Tuesday, 7 June 2016

PASUKAN BOLA BALING (P) SEKOLAH SKTK 2016

Semifinalis dan sebuah pasukan yang terus memberikan saingan

Pencapaian tahun lepas Pasukan Bola Baling (P) SK Taman Kosas amat memberansangkan, dengan berjaya menjadi Naib Johan dalam 2 kejohanan iaitu Kejohanan Bola Baling Daerah Hulu Langat dan Kejohanan Piala Belia Cempaka. Alhamdulillah, dan tahniah diucapkan kepada semua pemain dan semua yang memberi sokongan terutamanya pihak pentadbir SK Taman Kosas dan juga para ibu bapa pemain - pemain bola baling.

Kejohanan Bola Baling Daerah Hulu Langat diadakan secara karvival, kejohanan diadakan di Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang pada 1 hingga 4 Februari (Isnin hingga Khamis) yang menggabungkan pasukan - pasukan sekolah menengah dan rendah di gelanggang yang sama.

Tahun ini, 2016, bagi pertandingan yang melibatkan pasukan Bola Baling (P) sekolah rendah, hanya melibatkan 2 kumpulan sahaja. Atas faktor tarikh kejohanan bola baling daerah bertembung kejohanan bola jaring daerah. Banyak pasukan yang menarik diri selepas undian kumpulan dibuat pada mesyuarat pelaksanaan Kejohanan Bola Baling Daerah Hulu Langat yang diadakan pada awal Januari di SK Kantan Permai, Kajang.

Antara pasukan yang perlu diberi perhatian terutama pasukan bola baling perempuan ialah SK Taman Nirwana, SK Cheras Baru dan juara bertahan SK Kantan Permai. Namun Alhamdulillah, setelah undian semula dibuat, SK Taman Kosas berada di kumpulan B dan pasukan - pasukan yang dilabel sebagai pilihan kejohanan, berada dalam kumpulan A. Walaubagaimanapun, setiap pemain diingatkan, setiap perlawanan yang perlu ditempuh perlu diberi perhatian dan setiap pemain perlu berusaha bersungguh - sungguh, memberi komitmen 100%.

Alhamdulillah, pada peringkat kumpulan, pencapaian yang baik dicapai oleh pasukan bola baling perempuan SK Taman Kosas. Keputusannya adalah seperti berikut, menang ke atas SK Bandar Tun Hussein Onn 2 dengan jaringan 5 - 1, SK Tasik Kesuma menang 7 - 1, SK Pandan Jaya menang 10 - 0, SK Bandar Rinching menang 5 - 1 dan SK Taming Jaya menang 9 - 0. Tahniah diucapkan kepada pemain - pemain kerana anda semua menunjukkan kesungguhan bermain dan akhirnya berjaya menjadi juara kumpulan.



Pasukan Bola Baling Perempuan SK Taman Kosas (‘Two Thumbs up just for all of U’)

Berdiri dari kiri : Hanna, Solehah, Alyssa, Insyirah, Ain Zubaidah, Amy, Alisha, Raihah, Azreen, Zetty, Afiqah, Nik Qistina, tiada dalam gambar - Rauqah, Fifi


Berehat selama 2 hari, menjejakkan kaki semula ke SMAP Kajang untuk perlawanan separuh akhir menentang juara bertahan SK Kantan Permai. Ibarat seperti ulangan perlawanan akhir tahun lepas. Tentangan yang sengit diberikan oleh semua pemain SK Taman Kosas, walaupun ketinggalan 0 - 3 pada separuh masa pertama (atas faktor gugup dan lambat panas), berjaya mengejar menjadi 2 - 3, dan akhirnya tunduk dengan kekalahan 3 - 4. Tewas untuk kali yang kedua, walaupun susah hendak ditelan, namun menjadi pengajaran yang besar kepada para pemain dan penulis sendiri sebagai jurulatih. Itulah adat resam pertandingan, ada yang kalah dan ada yang menang. Mendapat tempat yang ketiga bersama, walaupun tidak menyamai pencapaian pada tahun lepas, tahniah diucapkan kepada semua pemain.


Pasukan Bola Baling (P) sekolah rendah SK Taman Kosas dan SK Kantan Permai bergambar bersama sebelum perlawanan separuh akhir

Sehinggakan SK Kantan Permai dinobatkan Johan untuk tiga tahun berturut - turut setelah menewaskan SK Taman Nirwana di perlawanan akhir. SK Taman Nirwana menewaskan SK Taming Jaya dalam perlawanan separuh akhir mereka yang membawa sehingga masa tambahan.

Kekecewaan terubat apabila 2 orang pemain SK Taman Kosas, iaitu Rauqah Shafinaz dan Nur Hanna Hazirah dipilih mewakili daerah untuk Kejohanan Bola Baling peringkat negeri Selangor yang diadakan di Institut Sukan Negara di Wangsa Maju.


Barisan pegawai dan pemain pasukan Bola Baling Daerah Hulu Langat (P) bawah 12 tahun

Tahniah kepada kedua - dua mereka. Sesungguhnya mereka yang menunjukkan kesungguhan dan yang terbaik di kalangan yang terbaik terpilih untuk kejohanan peringkat yang lebih tinggi. Tahniah sekali lagi kepada Nur Hanna Hazirah kerana menyertai dalam sesi pemilihan pasukan bola baling Negeri Selangor (P) bawah 12 tahun. Walaupun tidak terpilih untuk menyertai pasukan Selangor, namun ia juga satu pencapaian yang boleh dibanggakan.


Apapun bagi penulis yang berperanan sebagai jurulatih, walaupun letih melatih sambil mendidik pemain - pemain ini sehingga mereka berjaya, namun kepuasan kepada penulis, rasa tanggungjawab murid - murid mendapat pendedahan sukan dan permainan yang lain daripada sukan dan permainan yang biasa mereka mainkan.    

Bagi diri penulis ini, kali kedua penulis menyertai barisan pegawai pasukan daerah ke peringkat Negeri Selangor selaku Fisioterapi.

Formula kejayaan, antaranya adalah seperti persediaan awal pasukan yang menitikberatkan stamina, teknik dan asas permainan (baling dan tangkap bola), kemahiran dan taktikal permainan, disiplin, tidak 'off-position', bergerak mencari tempat kosong, main ikut peraturan dan minimakan kesalahan dalam permainan, bermain dengan permainan kita dan ‘enjoy your game’, serta bermain dalam satu pasukan. Dan setiap pasukan perlukan kapten yang berwibawa.

Pemilihan dan persediaan pasukan bagi tahun 2017 diteruskan dengan lebih awal dengan pemilihan pelatih – pelatih yang dikenali sebagai ‘Kosas Young Handballers’. Teruskan kemaaraan untuk menjadi JUARA. Sekali lagi, doakan kami.

Sekali lagi, barisan kepegawaian Pasukan Bola Baling SK Taman Kosas mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong kami terutama ibu bapa para pemain, para pentadbir, barisan guru – guru SKTK dan warga SKTK. Terima kasih semua.

JOM KITA BERLATIH........

1 comment:

  1. cikgu ni saya ain zubaidah
    saya nak ucapkan terima kasih kat cikgu and to all the hhandballer team..saya memang tak menyeasal ambik keputusan untuk join pasukan bola baling sktamankosas..
    walaupun kita tak pernah dapat juara team sekolah kita dipandang tinggi dan menjadi ketakutan buat pemain2 sekolah lain..terima kasih cikgu..
    suatu hari nanti kitaorang akan buat cikgu bangga kat kami atas usaha titik peluh cikgu mengajar kami

    ReplyDelete