Wednesday, 17 February 2010

SIRI TV PENDIDIKAN KANAK-KANAK

Kanak-kanak memang suka menonton televisyen. Dalam kehidupan harian kita, televisyen tidak boleh dipisahkan. Malah membiarkan anak-anak menonton cerita kegemarannya di televisyen merupakan salah satu cara ibu bapa untuk ‘melepaskan tanggungjawab sementara ’ terhadap anak-anak untuk ‘melaksanakan tanggungjawab lain’ seperti menyiapkan tugasan tertentu, menyiapkan rutin harian atau berehat seketika.

Rancangan-rancangan yang lebih berunsur negatif seperti keganasan, pergaduhan dan mungkin hiburan yang keterlaluan, perlu dielakkan, malah rancangan yang menerapkan nilai-nilai murni dan berunsur pendidikan amat digalakkan untuk ditontoni. Namun penulis berpendapat, kanak-kanak akan lebih suka menonton rancangan-rancangan yang mempunyai lebih nilai negatif berbanding positif.

Namun bagi ibu bapa, kita harus memantau siaran dan rancangan apa yang ditonton oleh anak-anak kita. Terutama anak-anak yang sedang membesar. Ibu bapa harus ingat, kanak-kanak adalah golongan yang suka meniru apa yang dilihat, apatah lagi ditonton setiap hari, mana tahu ia juga boleh mempengaruhi pembentukan sahsiah dan emosinya pada masa akan datang.

Ada pakar psikologi mengatakan bahawa, kanak-kanak berumur sehingga 7 tahun hanya menerima segala apa sahaja ajaran dan tingkah laku tanpa memahami mengapa dia perlu berbuat atau bertindak demikian. Pembentukan tingkah laku asas hanya terbina bermula pada umur 7 tahun.

Ramai ibu bapa tidak sedar bahawa kanak-kanak pada peringkat usia dua hingga 10 tahun sedang dalam proses mempelajari dan meniru apa yang mereka lihat dan menyimpannya sebagai memori yang akan dilepaskan apabila usianya memasuki 12 tahun.

Oleh itu mari kita sama-sama fikirkan, sama ada kita ingin melihat anak-anak kita membesar dengan jiwa, mental dan tingkah laku yang negatif atau ingin melihat anak menjadi seorang yang berguna dan berjasa kepada keluarga, masyarakat, agama dan negara. Itu semua terletak kepada kita sebagai ibu bapa. Ini boleh membuka minda kira bahawa televisyen dan media internet boleh membantu dalam memberi pendidikan tambahan yang memberi banyak faedah jika bijak memilih rancangan atau laman web yang berguna dan berpengetahuan.

Di negara luar seperti di United Kingdom, perkembangan kanak-kanak amat dititikberatkan. Perkembangan kanak-kanak dari segi ilmu dan kemahiran disalurkan dalam pelbagai cara seperti melalui nurseri, sekolah, melalui media elektronik seperti radio dan televisyen, dan juga melalui medium alaf baru, internet.

Di sini penulis ingin memperkenalkan pendidikan melalui media internet. Pada mulanya rancangan ini disampaikan melalui televisyen tapi divariasikan kepada internet dan juga radio. Tapi hari ini penulis ingin bercerita saluran itu melalui media internet. Penulis begitu teruja untuk memperkenalkan saluran TV ini atas 2 sebab. Pertama, cara penyampaiannya yang amat menarik perhatian kanak-kanak. Karektor-karektor yang terlibat, nyanyian lagu kanak-kanak, cara penyampaian yang betul-betul bersemangat dan kreatif, segala bentuk lakonan yang dibuat dirakam dalam situasi sebenar kehidupan harian dan juga unsur nilai-nilai murni yang ditonjolkan.

Kedua, konsep pembelajaran yang diperkenalkan ialah ‘Fun Learning’. Ini selari dengan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memperkenalkan silabus baru Bahasa Inggeris pada tahun 2011. Ambil perhatian beberapa perkara yang boleh membawa manfaat kepada anak-anak kita nanti dan kaedah digunakan untuk menarik perhatian kanak-kanak untuk menontonnya. Malah, ia mungkin boleh dijadikan sebagai salah satu bahan mengajar bagi guru-guru.

Terdapat satu saluran TV yang khusus kepada kanak-kanak. Saluran itu berteraskan pendidikan yang mana penulis berpendapat ianya menyediakan semua kemahiran, maklumat dan perkara-perkara yang diperlukan oleh seorang kanak-kanak untuk melengkapkan diri dengan perbagai perkara sama ada ‘minds on’ atau ‘hands on’. Saluran TV yang penulis maksudkan ialah CBEEBIES.

