Alhamdulillah… Rezeki kami lagi
Penyertaan Sulung/pertama Pasukan
Bola Baling SKTK atau lebih dikenali sebagai ‘Pasukan Bola Baling Kosas-Muda’
(KOSAS) dalam Kejohanan Bakat Muda SK Puchong Utama bawah 11 tahun pada 22
Oktober 2016 (Sabtu) di arena SK Puchong Utama (1) di Puchong, yang julung kali
diadakan pada tahun ini… betul – betul mencetuskan kegembiraan pada semua yang
terlibat dalam pembentukan pasukan ini seawal bulan 5 yang lalu.
Berdiri dari kanan : Atikah, Afiqah,
Dania, Sara, Azreen, Afriena, Nurien, Zeti, Cikgu Ikram, Cikgu Azmi
Duduk dari kanan : Aireen, Nurul
Alisha, Raihah, Hanna, Najwa, Aien
Dengan berbekalkan latihan 2 kali
seminggu… latihan yang menitikberatkan disiplin, stamina dan taktikal, berjaya
membuahkan hasil. Tahniah diucapkan kepada semua pemain yang berjaya
menunjukkan kesungguhan dan semangat yang tinggi dalam setiap perlawanan.
Namun semua itu berjaya dijelmakan
oleh setiap pemain apabila berjaya menjadi Johan peringkat kumpulan apabila
berjaya menewaskan SK Puchong batu 14, 5 – 2, SK Tasik Puteri 2 dengan 5 – 1.
Melangkah ke peringkat kumpulan XY,
satu kumpulan dengan SK Ampang Campuran dan SK Petaling 1.
Format pertandingan pada peringkat ini, jika berjaya menjuarai kumpulan, terus mara ke peringkat Final. Jika mendapat naib johan dalam kumpulan ini, kedua – dua naib johan XY akan dinobatkan mendapat tempat ketiga bersama.
Menewaskan Ampang Campuran – team sahabat
(Hulu Langat) dengan kemenangan 4 – 3… rasa nak gugur jantung dibuatnya, hasrat
terpendam untuk melangkah ke final tersekat di perlawanan seterusnya apabila
tewas tipis 1 – 2 kepada pasukan SK Petaling 1.
Namun penulis sebagai jurulatih
mengucapkan sejuta tahniah dan syabas di atas semangat dan kesungguhan yang
tinggi yang ditunjukkan oleh setiap pemain sepanjang kejohanan. Anda memang
yang terbaik.
Segala kelemahan dan kekurangan telah
dikenalpasti… harapan agar kelemahan dan kekurangan boleh diperbaiki dalam
membentuk pasukan yang mantap untuk kejohanan akan datang dan untuk pembangunan
bakat muda untuk diketengahkan sebagai pemain Daerah Hulu Langat yang
berwibawa.
Syabas diucapkan kepada semua pasukan
Hulu Langat yang menyertai Kejohanan ini, pasukan Ampang Campuran dan Pasukan
Nirwana… pada pasukan Nirwana, tahniah kerana berjaya mendapat tempat ketiga
dalam kategori lelaki bawah 11 tahun.
Terima kasih juga kepada Cikgu Ikram,
Cikgu Shahirah dan Adik Rauqah kerana bertindak sebagai pegawai pasukan.
Ibu bapa para pemain... saya tabik spring, tanpa sokongan dan bantuan anda, maka tidak akan terbentuk pasukan ini.
Ibu bapa para pemain... saya tabik spring, tanpa sokongan dan bantuan anda, maka tidak akan terbentuk pasukan ini.
Kepada semua pentadbir SK Taman
Kosas, terima kasih atas nasihat dan sokongan anda.
HOLD… KOSAS SPEED
MARI KITA SAMA – SAMA MEMARTABATKAN
SUKAN BOLA BALING DI PERINGKAT AKAR UMBI!
tahniah cikgu good luck untuk junior
ReplyDeletekalau cikgu nak panggil kitaorang nak uji lawan kakak senior panggil la kitaorang ye😁 -ain zubaidah-