Ke Gunung Davraz - Dauraz (17 Disember
2016; Sabtu)
Lokasi tarikan
pelancong yang wajib bagi setiap pelancong yang berada di Isparta ini (macam
penulis) untuk ke Davraz ini. Kawasan yang permukaannya di selaputi salji dan
pelbagai aktiviti musim sejuk seperti ski dan sebagainya.
Berkumpul di L/C
Waikiki pada jam 10.15 pagi sebelum mengambil coach (Van pelancong) dengan
tambang 13 Lira seorang, penulis dan ahli rombongan seramai 25 orang
berasa riang dan gembira... kononya nak
bermain salji, buat ‘snowman’, perang
‘snowball’ dan lain – lain lagi.
Kahvalti (Bahasa Turki untuk sarapan pagi) di apartment masing –
masing, tepat jam 11.00 pagi kami bertolak dari Merkez (Bahasa Turki untuk ‘City
Centre’) ke Davraz. Jarak lebih kurang 30 kilometer mengambil masa 40 minit
kami tiba di kaki Gunung Davraz. Suhu rendah mencecah -7°C, dengan berbaju tebal (semua bertutup hanya nampak
tapak tangan dan mata sahaja), kami menuju ke Telerefik/’Skyway’ untuk naik ke tingkat pertama gunung Davraz. Hanya
dikenakan harga 10 Lira, semua ahli rombongan kecuali penulis dan isteri serta
3 anak kecil menanti di kaki gunung mencari tempat perlindungan memanaskan
badan, menaiki ‘skyway’ ke tingkat
pertama Gunung Davraz – MT. Sumbul (Tepesi
– Bahasa Turki untuk puncak).
Pekena kopi panas
dan roti telur (‘French Toast’),
berlantaikan tanah dan batu bersolat, Alhamdulillah semua selamat kembali ke
kaki Gunung Davraz. Ishoma (Bahasa Turki untuk Istirehat, solat dan makan),
semua telah selesai, menuju pulang ke Merkez dalam jam 3.30 petang. Sejuknya
jari – jari kaki dan tangan. Namun apa yang penting kita lihat dari satu sudut,
melihat ciptaan dan kebesaran Allah.
*Harga makanan di
Tanah Tinggi ni memang mahal, tekan abis, tu yang bawa bekal tu. Macam Genting
Highlands gak.
“Skiing Davraz Mountain Resort – Isparta
The ski resort Davraz Mountain Resort –
Isparta is located in the Mediterranean Region (Turkey). For skiing and
snowboarding, there are 8 km of slopes available. 5 lifts transport the guests.
The winter sports area is situated between the elevations of 1,650 and 2,150 m.”
Sikit tip ke
Davraz ni... daripada pandangan penulis.
1. Pergi bersama
dengan orang yang tahu berbahasa Turki.
2. Pakai baju
super tebal sebab cuaca memang sejuk, takut – takut sejuk tu menangkap jari –
jari kaki dan tangan.
3. Bawa makanan
ringan dan air kopi. Sebab harga makanan dan minuman agak mahal.
4. Bawa air kosong
untuk tujuan ke tandas. Tandas tak ader air.... uhuk – uhuk.
5. Siap berwuduk
dari rumah... tempat solat (mescit) sudah dijadikan tempat memproses gambar,
solat berlantaikan bumi Allah.
Assalamualaikum...
jumpa lagi.
Kemudi ke :
Sebuah Kisah di Turki... siri 1Sebuah Kisah di Turki... siri 2
Sebuah Kisah di Turki... siri 3
Sebuah Kisah di Turki...siri 5
No comments:
Post a Comment