Karnival yang sama telah NKW sertai buat kali pertama pada hujung tahun 2012. Semangat berkobar – kobar untuk turut serta karnival ini. Kali pertama karnival ini, Alhamdulillah hasil jualan NKW amat baik. Karnival 1001 Rasa Sate Kajang 2012 yang diadakan di Stadium Kajang – tempat di mana pintu masuk keluarnya hanya satu, itulah keluar dan itulah masuknya pengunjung – pengunjung. Kawasan stadium yang berbentuk hampir bulat, membolehkan pengunjung melawat atau melalui semua gerai yang ada, walaupun gerai itu berada di nun jauh di sana. Cuma kali ini, tahun 2013 Karnival ini diadakan di tempat terlalu terbuka iaitu, di Taman Tasik Cempaka iaitu di Bangi dan berlangsung selama 4 hari berbanding tahun lepas iaitu 3 hari.
Berat di hati sebenarnya nak sertai Karnival Sate kali ini. Atas sebab utamanya ialah ia diadakan di tempat terlalu terbuka. Orang ramai atau pengunjung boleh masuk ke karnival dari mana – mana sahaja. Jadi pengunjung tidak akan lalu di semua gerai yang ada. Ini atas pengalaman semasa NKW menyertai Karvival WOW Putrajaya pada bulan Februari 2013.
Jadi, nak dipendekkan cerita, resah hati penulis benar – benar berlaku. Hasil jualan NKW tidak seberapa. Cuma bersyukur kerana diberi pengalaman yang berguna dan boleh dijadikan sempadan.
Oh ya! Lupa nak beritahu yang mana karnival ini tahun 2103 ini dianjurkan
oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPK) dan bukannya penganjur tahun lepas iaitu
LUV MILA. Namun sewanya untuk separuhnya tapak (20x10) tetap lebih kurang jer
iaitu dalam RM600.
Pentas Utama sewaktu perasmian – kelihatan pengunjung tidak terlalu ramai
Kehadiran Boboiboy dan Yaya menceriakan suasana
Kedudukan gerai NKW yang berdekatan dengan kawasan permainan kanak – kanak. Namun kanak – kanak lebih teruja dengan ini berbanding NKW.
Kedudukan gerai – gerai makan yang terpisah jauh dengan gerai – gerai kering membuat pengunjung – pengunjung yang kekenyangan tidak akan berkunjung ke gerai – gerai kering yang jauh di sebelah yang satu lagi. Dipisahkan oleh pentas utama.
Pameran Autoshow adalah wajib untuk setiap karnival.
Alhamdulillah. Tapi tidak mengapa, ini semua pengalaman. Pengalaman adalah
ilmu yang tidak boleh diperoleh di dalam kelas kuliah atau kelas formal.
Pengalaman harus dicari dan dilalui. Mungkin selepas ini, NKW lebih berhati –
hati dalam menyertai mana – mana karnival yang ada.
No comments:
Post a Comment