Sunday 12 February 2023

PASUKAN BOLA BALING SK TAMAN KOSAS U11 di SUKAN PEMBANGUNAN SUKAN BOLA BALING MSSDHL 2022-2023 – K24

Teruskan... Kemajuan


Aktiviti : 
KEJOHANAN PEMBANGUNAN SUKAN BOLA BALING MSSD HULU LANGAT 2022-2023
Kategori : bawah 11 tahun
Tarikh : 08-09 Februari 2023 (Rabu-Khamis)
Tempat : SK Bukit Raya, Hulu Langat
Anjuran : PPD Hulu Langat

Kejohanan yang dinanti akhirnya tiba. Alhamdulillah kali ini semuanya berjalan dengan lancar. Kali ini menggunakan nama SK Taman Kosas kerna penganjuran kejohanan ini adalah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat.

Sebelum itu, tahniah kepada pihak penganjur iaitu SK Bukit Raya dengan diketuai oleh Cikgu Sapuan (were) atas penganjuran yang dikatakan cemerlang dan sangat lancar.

Baik, kita terus kepada ceritanya yang dipendekkan.

Hari pertama, 08 Februari 2023 adalah pertandingan bagi kategori P11. Puncak gunung adalah sasaran kita, namun bukan mudah untuk mencapainya.

Kedudukan Kumpulan Kategori (P)
Kump: A
1. SK TMN KOSAS
2. SK BDR RINCHING
3. SK DESA BAIDURI
4. SK TAAM
 Kump: B
1. SK AMPANG CAMPURAN
2. SK CHERAS BAHARU
3. SK BTek
4. SK DUSUN TUA
5. SK LEFT ADNAN
Kump: C
1. SK BUKIT RAYA
2. SK TMN NIRWANA
3. SK TMN PUTERI
4. SK AMPANG
5. SK BTHO2

Yang penting adalah berusaha dan tidak mudah berputus asa. Bangkit dengan cepat apabila terasa diri hampir tersungkur.

Semangat yang ditunjukkan oleh pasukan P11 amat cemerlang. Ketinggalan 0-3 kepada SK Bandar Rinching pada separuh masa pertama, ibarat membangkitkan harimau yang sedang tidur, mengejar dan akhirnya menang dengan jaringan 5-4.

Pasukan yang diundi bersama dengan SK Taman Kosas, adalah pasukan yang mempunyai kekuatan yang tersendiri berdasarkan pengalaman pertemuan dengan mereka. Bukan mudah, bermain dan aplikasi segala ilmu dan pengalaman yang ada dari satu perlawanan ke perlawanan yang seterusnya.

Memang 5-0 dengan SK Desa Baiduri dan 8-1 dengan SK TAAM. Alhamdulillah, alhamdulillah, dinobatkan sebagai juara kumpulan A.

Di peringkat kalah mati, pastu bukan perkara yang mudah. 8 pasukan yang mara adalah pasukan – pasukan yang mempunyai nama dalam sukan bola baling ini.

Meletakkan sasaran untuk menang setiap perlawanan.... menang dengan jaringan. Bertemu tuan rumah, SK Bukit Raya pastinya sukar berdasarkan pengalaman di Kulai tempoh hari. Namun tiada apa yang mustahil. Akhirnya melakar kemenangan dengan jarinan 3-0.

Di peringkat separuh akhir pula, bertemu dengan SK Taman Nirwana yang merupakan sahabat dan idola. Pasukan ini sentiasa menjadi rujukan dan mendapatkan ilmu Bola Baling. Debaran sentiasa terasa setiap kali bertemu dengan pasukan ini. Tahniah kita menang 4-1 dan mara ke final bertemu dengan SK Bandar Rinching, satu kumpulan sebelum ini.

Perlawanan akhir memang menjadi idaman bagi setiap pasukan yang bertanding. Dengan sokongan padu pegawai dan wakil pentadbir iaitu Puan Saluwa – GPK Kokurikulum SK Taman Kosas, semua pemain bermain mati – matian memastikan kejuaraan milik kita. Bertahan dalam kepenatan dan kesakitan, akhir SK Taman Kosas dinobatkan juara Kejohanan Pembangunan Sukan Bola Baling MSSD Hulu Langat 2022-2023. Jaringan 2-0 SK Bandar Rinching. Alhamdulillah dan tahniah.

