Pengembaraan ke Turki bermula (7
Disember 2016; Rabu)
Mengikuti isteri
yang terlibat dengan program kolaboratif univerisiti di Süleyman Demirel
Üniversitesi yang terletak di Isparta, Turki. Pertama kali menjejakkan kaki ke
Turki yang merupakan sebuah negara yang penuh dengan sejarah Islamnya.
Perjalanan bermula
pada jam 6.15 pagi selepas Subuh 7 Disember 2016 (Rabu) menuju ke KLIA. Setiba
di KLIA terus check in beg-beg ke kargo dan mendapatkan ‘Boarding Pass’. Alhamdulillah, beg – beg akan terus terbang ke
Istanbul.
*Ingat! Mereka
yang berkeluarga boleh minta untuk duduk secara berkumpulan.
Menanti di ‘Gate’ satu jam sebelum ‘boarding’. Melangkah memasuki Penerbangan Emirates – penerbangan yang pertama menuju ke Dubai UAE terlebih dahulu yang akan mengambil masa 6 jam 40 minit. Perjalanan bermula jam 10.30 pagi waktu Malaysia.
Yeah! Boleh tengok
Filem... macam – macam ada. Hiburan yang ada di dalam Penerbangan Emirates ICE
(Information, Communication, Entertainment)
Memulakan perjalanan ke Istanbul dari Dubai pada jam 2.30 petang waktu tempatan yang mengambil masa 4 jam. Menjejak kaki di Istanbul dalam jam 6.30 petang waktu tempatan.
Suhu persekitaran
adalah 7°C. Perkara pertama dilakukan tiba di Istanbul ialah mencari ‘Restroom’.
Pergi mendapatkan beg – beg. Menaiki teksi untuk ke Apartment di Istanbul
berdekatan dengan Hagia Sofia - gereja yang pernah berubah menjadi masjid, dan
kini telah menjadi museum. Perjalanan dari Lapangan Terbang Istanbul ke
Apartment mengambil masa 20 minit. Teksi VIP ala – ala kereta Starex 12 ‘seater’.
*Tambang teksi pergi ke apartment dan ambil semula ke pergi ke Lapangan
Terbang Istanbul adalah 300 Lira.... tak pasti samaada mahal atau tidak.
Tidur semalam di Apartment Mete diuruskan oleh Mete
Travel, terletak di tingkat 2, dilengkapi ruang makan, dapur, 2 bilik tidur, 1
bilik air dan ruang tamu yang telah diubahsuai menjadi bilik.
*Apartment yang agak kecil dan menyeramkan. Sewa
Apartment di Istanbul adalah 139 Lira semalam.
Jadi jumlah masa
perjalanan dari Kuala Lumpur ke Istanbul, Turki adalah lebih kurang 12 jam. Perjalanan
yang memenatkan dan akhirnya kita dapat berehat. Tidur semalam sebelum
meneruskan perjalanan ke Kota Isparta dengan menaiki penerbangan Turkish pada
jam 10.30 pagi.
Kemudi ke :
Sebuah Kisah di Turki... siri 2Sebuah Kisah di Turki...siri 3
Sebuah Kisah di Turki...siri 4
Sebuah Kisah di Turki...siri 5
No comments:
Post a Comment