Syukur Alhamdulillah... dan sungguh meriah di Karnival Kokurikulum SK Putrajaya
11 (2) yang diadakan pada 14 November 2015 (Sabtu). Program yang dijalankan
dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang mendapat sambutan luar biasa daripada
pengunjung. Dan tempiasnya kena kepada Booth NKW yang menawarkan aktiviti sand
art. Dari tiga kaki pasir - pasir berwarna, penulis perlu membuka yang
keempat... Alhamdulillah bawa lebih kaki pasir berwarna tu.
Seawal jam 6.15 pagi, selepas Solat Subuh, penulis sudah bertolak ke SK
Putrajaya 11 (2). Semalam dah 'loading' barang. Takut - takut sesat, terus
aktifkan navigator kereta terus ke destinasi. Dan tiba awal di sekolah
tersebut, seawal jam 7.15 pagi.
Letak kereta terus ke dalam kawasan sekolah berdekatan dengan padang dan kantin.
Ruang pentas utama... satu kelebihan bagi sekolah ini kerana mempunyai ruang - ruang di bawah bangunan yang boleh digunakan sebagai ruang aktiviti yang dapat mengelak daripada hujan dan terik mentari. Terdapat perlabagai aktiviti di pentas utama seperti acara perasmian dan penutupan, pertandingan pakaian beragam, artis jemputan dan sebagainya.
Booth NKW yang terletak di ruang pameran barangan am berdekatan dengan pentas utama dan ruang pameran badan - badan beruniform
Tempias keramaian pengunjung ke karnival ini... Alhamdulillah. Ramainya pengunjung ke booth NKW bermula seawal 8.30 pagi hingga 4.00 petang.
Ruang pameran badan - badan beruniform yang terletak bersebelahan booth - booth barangan am di mana NKW ditempatkan
Booth jualan makanan dan minuman yang ditempatkan di tempat letak kereta berbumbung guru bersebelahan dengan padang sekolah yang ala - ala stadium
Padang sekolah yang luas yang ala - ala stadium... bertuah sekolah ni
Lokasi permainan dan aktiviti kanak - kanak yang ditempatkan di padang sekolah seperti soopa doopa, bouncing castle dan permainan - permainan ala - ala fun fair. Permainan ala - ala fun fair tidak perlu dibayar kerana kanak - kanak yang hendak bermain sudah dan perlu mendapatkan wristband yang dijual pada harga RM20... main sampai puas. Jualan - jualan yang lain perlu menggunakan tunai.
Tarikan utama karnival ini ialah RUMAH HANTU.... panjang beratur tu.
Apa yang boleh dikatakan tentang Karnival Kokurikulun SK Putrajaya 11 (2)
ini.... memang superb... ramai pengunjung yang menarik dengan pelbagai
aktiviti.
Memang ini antara karnival yang menjadi sasaran NKW untuk NKW sertai.
Sesuai dengan aktiviti kanak - kanak yang ditwarkan NKW. Terima kasih diucapkan
kepada penganjur karnival kerana sudi menjemput NKW menyertai memeriahkan aktiviti....
NANTI TAHUN DEPAN JEMPUT LAGI YER.
UNTUK MELIHAT PRODUK – PRODUK LAIN – KRAFTANGAN KANAK - KANAK YANG DIJUAL OLEH NKW, sila klik disini.
No comments:
Post a Comment