Isparta – Kota Tidak Sepopular Istanbul
(8 Disember 2016; Khamis)
Perjalanan ke
tempat yang dituju diteruskan iaitu Isparta. Kota di Turki yang tidak sepopular
Istanbul.
Tapi sebelum itu, isi perut dulu bersarapan pagi. Jom pergi Turko Baba. Pemilik buka awal sebab sedia maklum oleh orang Mete Travel semalam, yang kami nak bersarapan di sini hari ini. Dekat jer tak jauh.., beberapa tapak sahaja dari Apartment penulis menginap.
*Semalam beli kopi untuk minum malam... panaskan badan, harga dalam 3 lira secawan (besar cawannya adalah 2/3 cawan minum kopi kat Malaysia), tapi yang ‘best’nya pekat sungguh kopi tu.
Sarapan kami ialah
Telur Dadar 3 (‘Omellette’), 2
mangkuk kentang goreng (‘french fries’),
2 roti Turkish yang dipotong – sungguh besar (‘Turkish Bread’), ‘Turkish Tea’,
nescafe dan air kosong. Kos dalam 62 lira.
Tepat jam 10 pagi
(janji ditepati) terus menuju ke Lapangan Terbang Istanbul untuk ke Isparta
dengan menaiki Teksi VIP semalam.
*Sampai di Balai
Berlepas Domestik, pemandu siap minta tip lagi, terus bagi 30 lira walaupun
semalam dah kita bayar tambang 300 lira pada syarikat teksinya. Ehmm! Ihklaskan
hati.
Tapi sebelum tu, jom
kita tengok – tengok sekitar Istanbul.
*Perkataan Turki yang
pertama dipelajari oleh penulis ialah Lapangan Terbang yang dalam bahasa
Turkinya kira sebut ‘havalimani’. ‘i’
yang belakang tu tak der titik yer.Masuk pintu utama kaunter lapangan terbang, terus membuat pemeriksaan keselamatan. Kena tanggal ‘semua’. Alhamdulillah lepas dan terus ‘check in’ di Kaunter Turkish Airline, lagi sekali melalui pemeriksaan keselamatan dan terus ke ‘Gate’ 404. 1 jam menunggu dan akhirnya ‘gate’ dibuka dan rombongan penulis dibawa menaiki bas ke pesawat menuju ke Isparta. Kali ini kapal terbang kecil dan bukan yang besar macam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Dubai dan Dubai ke Istanbul. Tak der hiburan tapi dapat makan roti.
Permandangan dari dalam Kapal Terbang. Keadaan geografi Isparta yang kelihatan tandus dan berbukit bukau. Oh ya! Lupa nak beritahu yang sekarang ni musim sejuk untuk Turki. Dan di Isparta suhu dijangka -6°C hingga 7°C. Memang sejuk. Tapi dari maklumat yang boleh dipercayai, salji kurang turun di sini, hanya di kawasan tanah tinggi yang kerap menerima salji.
Tiba di Lapangan
Terbang Suleyman Demirel, Isparta dalam jam 2.00 ptg. Alhamdulillah
pemeriksaan keselamatan di sini tidak terlalu ketat.
Alhamdulillah,
kami di sambut oleh Komuniti Nusantara di sini yang terdiri daripada mereka
yang berasal dari negara – negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Singapura,
Indonesia dan Thailand. Dan Mereka sungguh peramah dan baik hati.
*Terima kasih
banyak – banyak kerana membantu kami mencari tempat penginapan di tengah –
tengah bandar Isparta yang berdekatan dengan kedai – kedai runcit untuk
keperluan kami.
Nukman dan Ridwan
terus membawa kami menaiki bas menuju ke Bandar Isparta dengan bayaran 2 lira
seorang. Mengheret semua beg - beg yang ada terus ke Pusat Pengajian
Antarabangsa (‘Mevlana’) untuk isteri
melapor diri sebelum kami ke Apartment penginapan kami di Bandar Isparta.
Di situlah penulis
mengenali ahli Komuniti Nusantara yang lain seperti Ustaz Ahmad dari Indonesia,
Farah dari Singapura.
Perjalanan Suleyman Demirel Airport ke Suleyman Demirel University – 22 minit
Perjalanan Suleyman Demirel University ke Bandar Isparta – 18 minit
Yang merah tu,
letaknya Apartment kami, Liman Apartment... alamat, nanti cari... sebab ABC
Turki ni lain sikit.
Pada malamnya kami
diraikan oleh Komuniti Nusantara ini, dengan membawa kami makan di sebuah
restoran Turki di tengan bandar Isparta. Apa yang mengkagumkan penulis, mereka semua
pandai dan fasih berbahasa Turki.
kemudi ke :
Sebuah Kisah di Turki... siri 1Sebuah Kisah di Turki...siri 3
Sebuah Kisah di Turki...siri 4
Sebuah Kisah di Turki...siri 5
No comments:
Post a Comment