Monday 19 December 2022

PASUKAN BOLA BALING/SABER HANDBALL TEAM – K22

Jom kita berkenalan dengan Pasukan Bola Baling SABER (‘SABER HANDBALL TEAM – SABER HT’)




Sukan yang dimainkan oleh pasukan SABER HT adalah sukan bola baling yang agak kurang popular di Malaysia namun sangat aktif pada peringkat akar umbi (sekolah rendah) sehingga peringkat terbuka (umur dewasa).

Baru setahun jagung menggunakan nama SABER HT, bermula daripada kejohanan pertama yang disertai iaitu Kejohanan Bola Baling Selangor pada 28 Februari 2022 sehingga 01 Mac 2022. SABER merujuk kepada dua, iaitu harimau bertaring zaman ais atau dalam Bahasa Inggerisnya ‘Saber tooth tiger’, kedua, perkataan SABER ini merujuk kepada sebilah pedang.

Para pemain terdiri daripada pelajar – pelajar yang terdiri daripada murid sekolah menengah dan sekolah rendah. Diasaskan oleh seorang guru yang jatuh hati dan terus menyintai sukan bola baling, Cikgu Azmi yang mengajar di salah sebuah sekolah di Ampang. Mengumpulkan pelajar, murid dan bekas – bekas pelajar beliau sendiri untuk membentuk Pasukan Bola Baling SABER ini. Para pegawai pasukan juga merupakan guru – guru yang komited dan aktif dengan sukan. 

Menjalani latihan di Gelanggang Futsal sekitar Ampang dengan kekerapan latihan minimum seminggu sekali. Bergerak dengan perbelanjaan sendiri dan hasil sumbangan ibu bapa para pemain yang sentiasa menyokong pasukan ini.

Untuk tahun 2022 ini, antara kejohanan yang telah disertai oleh SABER HT :
- Kejohanan Bola Baling Selangor Darul Ehsan P17, bertempat di Sport Planet Ampang pada 28 Februari sehingga 01 Mac 2022.
- Kejohanan Bola Baling Selangor Darul Ehsan (Piala Daeng Muhammad Reduan) L12, P12, bertempat di Sport Planet Ampang pada 28 dan 29 Mei 2022. L12 dan P12 berjaya meraih tempat ketiga.
- Kejohanan Bola Baling Selangor Darul Ehsan L15, P15 bertempat di Sport Planet Ampang (L15) pada 06 Ogos 2022 dan di Gelanggang UIA (P15) pada 30 Julai 2022. P15 berjaya meraih tempat ketiga.
- Kejohanan Bola Baling Piala YB Zuraidah P16, P12, L12 bertempat di Gelanggang ROF Subang pada 17 & 18 September 2022. P12 berjaya mara sehingga peringkat kalah mati suku akhir. L12 berjaya meraih tempat ketiga.
- Karnival Sukan Taman Dagang Jaya P12, L12 bertempat di Gelanggang Futsal Taman Dagang Jaya pada 24 Oktober 2022. P12 berjaya menjadi johan dan L12 naib johan.
- Kejohanan Bola Baling Terbuka Kulai kali ke 7 P16, P11 bertempat di Gelanggang Futsal, Arena Sukan Kulai pada 12 dan 13 Disember 2022. P11 berjaya mara sehingga peringkat kalah mati suku akhir.
- Kejohanan Bola Baling Ampang P16, P11, L11 bertempat di Gelanggang Futsal Sri Raya Ampang pada 27-29 Disember 2022. L11 berjaya mendapat tempat ketiga dalam kumpulan, P15 mendapat tempat ketiga dan P11 Johan. Alhamdulillah.

SABER HT sentiasa mengalu – alukan, pelajar atau murid yang di luar sana yang berada di Lembah Klang ataupun yang berada di sekitar Ampang, yang ingin bersukan, pernah bermain bola baling atau ingin mencuba sukan dan permainan bola baling, agar sertai kami untuk kita berlatih dan membina pasukan yang kuat yang sentiasa memberi saingan kepada pasukan bola baling sedia ada. Kita meriahkan sukan bola baling ini. Jom!

Berlatih dan terus berlatih. Kita pasti akan juara suatu hari nanti.

Pihak pengurusan pasukan amat – amat berterima kasih dengan ibu bapa / penjaga para pemain SABER yang sentiasa memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk membenarkan anak – anak mereka bermain. Hanya tuhan yang membalas kebaikan tuan dan puan. Teruskanlah menyokong pasukan ini sehingga terus mencapai kecemerlangan.

Semangat MARA UNTUK JUARA...

**Sentiasa bersedia untuk kejohanan yang seterusnya... berlatih dan terus berlatih. Ini semua atas dasar minat yang mendalam kepada sukan bola baling.
**Pasukan Bola Baling SABER juga mengalu – alukan sebarang tajaan kewangan dan barangan daripada individu atau sesiapa sahaja yang berminat.
**Sebarang pertanyaan dan maklumat, boleh hubungi Cikgu Azmi di talian 013-2795903.

No comments:

Post a Comment