Tuesday 21 February 2023

PASUKAN BOLA BALING SABER HANDBALL TEAM di KEJOHANAN TERBUKA SELANGOR BAWAH 13 TAHUN, PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 – K25

Alhamdulillah, cemerlang dalam kelompok 3 terbaik.

Aktiviti : 
KEJOHANANAN BOLA BALING TERBUKA SELANGOR BAWAH 13 TAHUN, PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023
Kategori : Bawah 13 tahun
Tarikh : 21-22 Februari 2023 (Isnin-Selasa)
Tempat : Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kuala Langat
Anjuran : Persatuan Bola Baling Malaysia (MAHF), Persatuan Bola Baling Kuala Langat, Kanchong Handball


P13 SABER HT Jr (Kejohanan Bola Baling Terbuka Selangor Bawah 13 Tahun, Peringkat Kebangsaan Tahun 2023

Norazmi bin Mohamed (Jurulatih), Irdina, Farisya, Farisha, Syazwina, Nik Syazwin, Amani, Rabiatul (Fisioterapi),
Lailatul, Rayyanah, Arissa, Lidiya, Alya Keeper, Aulia, Adelia, Filzah


Kita akan beri persaingan terkuat dan berjuang habis – habisan. SABER! HU HA... Jurulatih dah pesan dengan para pemain, setiap kejohanan yang kita sertai kita perlu ada matlamat. Matlamat untuk menjaringkan gol, matlamat untuk menang perlawanan, matlamat untuk naik podium. Kita nak menang dengan selesa, menang dengan jaringan gol.

Kali ini SABER HT P13 dibarisi dan diperkuatkan dengan kehadiran 3 orang pemain Selangor bawah 13 tahun. Bersama – sama dengan 11 orang pemain SABER HT Jr yang baru – baru ini telah menjadi johan di Kejohanan Pembangunan Sukan Bola Baling MSSD Hulu Langat 2022/2023. Semangat itu dibawa ke Kejohanan Bola Baling Terbuka Selangor Bawah 13 tahun yang diadakan pada 21-22 Februari 2023 di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kuala Langat. Kategori perempuan bermain pada 20 Februari 2023.

Hanya menghantar pasukan P13 ke Kejohanan ini, pastinya pasukan – pasukan yang menyertainya merupakan pasukan – pasukan yang hebat. Terdiri daripada 3 kumpulan A, B, C dan SABER HT Jr diundi dalam kumpulan A bersama – sama dengan Sri Langat HC, Phanthom SRAISM dan SK Taman Warisan Puteri. 

Corak permainan yang ditampilkan juga agak berbeza. Ramuan ‘speed’ dan ‘Accurary’ ditekankan kerana ini merupakan permainan yang berintensiti tinggi. Para pemain perlu bijak dan cepat membaca dan menukar corak permainan.

Keputusan pada peringkat kumpulan SABER HT Jr 1-5 SK Taman Warisan Puteri. SABER HT Jr 11-0 Phanthom SRAISM, SABER HT Jr 10-6 Sri Langat HC. Jumlah jaringan 22 dan bolos 11. Tahniah. Jaring sebanyak mungkin dan elakkan bolos yang banyak. Dinobatlan sebagai johan kumpulan A dengan 4 mata dan berkongsi mata dengan pasukan SK Taman Warisan Puteri, namun jaringan yang menjadi pemisah.

Mara ke peringkat XY dan diundi dalam Kumpulan X bersama – sama dengan Kanchong HC dan Hartamas. Dalam format XY ini hanya johan kumpulan akan mara ke peringkat Final dan pasukan yang menduduki tempat kedua dalam kumpulan X dan Y akan mendapat ketiga bersama dan pasukan yang mendapat tempat ketiga dalam kumpulan X dan Y akan mendapat tempayt keempat bersama.

Keputusannya ialah, SABER HT Jr 1-5 Kanchong HC dan menang 7-1 dengan Hartamas. Alhamdulillah berjaya mendapat tempat ketiga bersama dengan Kuala Kurau HC (Perak daerah Kerian Cikgu Rashid). Tempat keempat bersama adalah pasukan Hartamas (Kuala Lumpur) dan Lendu Evo (Melaka). Juara adalah Kanchong HC (Selangor Kuala Langat) dengan menewaskan SK Taman Warisan Puteri (Negeri Sembilan Seremban), jaringan 3-2.

Tahniah kepada semua pemain dan para ibu bapa yang menyokong pasukan. Terima kasih banyak – banyak. Terus pandang ke hadapan, ada lagi kejohanan yang pastu SABER HT ada untuk memeriahkan.
  
Berlatih dan terus berlatih. Kita pasti akan juara suatu hari nanti. Kita mesti terus konsisten.

Pihak pengurusan pasukan amat – amat berterima kasih dengan ibu bapa / penjaga para pemain SABER yang sentiasa memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk membenarkan anak – anak mereka bermain. Hanya tuhan yang membalas kebaikan tuan dan puan. Teruskanlah menyokong pasukan ini sehingga terus mencapai kecemerlangan.

Semangat membara, usaha, juara...

**Bersedia untuk kejohanan yang seterusnya... berlatih dan terus berlatih. Bukan apa, ini semua atas dasar minat dan kepuasan yang mendalam kepada sukan bola baling.

No comments:

Post a Comment