Thursday 29 December 2022

PASUKAN BOLA BALING/SABER HANDBALL TEAM 2022 U11, U15 di KEJOHANAN BOLA BALING AMPANG 2022 – K23

Alhamdulillah, rezeki. Setiap gol dan bolos itu penting, kita tidak akan berputus asa.

Aktiviti : 
KEJOHANAN BOLA BALING AMPANG 2022
Kategori : Bawah 11 tahun, 15 Tahun
Tarikh : 27-28 Disember 2022 (Selasa-Rabu)
Tempat : Gelanggang Futsal, Taman Sri Raya, Ampang
Anjuran : Kelab Bola Baling Bandar Baru Ampang, Kelab Bola Baling Wildcats, Penggerak Belia Selangor DUN Lembah Jaya dan Team Selangor

Untuk kejohanan kali ini, SABER HT menghantar 3 pasukan iaitu kategori L11, P11 dan P15. Kategori Bawah 11 tahun berlangsung pada 27 Disember 2022 dan kategori Bawah 15 tahun berlangsung pada 28 Disember 2022.

Tahniah pada pasukan L11 kerana telah mencuba, berusaha sedaya upaya untuk memberikan persaingan terbaik kepada pasukan – pasukan yang bertanding. Pertandingan peringkat kumpulan A, SABER HT Jr L11 berjaya menghuni tempat ketiga kumpulan. Seri sekali, menang sekali dan tewas sekali. SABER HT Jr L11 5 – 5 SKUYL (Ulu Yam), SABER HT Jr L11 2 – 1 11(3) Handball (Putrajaya) dan SABER HT Jr 4 – 8 Wildcats Boys A (SBU). Mendapat 3 mata dengan menjaring 11 gol dan 14 bolos. Kita akan terus berlatih dan berlatih.

Pemain dalam Pasukan Bola Baling SABER HT Jr L11 :


Rifqi, Atiff, Affan, Nafis, Asyraf, Albi, Zaim, Alif, Acap, Rayyan

Kategori P15 berlangsung pada 28 Disember 2022. Alhamdulillah dan tahniah juga diucapkan kepada semua pemain P15 SABER HT yang setia. Terus kekal mendapat tempat ketiga untuk kali kedua selepas kejohanan di UIA pada bulan Julai yang lalu. Diundi dalam Kumpulan C bersama – sama dengan Kerabat HC (pernah berjumpa di terbuka Kulai tewas 8-11) dan Super Ladies. Keputusannya SABER HT 1-6 Kerabat HC (Melaka) dan SABER HT 7-3 Super Ladies. Tewas satu dan menang satu, menghuni naib johan kumpulan.

Naib johan kumpulan C bertemu dengan Johan kumpulan D, Wildcats HC. Tewas dengan jaringan 3-8.

Belum rezeki, kemaraan ke final dan medal nak bertukar warna masih belum tiba. Slot final masih diberikan kepada orang lain, bukan kita. Kita terus berusaha bersungguh – sungguh agar satu hari nanti slot final, salah satunya kita punya.

Pemain dalam Pasukan Bola Baling SABER HT Jr P15 :


Belakang :
Batrisyia, Nana, Farisya, Farisha, Hawa, Jannah, Lidiya
Depan :
Qis, Elli, Alyah, Azzeqa, Damia, Ainie, Farhana
Depan Sekali
Altimet

Beruntung mereka dapat bergambar dengan penyanyi rap tersohor...

Pengalaman dan keperitan di Terbuka Kulai terubat......

Pemain dalam Pasukan Bola Baling SABER HT Jr P11 :


Rusydah, Arissa, Amira, Farisya, Lailatul, Filzah,
Rayyanah, Aulia, Lidiya, Alya, Adelia

Kekalahan pada perlawanan pertama tidak meruntuhkan semangat SABER HT Jr P11. Kekalahan 6-8 kepada Wildcats HC, ‘membangunkan’ mereka daripada tidur. Berbekalkan semangat mereka yang kuat dan matlamat mereka untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik. 

Berbekalkan pengalaman mara ke suku akhir di Terbuka Kulai, SABER HT Jr P11 terus nekad untuk cemerlang. Menang 10-3 dengan pasukan SKPJ (Petaling Jaya), 4-2 dengan ROME HC (SK Jenjarom, Kuala Langat). Perlawanan terakhir, dengan bermatlamatkan untuk menang besar akhirnya tercapai apabila menang ke atas Sri Langat Girls dengan jaringan 7-3. Pasukan SABER HT Jr P11, Wildcats HC dan ROME HC terikat dengan 6 mata, namun setiap gol dan bolos diambil kira, akhir SABER HT Jr P11 dinobatkan sebagai johan dalam format pertandingan liga dengan perbezaan gol 11, Wildcats 8 dan ROME HC 6. Berjaya menjaring 27 gol dan bolos 16. 

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada pasukan SABER HT Jr P11. Alhamdulillah dan diharapkan momentum ini berterusan dan dibawa ke pertandingan – pertandingan akan datang.
 
Berlatih dan terus berlatih.

Pihak pengurusan pasukan amat – amat berterima kasih dengan ibu bapa / penjaga para pemain SABER yang sentiasa memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk membenarkan anak – anak mereka bermain. Hanya tuhan yang membalas kebaikan tuan dan puan. Teruskanlah menyokong pasukan ini sehingga terus mencapai kecemerlangan.

Semangat MARA UNTUK JUARA...

**Tahniah untuk penganjur, kualiti pengadil semakin baik.
**Bersedia untuk kejohanan yang seterusnya... berlatih dan terus berlatih. Bukan apa, ini semua atas dasar minat yang mendalam kepada sukan bola baling.
**Jika ada mana pasukan yang nak ajak diadakan perlawanan persahabatan, kami sedia untuk memenuhi undangan. Boleh hubungi Cikgu Azmi 013-2795903.

No comments:

Post a Comment