh
ya! Sebab apa gerai NKW hanya buka dua hari.... sebabnya biar penulis sahaja
yang tahu tapi boleh disimpulkan macam ni (walaupun NKW belum lagi setahun
jagung, macam – macam penulis tempoh ), Antaranya.
SAF kali ini macam kurang dia punya
hebahan, kurang nampak banner atau bunting digantung berbanding SAF tahun
lepas. Tahun ini pun tiada larian seperti tahun lepas. Cuma ada satu banner jer
kat simpang tiga nak masuk ke stadium.
Peniaga perlu hati – hati dengan
Organizer, selidik samaada tapak yang ditawarkan disediakan oleh Organizer
Acara atau Organizer Swasta. Kalau menyewa dengan organizer yang menyediakan
khemah dan tapak semata- mata, memang mahal.
Berniaga memang banyak risiko rugi
berbanding untung, tapi perlu berfikiran positif. Niat berniaga kerana ingin
ikut sunnah Rasullullah.
Berniaga memang banyak cabaran
antaranya ialah tapak, khemah dan barang boleh di’rush’ oleh majlis jika organizer tapak menyediakan tapak tidak
mengikut peraturan. Yang rugi bukan organizer tapi peniaga. Jadi kena hati –
hati.
Percaya dan yakin dengan rezeki Allah.
Pada penulis Allah dah tunjukkan ‘keuntungan’
kepada penulis awal – awal lagi penulis terlibat dengan dunia perniagaan ini.
Yang penting kena perbetulkan niat tu. Mungkin ada hikmat di sebalik semua ini.
Berniaga cuma 2 hari walaupun ada 6 hari.
Oh ya lagi satu, kalau nak sertai karnival kalau
boleh biar tempoh masanya 3 hari ke atas, sebabnya.... hari pertama orang baru
nak tahu yang kita niaga barang tu. Lepas tu untuk hari kedua dan seterusnya
baru orang akan datang ramai untuk dapatkan produk kita. Itu yang terjadi pada
NKW yang mana pada hari kedua memang dah ada dah orang (budak – budak) yang
menunggu nak main sand art.
Baiklah, sekian.
Untuk 21 Disember
2012 dan ke atas, Alhamdulillah banyak projek NKW yang menanti. Thank You
Allah.
Nota tambahan :
NKW mengorak satu langkah lagi iaitu cuba menjual produk SAND ARTS dalam bentuk
kit yang dihantar di kedai – kedai (sekarang bermula dengan satu kedai) dan
juga menghantar ‘flyers’ ke Tadika
dan Tabika berdekatan.
No comments:
Post a Comment