Latar belakang

CBeebies merupakan saluran televisyen BBC untuk kanak-kanak di bawah 6 tahun. Ia bersiaran setiap hari dari 6 pagi hingga 7 malam waktu UK. Saluran CBeebies antarabangsa dimiliki sebenuhnya oleh BBC Worldwide. Ia boleh didapati di India, Singapura, Hong Kong, Poland Indonesia, Mexico dan Afrika.

Laman web
Kanak-kanak boleh melayari laman web CBEEBIES untuk permainan interaktif pendidikan yang menyeronokan di sini.

Laman web tersebut mempunyai pautan seperti Main permainan (‘play games’), Masa untuk menyanyi (‘Song Time’), Buat dan warna (‘Make and colour’), Masa untuk bercerita (‘Story time’), Lihat dan Dengar (‘Watch and listen’) dan Siaran TV CBEEBIES (‘CBEEBIES shows’).

TV atas talian
Bagi yang berminat untuk mengikuti rancangan yang disediakan secara online boleh melayari siaran secara online di sini.

Dingatkan di sini bahawa masa Malaysia adalah 8 jam ke hadapan, jadi mungkin agak sukar untuk anak-anak di Malaysia menonton siaran TV ini secara atas talian kerana di UK ia bermula jam 6 pagi, iaitu jam 2 petang waktu Malaysia dan berakhir jam 7 ptg waktu UK, 3 pagi waktu Malaysia. Intisari rancangan sila rujuk di sini.

Antara Rancangan-rancangan yang disediakan

Alphablocks
Alphablocks adalah program tv pendidikan kanak-kanak yang mana membantu dan mengajar kanak-kanak bagaimana mengeja menggunakan blok-blok huruf. Kaedah yang digunakan ia bunyi huruf (‘phonetic’). Daripada 10 penulis beri 10 bintang.

Numberjacks
Numberjacks terdiri daripada karektor-karektor nombor sifar hingga sembilan. Penyelesaian masalah harian melibatkan nombor dan operasi mudah. Yang menyeronokkan ialah karektor – krektor nombor perlu menentang kuasa jahat untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Ia pasti sesuatu yang mencabar dan mendebarkan. Penulis bagi 10 bintang.

Something Special
Rancangan mengenai aktiviti kehidupan harian. Melibatkan kanak-kanak kurang upaya dalam rancangan ini. Lawatan seperti ke pasar, stadium, tapak perkhemahan dan sebagainya. Mengajar cara membuat bahasa isyarat dan juga menggunakan sebutan bahasa yang mudah dan jelas. Penulis sendiri teruja. Penulis beri 10 bintang.

Mister Maker
Mister Maker adalah program pra sekolah kanak-kanak melibatkan seni dan kraftangan. Penulis beri 10 bintang.

Our Planet
Rancangan dokumentari ala-ala ‘Discovery Channel’ tentang kehidupan di muka bumi, tetapi cara penyampaian yang menarik dan kreatif. Penulis bagi 10 bintang.

Lunar Jim
Jim dan pasukannya -Rover si anjing robot, Ripple si Mekanik Angkasa Lepas, Eco si petani, dan TED, si ‘Technical Equipment Device’ – yang tinggal di Bulan Biru L22, bulan kedua terakhir terletak di hujung galaksi ‘Milky Way’. Eksplorasi dan pengembaraan dalam menyelesaikan masalah dan melibatkan pengetahuan sains asas. Penulis beri 10 biintang.

Mama Mirabelle's Home Movies
Program di Savana Afrika, rancangan kanak-kanak ini fokus kepada seekor gajah yang penuh semangat bernama Mama Mirabelle, yang merantau serata dunia dan merakamkan segala pengembaraannya dan ditontonkan kepada haiwan-haiwan yang lebih muda dan bercerita mengenai pengembaraannya. Penulis beri 10 bintang.

Big Cook Little Cook
Menggunakan buku masakan untuk membuat masakan yang mudah dan ringkas. Terdapat dua karektor iaitu ‘Big Cook’ dan ‘Little Cook’. Program ala-ala memesan makanan di kedai makan dan mereka berdua akan memasaknya. Penulis beri 10 bintang.

Selain siaran dan laman sesawang di atas, penulis juga ingin memperkenalkan beberapa lagi laman sesawang yang boleh digunakan untuk pembelajaran secara interaktif oleh kanak - kanak, antaranya ialah :

thomas and friends

mickeymouse clubhouse

milkshake

1 comment: