Sunday 22 November 2015

PASUKAN BOLA BALING SEKOLAH SKTK 2015 versi CEMPAKA


Alhamdulillah... rezeki Pasukan Bola Baling Kosas tahun ini 2015 : Siri 3

"Cikgu, memang rezeki cikgu tahun ini".
Itulah kata - kata kawan jurulatih apabila pasukan perempuan kami berjaya menempatkan diri ke perlawanan final untuk kali yang kedua.
Kali ini di Kejohanan Bola Baling Piala Belia Cempaka 2015. Kejohanan yang diadakan di sekolah berkenaan yang terletak di Cheras, berlangsung pada 8.11.15 hari Ahad setelah ditangguhkan akibat jerebu.

Hikmah di sebalik penangguhan itu... kami berjaya membawa balik kejayaan.

Tahniah kepada anak - anak yang berpenat lelah untuk mengecapai kejayaan. Ader yang berkata, "Cikgu, kami nak jadi juara". Boleh... itu semua bergantung kepada kamu semua.

Kejohanan kali ini, lebih - lebih lagi pertandingan terbuka seperti ini, baru pertama kali disertai oleh penulis dan anak - anak pemain bola baling. Pembentukan pasukan bermula seawal bulan 4 dan latihan mingguan terus diadakan setiap 2 kali seminggu.

Penerapan kemahiran asas, taktikal, memahami peraturan dan elak melakukan kesalahan di dalam padang ketika bermain dan semangat berpasukan adalah rencah dan ramuan terbaik membentuk pasukan yang boleh bersaing. Selain itu mengadakan siri perlawanan persahabatan dengan sekolah - sekolah terdekat. Terima kasih kepada sekolah - sekolah yang sudi melayan kunjungan kami.

Kejohanan kali ini dibahagikan kepada 3 kategori iaitu pasukan bawah 16, bawah 14 dan bawah 11. Pasukan penulis menyertai kategori bawah 11 lelaki dan perempuan.
Walaupun pasukan lelaki tidak berjaya mara ke peringkat seterusnya, sekurang - kurangnya berjaya mengutip pengalaman yang amat bernilai.

Tahniah kepada pasukan bola baling perempuan yang mara ke peringkat final.... peringkat kumpulan menang 5-1 ke atas Cempaka, tewas 2-4 kepada SK Sg Buloh. Mara ke peringkat separuh akhir sebagai naib johan kumpulan, menentang SK Tasik Puteri 2 (Johan Kumpulan B).
Persaingan yang sengit yang ditunjukkan dan semangat melawan yang kuat diberikan... menang 4-3 ke atas sekolah SK Tasik Puteri 2.

Berpuas hati sebagai naib johan untuk kali ini... tahun depan kalau ader lagi... kami nak sertai.

Terima kasih kepada pihak penganjur... anda memang terbaik kerana mengambil inisiatif mengadakan kejohanan seperti ini... mempopularkan sukan bola baling.

Terima kasih semua yang menyokong, terutama kepada para jurulatih dan ibu bapa/penjaga... anda memang terbaik.

Jom terus mara... tahun depan di Kejohanan Bola Baling Daerah. Ada misi yang perlu digapai. Yakin dan percayalah kita boleh berjaya.... InsyaAllah.

p/s : Tercari – cari juga pertandingan terbuka di kawasan Lembah Klang bagi pasukan bola baling bawah 15 tahun. Kami juga menerima jemputan untuk bermain perlawanan persahabatan sekiranya ada.

No comments:

Post a Comment