Sunday 7 February 2010

UK, United Kingdom, Britain, England…. mana satu?

Ini pertama kali saya ke luar negara. Bermula dari tahun 2008 bulan September 2008, saya akan ke luar negara selama 2 – 3 tahun. Lokasinya ialah di Dundee, Scotland. Tapi bila ada sahabat yang bertanya nak ke U.K. ker?. Saya jadi keliru. Kan saya dah kata nak pergi Scotland, bukan UK.

Kalau orang hendak pergi belajar, kita sebut pergi UK. Kalau sebut sukan, paling popular kita tahu tentang pasukan bola sepak England, David Beckham dan Wayne Rooney. Pernah juga kita dengar berkenaan bola sepak Scotland. Kalau Ryan Giggs tu main bola untuk pasukan Wales. Baru-baru ini di Kejohanan Trek dan Padang Dunia, atlit daripada UK ini menggunakan nama pasukan ‘The Great Britain and Northern Ireland’. Mana satu ni?

Membaca itu jambatan ilmu. Untuk mendapatkan kepastian saya terus cari maklumat, supaya kekeliruan ini terurai.

Di bawah merupakan sedikit ringkasan tentang UK atau Britain atau Orang Inggeris ('English people') yang pada suatu ketika dahulu pernah menjajah negara kita Malaysia dan Tunku Abdul Rahman bersusah payah berunding agar diberikan kemerdekaan kepada negara kita yang ketika itu dikenali sebagai Tanah Melayu.

Kita lihat dulu UK atau United Kingdom dalam peta dunia.


Jika dilihat pada peta di atas, kita akan menuju ke arah barat laut untuk sampai ke UK. Jarak antara di antara dua bandar utama iaitu Kuala Lumpur dan London ialah 6500 batu atau 10465 km (1 batu = 1.61 km) dan perjalanan mengambil masa 13 jam penerbangan tanpa henti.

Maklumat mengenai UK atau United Kingdom.

Nama rasmi :
The United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland

Dikenali sebagai :
United Kingdom, UK, atau Britain.

Keluasan UK :Jumlah 244,820 kilometer persegi (94,526 batu persegi)

Ibu Negara UK :
London.

Negara-negara dalam United Kingdom :
England, Wales, Scotland, Northern Ireland

Peta negara-negara dalam United Kingdom dan Ibu negara masing-masing. England, Wales, dan Scotland digelar ‘Great Britain’.

Sistem pentadbiran kerajaan :
*Sistem kerajaan Raja Berperlembagaan dalam demokrasi berparlimen.
*Permaisuri Elizabeth II adalah ketua negara United Kingdom.
*Perdana Menteri semasa ialah Gordon Brown MP.
*Northern Ireland, Scotland dan Wales masing-masing mempunyai kerajaan sendiri, yang diketuai oleh Ketua Menteri (‘First Minister’). England, negara terbesar United Kingdom, ditadbir terus oleh Kerajaan UK atau Britain.

Ciri negara :
*Sebuah negara pulau yang terbentuk daripada gugusan pulau-pulau termasuk ‘Great Britain’, sebahagian timur laut Ireland, dan beberapa kepulauan kecil.

*UK dikelilingi Laut Atlantik (‘Atlantic Ocean’), Laut Utara (‘the North Sea’), Terusan Inggeris (‘the English Channel’) dan Laut Ireland (‘Irish Sea’).

*Kepulauan paling besar iaitu ‘Great Britain’ (England, Wales, Scotland), disambungkan ke Negara Perancis melalui Terowong Terusan (‘the Channel Tunnel’).

Bendera UK :


Bendera dikenali sebagai ‘Union Flag’. Hasil gabungan bendera England, bendera Scotland dan bendera Saint Patrick dan dihasilkan tahun 1801. Namun negara-negara dalam United Kingdom mempunyai bendera negara mereka masing-masing.

Lagu Kebangsaan UK :
"God Save the King", dengan perkataan "King" digantikan dengan perkataan "Queen" di dalam liriknya kerana hari ini UK diketuai oleh seorang raja perempuan.

Bahasa rasmi di UK :
Bahasa Inggeris, selain itu terdapat bahasa yang dikenalpasti seperti Irish, Ulster Scots, Scottish Gaelic, Scots, Welsh, Cornish.

Gelaran penduduk tempatan :
Orang British atau Briton. Namun penduduk Scotland digelar Orang Scottish, dan penduduk di Northern Ireland dipanggil orang Irish.

Bilangan penduduk UK :
Tahun 2009, penduduk menjangkau 61,113,205.

Kumpulan Etnik UK (tahun 2001) :
92.1% Orang Inggeris berkulit putih (‘white people’)
4.0% Asia Selatan, 2.0% orang kulit hitam (‘black people’), 1.2% Campuran, 0.4% Cina, 0.4% lain-lain.

Peratusan agama penduduk di UK (Tahun 2001) :
Kristian (‘Christianity’) 71.8%, Tidak beragama (‘None’) 15.1%, Tidak dinyatakan (‘Not stated’) 7.8%, Islam 2.8%, Hinduism 1.0%, Sikhism 0.6%, Judaism 0.5%, Buddhism 0.3%.

Maklumat selanjutnya bolehlah melayari :
http://en.wikipedia.org/wiki/United_Kingdom

No comments:

Post a Comment