Ini karnival keempat bagi NAIMO KIDZ WORKSHOP. Karnival ni ‘ad-hoc’. Ini rentetan daripada penangguhan Karnival Warisan Makanan Penjaja 1Malaysia 2012 di Masjid India yang sepatutnya berlangsung dari 29 Disember 2012 hingga 1 Januari 2013. Karnival itu akan ditangguhkan ke bulan Februari sempena Hari Wilayah.
Jom kita tengok gambar dulu.
Susunan dan lokasi NKW.
Berdekatan dengan permainan kanak – kanak ‘inflatable’.
Tapi permainan air tidak dibuka kerana aliran air yang sangat perlahan.
Lengang pada siang hari.
Hanya dikunjungi oleh beberapa orang sahaja.
Sehingga malam...
Padat di malam hari. Ini
adalah malam menanti detik 12 malam 2013.
Setiap karnival yang disertai oleh NKW memang memberikan banyak pengalaman kepada NKW amnya dan penulis khasnya. Untuk karnival ini, mungkin promosi tidak dijalankan secara besar – besaran, oleh itu ia memberi kesan jumlah pengunjung yang hadir ke karnival ini. Lokasi karnival adalah di Kompleks Pandamaran dan ia diadakan sempena menyambut kehadiran tahun 2013. Penulis menyambut tahun baru.... macam tidak percaya jer.
Tapi nak
dijadikan cerita, karvival yang berlangsung selama 4 hari ini, pengujung ada
siang hari memang tidak ada langsung atau sedikit bilangannya. Pengunjung hanya
akan mula menjengah ke karnival ini sekitar jam 4 petang ke atas. Ada juga
orang ramai yang lalu lalang di sini bertanya, “Ada apa kat sini?”. Diperhatikan kepada corak jumlah pengunjung,
buka gerai boleh lewat sedikit, tidak perlu buka pagi. Buka sekitar jam 2
petang.
Promosi, banner
hanya kelihatan di simpang empat jalan utama masuk ke Kompleks Sukan ini dan
juga sepanjang jalan menuju ke kompleks ini. Banner pun boleh dibilang dengan
jari.
Namun
Alhamdulillah lokasi tapak NKW berdekatan dengan permainan kanak – kanak ‘Inflatable’. Oleh itu kalau ada budak –
budak yang singgah di situ, mereka menjengah di situ.
Memang corak
kedatangan pengunjung sama lebih kurang dengan karnival Sate di Kajang, datang
selepas pukul 4 petang sehungga tengah malam. Cuma bilangan pengunjung yang
membezakan.
Tapi, memang
betul kata orang, rezeki Allah yang tentukan. Pada hari terakhir karnival iaitu
pada 31 Disember 2013, pada malam menjelang detik tahun baru, deretan orang
ramai yang datang ke gerai NKW meningkat. Sehingga penat tulang 4 kerat penulis
melayan pengunjung yang datang. Ada pengunjung yang main di situ dan ada
pengunjung yang bawa balik. Alhamdulillah. Ada merasa sedikit keuntungan.
Secara
keseluruhan, karnival ini memberikan pengalaman yang berbeza – beza berbanding
penyertaan sebelumnya. Setiap karnival ada ceritanya. Penat menunggu pengunjung
tapi tiba – tiba ramai. Karnival ini mengajar penulis cara bagaimana hendak
memaksimumkan jualan pada karnival yang akan datang.
MENCEBURI SESUATU
BIDANG MESTI ADA NIAT, MINAT DAN USAHA SERTA KERJA KERAS.
No comments:
Post a Comment