Gopeng - Batu Gajah - Taiping - Kuala Kangsar!!
Aktiviti : Program Lawatan Sambil Belajar SK Taman Kosas ke
Perak 2019 - Siri 2
Peserta : 38 orang murid dan 4 orang guru
Tarikh : 30 Nov 2019 - 01 Dis 2019 (Sabtu dan Ahad)
Tempat : Gua Tempurung, Kellie's Castle, Tune Hotel, Zoo
Taiping, Bukit Merah Laketown Resort, Win Kraf Labu Sayong, Kuala Kangsar
Anjuran : Kumpulan Guru tahun 6 dan Panitia Sains, SK Taman
Kosas
Hari Pertama - 30 Nov 2019 (Sabtu)
Seminggu bermula 23 Nov (mula cuti sekolah akhir tahun)
membuat persiapan terakhir untuk lawatan ke Perak ni... antaranya ialah
mengemaskini senarai peserta dan juga menyiapkan tag nama untuk para peserta
lawatan ini, selain menghubungi tempat - tempat lawatan memberi 'reminder'
yang kami akan datang.
Menyambung perjalanan ke Gua Tempurung pada jam 9.15 pagi, dan akhirnya kami tiba di Gua Tempurung tepat jam 10.30 pagi. Uruskan tiket dan kami mulakan eksplorasi Gua Tempurung tepat jam 11.10 pagi. Semua teruja.
Info Gua Tempurung : 640 anak tangga (Tour 2), mengambil masa
1 jam 45 minit pergi dan balik, laluan kering, melihat kejadian stalagtit,
stalagmit, laluan berangin, pembentukan batu kapur dan juga marmar, terdapat
bentuk seperti baju, kambing biri - biri, kuda laut, singa, gajah, takungan air pada
atas gua (bukit) dan lain - lain.
Tepat jam 12.30 tgh, rombongan kami terus ke Kellie's Castle
yang terletak di Batu Gajah yang mengambil masa 30 minit perjalanan dari Gua
Tempurung.
Namun akibat terlalu kelaparan dan dahaga, rombongan kami
mengambil keputusan untuk berhenti di RTC Gopeng untuk makan tengah hari dan
solat jamak Zohor dan Asar.
Tamat menjelajah di Kellie's Castle, rombongan kami terus ke Taiping,
untuk ke Zoo Taiping. Bertolak jam 3.30 petang, di jangka tiba di Zoo Taiping
pada jam 6.00 ptg. Namun apabila tiba di Zoo Taiping, didapati kaunter tiket
telah pun tutup bagi zoo siang hari dan akan bersambung pada jam 8.00 malam
nanti.
Dengan layanan yang cukup mesra, rombongan kami bagi 10 bintang, kami 'check in' di Tune Hotel dalam keadaan basah akibat hujan. Personel yang ada di kaunter itu memaklumkan, Tune Hotel pernah menerima pengunjung yang ramai sehingga 9 buah bas. Boleh memaklumkan terlebih dahulu dan personel hotel akan menguruskan parkir untuk bas. Perjalanan Zoo Taiping ke Tune Hotel hanya mengambil masa 5 minit sahaja.
Makan malam, rombongan kami berhajat untuk makan malam di tempat makan paling popular di Taiping, iaitu di Pusat Penjaja Taiping di Balai Bomba Taiping - berhadapan dengan Novotel Hotel (menghidangkan makanan laut), namun hajat kami tidak kesampaian, apabila terlalu ramai pengunjung ada di situ. Tempat pilihan menggantikan gerai penjaja itu, ialah TESCO yang ada bersebelahan dengan hotel kami menginap. Klik sini untuk tempat - tempat makan yang best di Taiping.