Jumlah jaringan 27 gol dan bolos 6.



Pemain dalam Pasukan Bola Baling SK Taman Kosas P11 :
Cikgu Adda (Fisioterapi), Cikgu Aisyah (Penolong Jurulatih), Alyaa, Lidiya, Farisya, Laila, Amira, Puan Saluwa (GPK Kokurikulum), Cikgu Azmi (Coach),
Rayyanah (Kecik), Filzah (Nana), Adelia, Alya, Syasya, Cikgu Kimi (Jurulatih Pembangunan)

09 Februari 2023 merupakan pertandingan untuk kategori lelaki L11.


Pemain dalam Pasukan Bola Baling SK Taman Kosas L11 :
Asyraf (Acap), Affan, Rayyan, Alif, Zharif, Aizzat, Nafis, Rifqi, Alby, Atiff

Ini kejohanan kali ketiga bagi pasukan ini. Kali pertama adalah pada ‘NATIONAL SPORTS DEVELOPMENT CARNIVAL (SPODEC)’ 2022 - pertandingan Bola Baling L11, yang diadakan pada bulan awal Disember dan Kejohanan Bola Baling Ampang Bawah 11 tahun pada akhir Disember 2022.

Pasukan ini berjaya mencapai kemajuan, berbanding 2 kejohanan sebelum ini. Berjaya melepasi peringkat kumpulan dan mara ke peringkat suku akhir. Persembahan yang ditunjukan amat mengagumkan, sehingga setiap kali perlawanan mendebarkan dan menghiburkan. Kecil – kecil cili padi.

Kedudukan Kumpulan Kategori (L)
1. SK TMN NIRWANA
2. SK JLN 6
3. SK BTHO 2
4. SK TMN PUTERI
Kump: B
1. SK TAAM
2. SK BDR RINCHING
3. SK AMPANG
4. SK DESA BAIDURI
Kump: C
1. SK BUKIT RAYA
2. SK TMN KOSAS
3. SK DUSUN TUA
4. SK LEFT ADNAN
5. SK BDR BUKIT MAHKOTA

Keputusan perlawanan adalah tidak mengecewakan. Seri 2-2 dengan SK Bukit Raya, menang 3-2 dengan SK Dusun Tua, perlawanan ketiga tewas 0-2 dengan pasukan SK Leftenen Adnan dan menang 5-3 dengan SK Bandar Bukit Mahkota. Mengumpul 7 mata daripada 4 perlawanan.

Mara ke peringkat suku akhir selaku naib johan kumpulan C, berdepan SK Bandar Rinching yang mana suatu ketika kita mendahului dengan 3-2 namun akur dengan kekalahan 0-1 setelah seri 3-3 sama pada masa penuh.

Secara keseluruhan, 2 menang, 1 seri dan 1 tewas, berjaya menghasilkan 10 biji gol dan 10 bolos, tahniah!!!.

Tahniah juga untuk pasukan L11. Kita cuba lagi untuk kejohanan seterusnya.

Berlatih dan terus berlatih. Kita pasti akan juara suatu hari nanti.

Pihak pengurusan pasukan amat – amat berterima kasih dengan ibu bapa / penjaga para pemain SABER yang sentiasa memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk membenarkan anak – anak mereka bermain. Hanya tuhan yang membalas kebaikan tuan dan puan. Teruskanlah menyokong pasukan ini sehingga terus mencapai kecemerlangan.

Semangat membara, usaha, juara...

**Bersedia untuk kejohanan yang seterusnya... berlatih dan terus berlatih. Bukan apa, ini semua atas dasar minat yang mendalam kepada sukan bola baling.
**Kejuaraan menjadi milik kita semula setelah penantian 4 tahun dan yang terakhir adalah pada 2018.
**Pasukan lelaki walaupun kamu kecil – kecil, namun semangat yang ditunjukkan amat amat hebat dan boleh dibanggakan.

No comments:

Post a Comment