Monday 18 December 2023

PASUKAN BOLA BALING SK TAMAN KOSAS/SABER KS HANDBALL TEAM 2023 P11 L11 DI KEJOHANAN PEMBANGUNAN BOLA BALING BAWAH 11 TAHUN MSSDHL 2023 – K39

Rezeki kita untuk menang ditangguh.



Aktiviti : 
KEJOHANAN PEMBANGUNAN BOLA BALING BAWAH 11 TAHUN MSSDHL 2023
Kategori : P11, L11
Tarikh : 12-14 Disember 2023 (Selasa-Khamis)
Tempat : Gelanggang Serbaguna, SK Taman Kosas
Anjuran : MSSD Hulu Langat

Tiada masa untuk toleh ke belakang, dan sudah tiba masanya untuk pasukan diuji dengan aksi yang sebenar. 

Secara keseluruhan, pasukan L11 dan P11 telah menunjukkan aksi permainan sebenar Bola Baling. Dengan semangat bermain di tempat sendiri, para penyokong disajikan dengan permainan rancak, mendebarkan dan menghiburkan. Bagi pasukan L11, memberi saingan terhebat dan terkuat. Secara keseluruhan, barisan kejurulatihan amat berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan. 

Pasukan P11 membuktikan bahawa keinginan dan kesungguhan menjadi faktor utama kemaaraan pasukan. Alhamdulillah mereka berjaya mencapai matlamat, mara ke final.

Whatsapp group pasukan...
Assalamualaikum w.b.t / Selamat sejahtera...

Sangat hebat dan terbaik

Alhamdulillah dipanjatkan rasa syukur kepada Ilahi, selesai sudah Kejohanan Pembangunan Bola Baling bawah 11 tahun MSSD HL 2023.

Persembahan dan permainan yang disajikan amat berkualiti dengan teknik dan kemahiran individu yang ditunjukkan, bermain sebagai satu pasukan, berusaha bersungguh - sungguh, bermain sehingga minit terakhir, tidak mudah berputus asa. Kami sebagai pegawai pasukan sangat sangat kagum dgn apa yang ditunjukkan oleh para pemain.

Terima kasih kepada semua ibu bapa / penjaga yang menjadi tulang belakang pasukan ini. Sentiasa memberi sokongan padu yang tidak berbelah bahagi.

Kita akan kembali dengan lebih kuat dan bijak.

Anak - anak akan terus berjuang. Kita tunjuk cara yang betul bermain Bola Baling. Kita buat sebagai satu pasukan dan sebagai satu keluarga bola baling.

Rehat dulu secukupnya kerana kita fokus pada terbuka Kulai minggu depan. Semoga ada sinar di sana.

Cikgu Azmi
Jurulatih
Pasukan Bola Baling
SK Taman Kosas / SABER KS HT




Whatsapp group sekolah...
Assalamualaikum w.b.t / Selamat sejahtera..

Hebat dan Terbaik

Alhamdulillah.. Selesai sudah Kejohanan Pembangunan Bola Baling bawah 11 tahun MSSD HL 2023.

Kami daripada pasukan bola baling SK Taman Kosas sangat terharu dan teruja dengan sokongan yang diberikan... terima kasih kerana menjadi pemain ke 6 yang menyokong kuat kami... semua pemain bersemangat. 

Terima kasih para pentadbir, terima kasih cikgu cikgu, terima kasih rakan - rakan, terima kasih kepad semua warga SEKOSAS, para ibu bapa / penjaga.... bergema 'stadium' kosas dengan laungan 'Kosas, Kosas, Kosas'

InsyaAllah Kami akan kembali dengan lebih kuat pada masa akan datang.

Sukan menyatukan kita.

Terima kasih, terima kasih, terima kasih

Pasukan Bola Baling
SK Taman Kosas



Pasukan L11 diundi dalam kumpulan B melibatkan 4 buah pasukan iaitu SK Taman Kosas, SK Saujana Impian, SK Leftenan Adnan dan SK Dusun Tua. 

Pasukan P11 pula berada dalam kumpulan C bersama – sama dengan pasukan SK Ulu Semenyih, SK Sungai Ramal Dalam dan SK Taming Jaya.

