Thursday 28 December 2023

PASUKAN BOLA BALING SK TAMAN KOSAS/SABER KS HANDBALL TEAM P12 DI KEJOHANAN BOLA BALING PIALA AMPANG 2023 – K41

Sudah lama tidak bermain sebagai satu pasukan, SABER HT P12 kembali dan  terus bermain bola baling dengan cara permainan berkualiti tinggi dan sangat matang. Antara pasukan bola baling cemerlang yang pernah dilahirkan sejak tahun 2018. Menjadi penanda aras kepada barisan kejurulatihan. Syabas dan tahniah.



Aktiviti : 
KEJOHANAN BOLA BALING PIALA AMPANG 2023
Kategori : P12
Tarikh : 27 Disember 2023 (Rabu)
Tempat : IWK Ecopark @ Pantai Dalam
Anjuran : Kelab Bola Baling Bandar Baru Ampang, Persekutuan Bola Baling Malaysia, Team Selangor, Persatuan Bola Baling Wildcats

> Pasukan
PASUKAN SK Taman Kosas / SABER KS HT


Senarai nama pemain P12 yang terlibat
1. Norlidiya Binti Razid
2. Farisya Khaisara Binti Abdullah
3. Nur Lailatul Khadijah Binti Abdul Rahim
4. Nur Adelia Imanina Binti Sidek
5. Nur Alya Adriana Binti Zulkifli
6. Filzah Nur Jannah Binti Mohammad Farid
7. Nur Azirah Syahnirah Binti Binti Abdul Mutalib
8. Syamimi Bt Mohd Shahrizal
9. Nurshahirah Saffiya Binti Mohammad Sharom
10. Raafhanah Binti Mohd Razali
11. Nur Qistina Balqis Binti Mohamad Nazir
12. Nur Alyaa Safiyyah Binti Mahadi
13. Nur Dhiya Qaisara Binti Azman

> Keputusan
PERINGKAT KUMPULAN
1. SABER KS HT 7 - 3 PANCHORIAN HC
2. SABER KS HT 4 - 2 THE EAGLES
3. SABER KS HT 9 - 3 WILDCATS
Johan Kumpulan

SEPARUH AKHIR
SABER KS HT 6 - 5 BLACK GHIMAU

FINAL
SABER KS HT 3 vs 7 WILDCATS

"Naib Johan"

Tahniah.. πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘

Menang 4, Belum menang 1, Seri -
Jumlah jaringan 26, Bolos 20
Beza Gol +4

Sungguh Rejam Juara
-------------
Berlatih dan terus berlatih. Kita antara yang tebaik dan terus berlatih untuk kekal yang terbaik. 

Pihak pengurusan pasukan amat – amat berterima kasih kepada para pentadbir SK Taman Kosas, ibu bapa / penjaga para pemain SK Taman Kosas / SABER KS HT yang sentiasa memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk membenarkan anak – anak mereka bermain. Para guru dan warga SK Taman Kosas yang padu menyokong, serta mereka yang sentiasa mendoakan keselamatan dan kecemerlangan pasukan.

Para pegawai pasukan Cikgu Adda (Fisioterapi), Cikgu Aisyah (Pengurus Pasukan) serta Cikgu Azma Hakimi (Jurulatih Pembangunan), Cikgu Sara, yang sentiasa bersama dengan pasukan. Terima kasih... terima kasih. Anda hebat.

Hanya tuhan yang membalas kebaikan tuan puan dan para pegawai. Teruskanlah menyokong pasukan ini. Cemerlang dan terus cemerlang.

Sungguh Rejam Juara... SABER HU HA!!!

**Sentiasa bersedia. Bukan apa, ini semua atas dasar minat yang mendalam kepada sukan bola baling.

No comments:

Post a Comment