Friday, 28 December 2012

NAIMO KIDZ WORKSHOP @ KARNIVAL 1001 RASA SATE KAJANG 2012 (cerita 8)

21 – 23 Disember 2012 (Jumaat - Ahad)

Ini karnival ketiga yang penulis sertai. Karnival yang ditunggu – tunggu oleh penulis. Sebab apa, sebab penulis sudah menempah gerai 20 x 10 sebulan sebelum tarikh karnival ini bermula. Berjumpa dan bersemuka dengan penganjur tanpa menggunakan orang tengah. Alhamdulillah. Apa yang boleh diperkatakan di sini ialah jualan NKW di karnival ini walaupun tidak mencapai apa yang disasarkan, tapi ia cukup memberikan kepuasan kepada penulis. Karnival ini yang memberi peluang kepada penulis bagaimana sebenarnya asam garam menjadi peniaga ‘jalanan’. Secara keseluruhan, memang sangat – sangat puas hati. Lebih – lebih lagi dapat berniaga mengikut hari yang ditetapkan. Tidak ada tipu – tipu. Ada masa tu, penulis dan pembantu – pembantu sampai tak cukup tangan melayan kerenah pelanggan. 


Jom kita tengok gambar..... sambil – sambil tu penulis bercerita. Sebelum itu, terima kasih majalah.

Hari pertama, NKW dibuka lewat sedikit, lepas Jumaat. Penulis ada mesyuarat di pagi hari dan kemudian lepas habis mesyuarat dalam 12.30 tgh terus ke Stadium Kajang tempat di mana karnival diadakan. Ambil dua orang pembantu setia, sampai terus keluarkan barang dan ‘set-up’ gerai. Kemudian penulis dan jejaka sulong penulis ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

Pengetahuan berguna 1 : Untuk karnival – karnival macam ini, orang ramai akan mula datang selepas jam 5 petang. Selepas tamat waktu bekerja.


Itu dia gerai NKW.... tu nampak ke tak ada tiga orang tengah berdiri. Khemah berkongsi dengan Helikopter Joyride. No gerai A2. Lokasi memang cantik sebab ia dekat dengan taman permainan kanak – kanak dalam stadium dan juga taman permainan ‘inflatable’. Terima kasih penganjur terutama En. Isz.

Karnival ini pada pandangan penulis merupakan karnival yang dirancang dengan baik dan bagus. Setiap peniaga dibekalkan dengan satu meja dan satu kerusi, kipas, lampu. Setiap peniaga diberi tag peniaga agar peniaga senang keluar masuk kawasan karnival, tag nama, borang promosi. Servis daripada penganjur pun cukup bagus dan cemerlang. Buat aduan terus bertindak. Nak ‘complain’ susah. Tahniah penganjur. Nanti kalau ada karnival lagi jangan lupa NKW yer.

Aktiviti Sand Arts ini bukan sahaja diminati oleh kanak – kanak, malah orang dewasa juga. Nak dikatakan semua peringkat umur boleh mencuba. Dan lagi satu, sand arts memang ada peminat – peminatnya sendiri. Ada yang datang sampai dua tiga kali. Ada yang sampai dan buat dekat gerai, dibungkus lagi bawa balik. Alhamdulillah.

Kesesakan di gerai NKW. Ada tu, anak yang pilih gambar, akhir sekali ayah atau mak yang main.

Susun atur gerai NKW

Ini lah dia taman permainan ‘inflatable



Sekitar dan suasana karnival..... memang meriah. Pada hari Sabtu (hari kedua karnival) mencecah seramai

40 ribu orang pengunjung.

Pengetahuan berguna 2 : Menyertai karnival juga membolehkan kita para peniaga mendapat peluang perniagaan. Alhamdulillah ada dua orang bertanya, yang pertama Encik ini bertanya sekiranya boleh atau tidak kita beli dalam bentuk kit dalam jumlah yang banyak. Siap ambil ‘flyers’ NKW untuk dihubungi pada masa akan datang. Kedua, ada penganjur lain yang ingin menjemput NKW ke Karnival Boboiboy pada bulan hadapan. Insyaallah kita tunggu. Encik ini pun ambil ‘flyers’ untuk menghubungi.

Cantiknya Mr. Bean dia. Tahniah adik


NKW terus dikunjungi

Hari pertama dipukul dari pukul 2.30 petang hingga 12 tengah malam. Hari kedua, 10 pagi hingga 12 tengah malam. Hari ketiga, 10 pagi hingga 10 mlm. Masa untuk mengemas. 





Karnival diemeriahkan lagi dengan Pameran Auto. Banyak kereta – kereta yang diubahsuai. Sampai jadi ‘kucing’. Selain itu ada belon udara panas. Nak naik RM48.00 seorang, naik Helikopter Joyride RM98.00 seorang.

Pengunjung mula ramai bermula jam 5.00 ptg ke atas. Satu sebab baru balik kerja dan cuaca tidak panas.




Karnival 1001 Rasa Sate Kajang 2012, dikunjungi seramai lebih kurang 70,000 orang pengunjung. Tahun depan Insyaallah nak sertai lagi.

Baiklah, sekian.

Untuk maklumat perkhidmatan dan perniagaan ‘Sand Arts’, sila klik disini.

No comments:

Post a Comment