Asam Garam Menyediakan Sebuah Pasukan Yang Boleh Bersaing
Cikgu Kamarul dengan Pasukan Lelaki
Dari kiri berdiri : Masyitah, Afiqah, Najwa, Adhatul, Cikgu Azmi, Dina, Aulia, Marsya
Dari kiri duduk : Rauqah, Nurin,
Khairunnisa, Diana, Emylya, Raihanah, Syafiqah, Alyssa
Ini gambar – gambar pasukan bola
baling sekolah penulis. Menghantar dua pasukan bola baling (lelaki dan
perempuan) ke Pertandingan Bola Baling Daerah yang diadakan pada 1 – 3 April
2014.
Pencapaian tahun – tahun sebelumnya
memang tidak memberansangkan. Atas faktor pengurusan dan juga jurulatih.
Belajar dari pengalaman dari tahun ke tahun.
Sehinggalah bermulanya tahun lepas,
tahun 2013, peningkatan ditunjukkan oleh pasukan bola baling sekolah. Dengan
sokongan yang diberi oleh sahabat – sahabat seangkatan minat dengan sukan dan
bola baling terutamanya Kamarul dan Rosdi, pasukan bola baling maju menunjukkan
peningkatan.
Tahun lepas pasukan lelaki berjaya
memasuki peringkat suku akhir (Naib johan peringkat kumpulan) sebelum tewas
kepada SK Taman Nirwana dengan jaringan yang agak besar.
Pasukan perempuan pula menjadi Johan
kumpulan (menang 2, seri 1), sebelum seri (1-1 dengan SK Taming Jaya) dan kalah
(1-4 dengan SK Pandan Jaya) pada pusingan kedua.
Tahun ini, 2014, pasukan lelaki
tersingkir pada peringkat awal lagi, peringkat kumpulan di mana mereka mencatat
keputusan dua kekalahan (kalah kepada Seri Sekamat 0-6, dan Taman Nirwana 1-3).
Kumpulan ini dikatakan kumpulan maut kerana pasukan – pasukan dilatih oleh
jurulatih – jurulatih yang merupakan jurulatih daerah dan negeri.
Untuk pasukan perempuan pula,
peningkatan terus dicatatkan. Menjadi naib johan kumpulan dengan mencatat 2
menang, 1 seri (2-0 menang dengan TAAM, 5-4 menang dengan Pandan Indah dan seri
dengan Kajang Utama; pasukan pt Mustaqim 2-2). Mara ke pusingan yang kedua
merupakan pencapaian yang sama pada tahun lepas. Tahun kedua berturut – turut
mara.
Momentum kemenangan terus dicatatkan
pada perlawanan pertama, menang dengan Jalan 4, 2-0, sebelum kalah ‘mengejut’ 0-3 kepada Taming Jaya.
Kebanyakan pemerhati menjangkakan bahawa Kosas akan berjaya ke peringkat
separuh akhir berdasarkan rekod pada peringkat kumpulan.
*Pertandingan peringkat awal dibahagikan kepada 6 kumpulan; satu
kumpulan terdiri daripada 4 atau 5 pasukan. Johan dan naib johan kumpulan akan
masuk ke pusingan kedua yang mempunyai 4 kumpulan; satu kumpulan terdiri
daripada 3 pasukan. Johan kumpulan pusingan kedua akan mara ke peringkat
separuh akhir dan ke akhir.
*Antara faktor kalah ialah pemain
tidak dapat mengekalkan momentum semangat dan kemenangan yang sedia ada, kerana
perlawanan terpaksa ditunda dua hari berikutnya atas sebab hujan.
Kena ingat ini merupakan pertandingan
peringkat daerah. Pasukan bola baling perempuan selangkah untuk mara ke separuh
akhir. Jika berjaya mara ke peringkat separuh akhir, itu satu pencapaian yang
boleh dibanggakan. Namun sudah rezeki hanya setakat peringkat pusingan kedua;
suku akhir. Redha, tapi kecewa di hati perlu ambil masa lama untuk diubati.
Cerita Panjang....
Penulis, seorang guru yang dikatakan
(masuk bakul angkat sendiri kononnya) agak dedikasi, sukakan cabaran. Malah
dalam apa jua bidang yang kita ceburi, pasti untuk seseorang yang sukakan
cabaran dan berusaha untuk mencapai matlamat, KEJAYAAN merupakan satu
pencapaian yang memberikan kepuasan. Bukan kepuasan kepada diri semata – mata,
tapi juga kepada orang lain. Setelah berkorban apa saja dan melakukan apa saja,
pasti jika KEJAYAAN yang dicapai, pasti amat – amat berbaloi.
