Lamanya penulis tidak ke sini. Sampai dah bertukar nama pun tidak perasan.
Seingat penulis kali terakhir penulis ke sini ialah lebih kurang 14 tahun yang
lepas. Iaitu pada saat penulis menuntut di universiti dulu.
Dulu tempat ini merupakan tempat pertama yang menawarkan rumah iklim
sederhana yang di mana ia akan bertukar musim dalam setahun iaitu musim sejuk,
musim bunga, musim panas dan musim luruh. Tak salah penulis rumah iklim
sekarang tengah musim panas, itu yang diberitahu oleh petugas di situ.
NKW dijemput ke sini. Hari Selasa dalam perjalanan balik dari Gambang bercuti, dapat panggilan dari petugas di Taman Botani ni. Petugas menjemput NKW untuk memeriahkan acara FOTO ALAM, buka gerai. Terima kasih Taman Botani. Alhamdulillah buka gerai betul – betul di kaunter keluar masuk orang ramai. Tidak ramai penggerai yang ada, cuma ada NKW, gerai orang asli yang menjual barangan orang asli dengan gerai public mutual.
Jom kita citer – citer ikut gambar.
Masuk ke Taman Botani ni murah jer, RM 3.00 untuk dewasa dan RM1.00 untuk kanak – kanak. Semua urusan tiket boleh dibuat di tiket kaunter utama. Untuk NKW, perlu ke pejabat Taman Botani (pejabat kayu) untuk mendapatkan pas masuk kereta secara percuma. Taman ini di buka dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.
Susun atur gerai NKW yang betul – betul berada di pintu keluar masuk ke Taman Botani ini.
Taman Botani menyediakan perkhidmatan bas yang membawa pengunjung ke Rumah
iklim Sederhana Panas (Bulatan belok ke kanan dengan menaiki bas berwarna
kelabu) dan ke Skytrex (Bulatan belok ke kiri dengan menaiki bas berwarna hijau)
Ini merupakan antara tarikan utama di Taman Botani ini, Skytrex. Jalan – jalan atas pokok. Macam menarik jer. Nak ke sini kena naik bas berwarna hijau. Tiket boleh dibeli di kaunter utama di pintu masuk. Selain tu boleh tengok laman sesawang Taman Botani.
Pengunjung yang datang ke gerai NKW pun boleh tahan juga. Sebab (terima kasih kat abang bas) pemandu bas betul – betul berhenti di depan gerai NKW. Jadi pengunjung yang membawa anak – anak yang minat Sand Art ni pasti tersangkut dekat gerai NKW ni. Alhamdulillah. Tapi ia masih bergantung kepada niat pengunjung, kalau niat untuk bersiar – siar ke Taman Botani, anak menangis macam mana pun, nak main Sand Art, kalau mak ayah kata tidak boleh, maknanya tidak boleh. Konsep dan persoalan ‘Are they ready to spend their money” boleh diguna pakai.
Sebagai penutup, NKW mengucapkan jutaan terima kasih kepada Taman Botani
Negara Shah Alam kerana menjemput NKW memeriahkan acara mereka. Alhamdulillah,
mereka kata akan menjemput lagi NKW kalau ada program dan acara seumpama ini
lagi. Satu langkah yang baik oleh NKW kerana NKW sudah ada nama dalam Taman
Botani Negara Shah Alam. Memperluaskan rangkaian dan jaringan. Alhamdulillah.
Untuk maklumat perkhidmatan dan perniagaan ‘Sand Arts’, sila klik di sini.
No comments:
Post a Comment