PASUKAN SK Taman Kosas / SABER KS HT
Senarai nama pemain P11 yang terlibat
1. Syamimi Binti Mohd Shahrizal
2. Nurshahirah Saffiya Binti Mohammad Sharom
3. Raafhanah Binti Mohd Razali
4. Nur Dhiya Qaisara Binti Azman
5. Nur Alyaa Safiyyah Binti Mahadi
6. Nur Qistina Balqis Binti Mohamad Nazir
7. Dania Nasyihah Binti Abdul Rahman
8. Puteri Shafiya Alesya Binti Abdullah
9. Nur Iszzara Raisya Binti Mohd Iszwan
10. Afia Nazurah Binti Mohd Nezam

Senarai nama pemain L11 yang terlibat
1. Nafis Noriman Bin Norazmi
2. Raja Aizzat Irfan Bin Raja Ismail
3. Mohamad Nor Harraz Bin Abdullah
4, Iman Hairie Putra Bin Ammar Shariffuddin
5. Muhamad Alif Bin Abdullah
6. Muhammad Firas Ilham Bin Nur Rahim
7. Syahmi Afiq Bin Saiful Nizam
8. Muhammad Fariz Iskandar Bin Zaidi
9. Muhammad Haikal Hadami Bin Mohd Muhaimin
10. Muhammad Irfan Shah Bin Rohaizad
-------------
Keputusan (L11) :
1. SK Taman Kosas / SABER KS HT 6 - 2 SK Saujana Impian
2. SK Taman Kosas / SABER KS HT 2 - 3 SK Leftenan Adnan
3. SK Taman Kosas / SABER KS HT 3 - 4 SK Dusun Tua

Tempat ketiga kumpulan

Menang 1, Belum menang 2, Seri -
Jumlah jaringan 11, Bolos 9
Beza gol +2
-------------
Keputusan (P11) :
1. SK Taman Kosas / SABER KS HT 5 - 0 SK Ulu Semenyih
2. SK Taman Kosas / SABER KS HT 3 - 2 SK Sungai Ramal Dalam
3. SK Taman Kosas / SABER KS HT 2 – 0 SK Taming Jaya

Juara Kumpulan

Suku akhir
4. SK Taman Kosas / SABER KS HT 6 – 0 SK Taman Puteri

Separuh akhir
5. SK Taman Kosas / SABER KS HT 4 – 3 SK Kantan Permai

Final
6. SK Taman Kosas / SABER KS HT 4 – 4 SK Bandar Rinching
(0-0) (0-1)

Alhamdulillah... Naib Johan

Menang 5, Belum menang -, Seri 1
Jumlah jaringan 24, Bolos 9
Beza gol +16
-------------
Berlatih dan terus berlatih. Kita pasti akan jadi terbaik suatu hari nanti. Dan untuk menjadi sentiasa yang terhebat, lagi perlu kerja dengan lebih kuat lagi.

Pihak pengurusan pasukan amat – amat berterima kasih kepada para pentadbir SK Taman Kosas ibu bapa / penjaga para pemain SK Taman Kosas / SABER KS HT yang sentiasa memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk membenarkan anak – anak mereka bermain. Para guru dan warga SK Taman Kosas yang padu menyokong. Yang datang menyokong serta mereka yang mendoakan keselamatan dan kecemerlangan pasukan.

Para pegawai pasukan Cikgu Adda (Fisioterapi), Cikgu Aisyah (Pengurus Pasukan) serta Cikgu Azma Hakimi (Jurulatih Pembangunan) yang sentiasa bersama dengan pasukan. Terima kasih... terima kasih. Anda hebat.

Hanya tuhan yang membalas kebaikan tuan puan dan para pegawai. Teruskanlah menyokong pasukan ini sehingga terus cemerlang.

Sungguh Rejam Juara... SABER HU HA!!!

**Bersedia untuk kejohanan yang seterusnya... berlatih dan terus berlatih. Bukan apa, ini semua atas dasar minat yang mendalam kepada sukan bola baling.

No comments:

Post a Comment