Suatu masa dahulu, penulis pernah
mengendalikan sebuah pasukan kawad kaki dalam sekitar tahun 2004 – 2007. Itu
antara bidang yang penulis BERANI CUBA, walaupun pengetahuan tentang kawad kaki
ZERO. Mungkin penulis seorang guru yang suka belajar dan keinginan tinggi untuk
mengetahui sesuatu yang baru, tidak mengapa cuba jer. Tahun tersebut merupakan
tahun – tahun awal penulis digelar seorang guru. Namun, selepas beberapa tahun
mengendalikan pasukan kawad kaki sekolah, penulis mengambil keputusan untuk
tidak meneruskan lagi aktiviti tersebut kerana kawad kaki memerlukan komitmen
yang tinggi terutamanya dari segi menyediakan uniform kadet, latihan yang
memakan masa lama, tenaga yang banyak, tiada sokongan, tekanan dan sebagainya.
Jadi penulis mula berjinak – jinak
dengan bola baling bermula tahun 2007, kalau tak silap penulis. Bola baling
satu permainan yang amat sedikit aksesorinya. Hanya sebiji bola, iaitu bola baling.
Selain perlu mengetahui peraturan dan cara permainannya.
Tiada pencapaian yang membanggakan pada
tahun – tahun awal penglibatan penulis dalam bola baling. Lebih kepada proses
pembelajaran dan mengutip pengalaman. Tapi itu tidak langsung mematahkan
semangat penulis untuk berjuang.
Bermula tahun 2013 dan 2014, langkah
untuk menyediakan sebuah pasukan yang boleh memberi saingan dalam pertandingan
lebih tersusun dan teratur. Pemilihan pemain dilakukan bermula bulan Mei
selepas pertandingan bola baling tamat. Pencarian bakat dan mencari pelapis
baru dalam pasukan diadakan agar tidak ketandusan pemain. Diadakan pertandingan
peringkat dalaman sama ada pertandingan antara rumah sukan, atau terbuka.
Pasukan sekolah yang dibentuk akan bertanding untuk menguji ke’nervous’san pemain dalam sesuatu
perlawanan.
Latihan pada waktu cuti sekolah dan
kemudian kumpulan pemain yang dipilih akan diajak bermain pada waktu petang
sehari sekali setiap minggu. Mereka dilatih dengan kemahiran asas bola baling.
Sesi persekolahan baru bermula, bulan
Januari sesi latihan diteruskan dengan tertumpu kepada kemahiran lanjutan,
taktikal dan strategi permainan. Sesi latihan fizikal juga diadakan agar pemain
perlu lebih lasak. Semangat berpasukan juga diterapkan.
Bermula tahun lepas, banyak pelawanan
persahabatan diadakan dengan beberapa buah sekolah. Namun pada tahun ini 2014,
perlawanan persahabatan lebih banyak.
*Terima kasih kepada guru – guru,
sahabat - sahabat seangkatan yang sudi berkorban tenaga, masa, kereta, minyak
kereta dalam mengangkut budak – budak bola baling. Apa – apa yang cikgu buat
pun untuk budak – budak, mereka yang lebih dapat manfaat.
Tahun ini perlawanan persahabatan
diadakan dengan SK Taman Nirwana, SK Ampang Campuran, SK Pandan Jaya, Sk Bukit
Pantai Bangsar, SK Pandan Indah, selain dengan senior – senior bola baling pada
waktu cuti sekolah. Berbanding tahun lepas hanya sempat buat perlawanan
persahabatan dengan SK Taman Nirwana dan juga Ampang Campuran sahaja. Keputusan
– keputusan yang dicatatkan juga dalam perlawanan persahabatan begitu baik.
Kita pasukan yang boleh beri saingan. Terima kasih semua.
*Niat penulis cuma satu, kita buat
sesuatu sebab kita MINAT dan juga ingin memberi peluang kepada anak – anak
murid penulis peluang untuk mewakili sekolah dan mengutip pengalaman yang ada
untuk dijadikan sekian sejarah dalam kehidupan mereka. Seingat penulis, guru –
guru penulis semasa sekolah rendah, amat komited dengan kerja mereka, semata –
mata memberi peluang kepada anak – anak murid sebanyak mana pengalaman yang
boleh dikutip pada peringkat awal persekolahan. Semangat itu yang penulis
jadikan sebagai motivasi.
Alhamdulillah, sekarang pasukan bola
baling sekolah SKTK bukan lagi pasukan belasahan. Pasukan ini sudah tidak lagi
dipandang ringan oleh pasukan – pasukan yang sememangnya sudah ada nama dan
hebat dalam bola baling dalam daerah ini.
UNTUK TAHUN 2015, sudah pun
bermula hari ini, tanggal 11 April 2014 (Jumaat) menjadi saksi. Harap kejayaan
boleh dikecapi, Lepasi KPI tahun ini dan percayalah satu hari nanti kita boleh
jadi JUARA.
No comments:
Post a Comment