Monday, 30 November 2015

NAIMO KIDZ WORKSHOP – PERTAMA KALI DALAM ACARA MEMBERSHIP DAY (cerita 32)

(29 November 2015)

Seperti mana tajuk entri pada kali ini, ini pertama kali NKW membawa aktiviti sand art ke acara 'Membership Day'. Acara ini diadakan di Farmasi Ideal yang terletak di Desa Latania, Shah Alam.

Tanpa mengetahui lokasi sebenar acara diadakan, dengan bantuan navigator memudahkan penulis untuk sampai ke lokasi dengan lebih awal. Ambil Lebuhraya Kesas menuju ke Klang dan ambil exit ke Jalan Kebun. Jalan Kebun belok kiri, tapi Desa Latania belok ke kanan. Lebih kurang 5 km, sampailah penulis ke lokasi yang dituju. Deretan rumah kedai bersebelahan dengan Mydin.

Acara diadakan setiap tahun bagi meraikan orang ramai yang menjadi ahli setia Farmasi Ideal, yang memberi sokongan penuh kepada Farmasi Ideal. Acara dimulakan dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 ptg.


Lokasi Booth NKW yang terletak di hadapan premis Farmasi Ideal 


 Aktiviti Sand Art yang ditawarkan oleh NKW terus menjadi tarikan kanak - kanak

NKW mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Farmasi Idea kerana menjemput NKW untuk memeriahkan majlis. InsyaAllah NKW akan cuba memenuhi jemputan yang diberikan. Terima kasih sekali lagi, kalau sudi jemputlah lagi.

Untuk maklumat perkhidmatan dan perniagaan ‘Sand Arts’, sila klik di sini.


UNTUK MELIHAT PRODUK – PRODUK LAIN – KRAFTANGAN KANAK - KANAK YANG DIJUAL OLEH NKW, sila klik disini.

No comments:

Post a Comment