Wednesday 25 September 2019

Pasukan Bola Baling SK Taman Kosas 2019/2020 – K9

Pemain Sudah Memberi Yang Terbaik... Tahniah dan Syabas!!

Aktiviti : KEJOHANAN BOLA BALING PEMBANGUNAN DAERAH HULU LANGAT 2019
Kategori : Perempuan dan lelaki bawah 11 tahun
Tarikh : 25 Sept 2019 (Rabu)
Tempat : Gelanggang Futsal Dato Mohd Said, Beranang
Anjuran : SK Bandar Rinching/PPD Hulu Langat




Pemain dalam Pasukan Bola Baling U11 Pembangunan Daerah Hulu Langat 2019
Elly, Danisya, Qistina, Azeeqah, Farisya, Jannah, Batrisyia, Ain, Puteri Alya, Alia

Alhamdulillah... selesai sudah kejohanan di atas. Pasukan SK Taman Kosas U11 (P) berjaya merangkul NAIB JOHAN untuk edisi kali ini (kembali menempatkan diri ke final setelah terlepas peluang pada tahun lepas). Final dilangsungkan sehingga masa tambahan 3-1-3, tiada rezeki bagi pasukan ini dan redha dengan apa yang diperolehi. 9-12. Namun tahniah dan syabas kepada semua pemain U11 (P).

Menyertai dalam kedua - dua kategori lelaki dan perempuan. Penglibatan pasukan lelaki lebih kepada pendedahan memandangkan ramai pemain yang dibawa rata - rata berada dalam darjah 4. Pengalaman yang diperoleh dijadikan sebagai sandaran untuk terus berlatih dan menjadi pasukan yang boleh memberi saingan. Tahniah diucapkan kepada pemain - pemain pasukan lelaki. Pasukan yang baru dibentuk kurang daripada satu minggu, menjadikan penyertaan dalam kejohanan ini sebagai satu pendedahan yang amat berguna.

Diundi dalam kumpulan A, bersama - sama dengan pasukan - pasukan dari sekolah - sekolah yang sudah sinonim dengan sukan bola baling seperti SK Kantan Permai dan SK Bandar Rinching. Perlawanan pertama kumpulan, dianggap seperti perlawanan peringkat akhir, apabila pasukan SK Taman Kosas U11 (P) berjaya memenangi perlawanan dengan hanya berbeza 1 jaringan gol dengan SK Kantan Permai. Perlawanan kedua terus tegang, namun para pemain berjaya mengawal keadaan dan memenangi perlawanan dengan perbezaan 4 gol mengatasi SK Bandar Rinching. Perlawanan ketiga kumpulan berkesudahan dengan kemenangan, 7 jaringan gol mengatasi SK Ampang Campuran A. Dan akhirnya berjaya menjadi johan kumpulan apabila mengatasi SRAI Bangi dengan 11 jaringan gol. Alhamdulillah.

Kepenatan yang dirasai, kebanyakan perlawanan adalah agresif dan pantas, di peringkat kumpulan, memberi kesan kepada persembahan pada peringkat separuh akhir, apabila ada ketika pihak lawan berjaya menjadikan kedudukan 5 - 5, akhirnya dengan usaha dan semangat melawan yang kuat, SK Taman Kosas berjaya mengatasi pihak lawan iaitu SK Desa Baiduri dengan jaringan 10 - 6.

Walaupun secara keseluruhan, jurulatih amat berpuas hati dengan komitmen dan  persembahan yang ditunjukkan oleh setiap pemain, sedikit rasa terkilan apabila tidak berjaya menghadiahkan johan kepada SK Taman Kosas. Selain daripada faktor - faktor yang berkait dengan perlawanan, yang sedikit sebanyak boleh menjejaskan fokus pemain di atas gelanggang. Namun selepas ini latihan lebih kepada cara mengawal emosi, dan tidak menghiraukan perkara sekeliling yang boleh merencatkan kerancakan perlawanan.

Selepas ini fokus pula kepada Kejohanan peringkat Kebangsaan iaitu Kejohanan Bola Baling Piala Guru Besar yang akan diadakan di IPG Raja Melewar pada bulan 10 nanti.

Berlatih dan teruskan berlatih...

Jutaan terima kasih kepada semua guru - guru pengiring yang menjadi tunjang pasukan. Bertindak sebagai penolong jurulatih dan fisioterapi pasukan. Anda semua terbaik.

Tahniah diucapkan kepada semua pemain!!! Tidak dilupakan kepada semua guru pengiring yang terlibat.

Jutaan terima kasih kepada semua pihak seperti para ibu bapa, pentadbir dan semua warga SK Taman Kosas yang menjadi pemain kelapan, membantu dan menyokong kami... PASUKAN BOLA BALING SK TAMAN KOSAS.

Kepada mana - mana organisasi atau orang perseorangan yang ingin menyumbang dana kepada pasukan ini... amatlah dialukan - alukan. Segala sumbangan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Boleh hubungi saya di 0132795903.

**Tahniah kepada pasukan SK Ampang Campuran dan SK Taman Nirwana kerana telah menjuarai kategori U11 Perempuan dan U11 Lelaki.

No comments:

Post a Comment