14 September 2013 – 16 September 2013 (Jumaat - Ahad)
Jemputan EG
Groups, ekspo MBK kali yang kelima anjurannya yang disertai oleh NKW.
Yang kedua di PWTC yang disertai oleh NKW. Sebenarnya EG Groups dah buat kali
yang ketiga di PWTC, MBK ekspo ini, cuma kali yang kedua iaitu pada bulan Mac,
NKW tidak dapat menyertainya kerana ada perkara yang tidak dapat dielakkan.
Cuma hantar sand – art kit untuk
tajaan hadiah. Ekspo / karnival ini kali yang ke 13 kesemuanya.
Lokasi memang kurang strategik, gerai NKW berada di pintu keluar ekspo. Walaupun hanya satu aliran trafik sahaja (pintu masuk dengan pintu keluar lain) para pengunjung, tambahan dengan bilangan pengunjung yang tidak begitu ramai – atas faktor tempat letak kereta berbayar, tempat tertutup, bukan waktu gaji, maka jualan NKW adalah kurang memberansangkan. Terdetik juga dalam hati penulis untuk tidak menyertai ekspo kali ini atas faktor MBK PWTC bulan Januari... tapi akhirnya NKW sertai juga. Tidak mengapa, sekurang – kurangnya selepas ini belajar untuk berkeras hati sikit.
Tidak banyak yang
hendak diceritakan, cuma penulis berharap NKW akan terus maju dan berjaya
setelah melalui banyak pengalaman sepanjang tahun 2013 dan mengambil kira
faktor – faktor tertentu sama ada hendak menyertai sesuatu ekspo / karnival
atau tidak. Salam.
No comments:
Post a Comment