Hari Kedua - 01 Dis 2019 (Ahad)
Perut dah bunyi keroncong, semua ahli rombongan terus berkumpul keluar jam 9.20 pagi, kami terus naik bas dan menuju ke tempat makan. Ini yang nak rombongan kami sarankan kepada semua pembaca, pergilah ke Kedai Makan SELERA WARISAN ABAH, yang terletak berdekatan dengan Zoo Taiping. Boleh kami katakan masakan di sini memang sedap dan menyelerakan. Niat nak bersarapan pagi, namun lauk - pauk telah terhidang untuk makan tengah hari, kami terus makan tengah hari... memang sedap dan terbaik.
Lokasi persekitaran Zoo Taiping juga merupakan kawasan Taman
Tasik Taiping yang mana ramai pengunjung yang datang untuk bersenam dan
beriadah bersama keluarga. Selain itu juga ada penjara Taiping yang sekarang
dijadikan muzium untuk dilawati.
Tiba di Bukit Merah (pejabat jualan) dalam jam 10.30 pagi, menyelesaikan urusan tiket, kami terus ke jeti Pulau Orang Utan untuk ke Pulau Terapung Orang Utan. Selesai lawatan di sana kami terus ke jeti Ecopark untuk ke 'Skycycle' dan melawat zoo mini haiwan peliharaan Ecopark. Ada ikan Arapaima besar kat sini.
Setelah penat beraktiviti, rombongan kami terus ke 'Bubble Restaurant' untuk makan tengah hari yang dibungkus. Harga kalau nak kira memang biasa di tempat - tempat seperti ini, bayangkan air mineral sahaja sudah RM 3.00, nasi lemak RM 8.00.
Jam 2.30 petang rombongan kami terus bertolak ke Kuala Kangsar, untuk melawat kraf Labu Sayong, melawat Masjid Ubudiah dan juga makan malam di gerai tepi Sungai Perak. Tiba di Win Kraf Labu Sayong pada jam 4.00 petang. Di sini para peserta berpeluang untuk membentuk labu sayong daripada tanah yang dilembapkan. Terus bergerak ke Masjid Ubudiah untuk solat jamak Zohor dan Asar yang terletak bersebelahan dengan Istana Sultan Perak. Menunaikan tanggungjawab solat itu wajib, setelah itu terus ke gerai tepi Sungai Perak untuk makan malam. Penulis dan guru - guru yang lain memilih untuk makan laksa dan nasi goreng. Alhamdulillah sedap sangat. Ke Perak, makannya pasting tidak mengecewakan. Cuma tidak berkesempatan untuk ke Kuala Sepetang untuk merasai mee udangnya.
Bertolak balik ke Ampang setelah menikmati makan malam dalam jam 7.30 malam. Masuk jer lebuhraya, terkejut kami dengan keadaan trafik yang amat sesak. 'Exit' di Gopeng dan rombongan kami berhenti dulu untuk solat jamak Maghrib dan Isya' di RTC Gopeng. Setelah itu meneruskan perjalanan pulang... dan Alhamdulillah tiba di Ampang lewat 5 jam (janji dengan ibu bapa jam 9.00 malam) iaitu pada pukul 2.30 pagi (terpaksa meredah laluan lama). Terima kasih kepada Yang Maha Esa, rombongan kami selamat pergi dan balik.
Kita jumpa lagi pada lawatan yang seterusnya... kata Kak
Putri jom pi Pulau Pinang dan Sabak Bernam.
**Terima
kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam program ini, antaranya pihak
PPD Hulu Langat yang memberi kelulusan, pihak pentadbir SK Taman Kosas yang
memberi sokongan dan dorongan, pihak ibu bapa yang sentiasa memberi kerjasama
baik dengan pihak penganjur serta membenarkan anak -anak mereka menyertai
lawatan ini, guru - guru yang terlibat serta para peserta.
**Terima
kasih kepada Kak Azla, Kak putri dan Cikgu Noraini kerana sudi menjadi
peneman/guru pengiring untuk lawatan kali ini.
**Terima
kasih juga kepada Abg Zuri - pemandu bas yang sentiasa sporting dengan kerenah
kami... apa yang penting, "biar puas hati".
No comments:
Post a Comment