Alhamdulillah, dah 3 tahun ke sini, cuti - cuti hujung
tahun
Bermula mengenali kawasan ini pada tahun 2016... kalau tak
salah penulis, apabila penulis bersama - sama, pertama kali menjadi pegawai
pengiring ke Kejohanan Bola Baling peringkat negeri Selangor bawah 12 tahun.
Pada tahun 2017, anak sulong penulis ditawarkan untuk
meneruskan pelajaran di peringkat menengah di kawasan ini. Bermula dari situ, 'best'
dan tertarik dengan suasana kampung di kawasan ini. Keluar dari lebuhraya
LATAR, terus menjelajah kawasan ini... Kuala Selangor - Tanjung Karang - Sekinchan
- Sungai Besar - Sabak.
Ada sebab lain juga mengapa penulis suka ke sini... sebab
utama ialah penulis dan keluarga suka membeli kelengkapan sekolah di sini,
terutamanya baju seragam sekolah... murah dan berkualiti. Dah 3 tahun penulis
memborong di satu kedai ini yang terletak di Pekan Sabak, pak cik Ah Ping
pemiliknya, peramah dan pemurah. Dari elok kedai dia dekat bahagian depan,
sehingga berpindah ke bahagian dalam kawasan.
Pada 14 Dis 2019 yang lalu, selepas tiba di Pekan Sabak dalam jam 2.30 ptg, penulis sekeluarga terus menunaikan solat di Masjid Pekan Sabak. Selepas itu terus ke kedai pakcik Ah Ping untuk memborong, Alhamdulillah, pak cik Ah Ping masih lagi 'maintain' harga. Siap dapat free stokin dan baju budak kecik. Terima kasih pak cik Ah Ping.
Jam 4.00 petang, terus 'check in' di Farm Ville Cafe
& Homestay yang terletak di Pekan Sekinchan. Dari Sabak mengambil masa 40
minit, sempat singgah kedai mamak Restoran Sri Kassim (RSK) makan mee goreng.
RSK ni memang popular dan banyak cawangan di kawasan ini.
Ada banyak kemudahan di Farm Ville ini, antaranya ialah kolam renang kanak - kanak, permainan trampolin juga ada tempat untuk 'barbeque'. Memang berbaloi.
Apa lagi yang menarik di kawasan ini... MAKAN... petang hari pertama makan mee goreng, makan malam di Restoran Abah Ikan Bakar - boleh pilih makanan laut yang segar dan diaorang masak untuk kita. Alhamdulillah, nikmat sungguh. Esok pagi penulis makan di restoran Cendol Pulut Was Sekinchan... ada roti canai pelangi lagi. Selepas 'check out' jam 12.00 tgh (15 Dis 2019) ... selepas anak - anak puas berendan dalam kolam, terus menuju untuk cari makan tengah hari. Jumpa restoran Warung Ibu Nasi Ambeng. Alhamdulillah, kawasan ini memang menawarkan pelbagai makan dan minum dengan harga yang berpatutan.
InsyaAllah, jika panjang umur dan rezeki, kita jumpa lagi di lain trip keluarga.
No comments:
Post a Comment