Sunday 14 May 2023

PASUKAN BOLA BALING/SABER HANDBALL TEAM 2023 P12 DI PERLAWANAN PERSAHABATAN 4 PENJURU ROF USJ1

Tempang tetapi berjaya menyempurnakan tugasan dengan cemerlang.

Aktiviti : 
PERLAWANAN BOLA BALING 4 PENJURU P12 ROF USJ1
Kategori : Perempuan B12
Tarikh : 13 Mei 2023 (Sabtu)
Tempat : Republic of Futsal, Subang USJ1
Anjuran : Jurulatih BB

Sehingga saat akhir, ketiadaan penjaga – penjaga gol SABER HT atas urusan masing – masing, SABER HT bertongkat menuju ke perlawanan persahabatan di ROF Subang USJ1 selepas selang seminggu perlawanan persahabatan di ROF Subang pada 06 Mei 2023.

Pembatalan perlawanan persahabatan L12 yang dijadualkan pada 14 Mei 2023 bertempat di Gelanggang Futsal Pantai Dalam. Perlawanan persahabatan P12 di’aktif’kan semula oleh pihak penganjur (Cikgu Syafiq) selepas penyertaan pasukan DOPE pimpinan jurulatih Fariz. Daripada hanya 2 pasukan yang menyertai, akhir terdapat 4 pasukan yang beradu nasib.

Selagi ada perlawanan persahabatan, selagi itu SABER HT B12 terus melibatkan diri untuk persediaan kejohanan – kejohanan yang akan datang.

Perubahan taktikal dilakukan, tiada peranan pivot atau tikus pada perlawanan ini. Lagipun hanya melibatkan 6 orang pemain di dalam gelanggang. 2 pemain bawah 10 tahun hadir untuk menyertai pasukan, mendapatkan pendedahan awal, mereka juga akan dibentuk untuk menjadi pasukan setanding pasukan SABER HT B12. Perlu komitmen dan kesungguhan.

Tahniah dan tahniah diucapkan kepada SABER HT P12. Anda menang ketiga – tiga perlawanan dan menampakkan anda lebih matang dalam setiap gerak dan keputusan. Saiz dan umur tidak menjadi penghalang, yang penting kesungguhan dan mengaplikasikan segala apa dalam latihan diterjemahkan di dalam setiap perlawanan yang dilalui, berserta ketenangan dan kebijaksanaan. Pasti, untuk sampai ke tahap ini, bukan sehari dua punya usaha, namun ia memerlukan bilangan jam latihan yang sangat banyak untuk menjadi yang terbaik.



Pemain dalam Pasukan Bola Baling SABER HT :
P12
1. Farisya Khaisara
2. Nur Adelia Imanina
3. Norlidiya
4. Khalifatul Aulia Annour
5. Filzah Nur Jannah
6. Nur Lailatul Khadijah
7. Nur Izara
8. Zara Alisha

Pasukan – pasukan yang terlibat dan jadual perlawanan :
1. Saber HT
2. Lick Hung HC  
3. Dope FC
4. Purnama Junior HC

Jadual perlawanan
1. Saber vs Purnama 
2. Dope vs Lick Hung
3. Saber vs Dope
4. Lick Hung vs Purnama
5. Dope vs Purnama
6. Saber vs Lick Hung

Keputusan :
P12
1. Saber 10 vs 4 Purnama 
3. Saber 9 vs 1 Dope
6. Saber 16 vs 5 Lick hung

Menang 3, Belum menang -, Seri -
Jumlah jaringan 33, Bolos 10 
  
Berlatih dan terus berlatih. Kita pasti akan jadi terbaik suatu hari nanti.

Pihak pengurusan pasukan amat – amat berterima kasih dengan ibu bapa / penjaga para pemain SABER yang sentiasa memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk membenarkan anak – anak mereka bermain.

Terima kasih kepada ibu bapa yang menaja makan petang untuk semua pemain. Roti jala berkuahkan kari. Terbaik. Yang datang menyokong serta yang mendoakan keselamatan dan kecemerlangan pasukan.

Para pegawai pasukan Cikgu Adda (Fisioterapi) dan Cikgu Aisyah (Pengurus Pasukan) serta kepada Cikgu Azma Hakimi (Jurulatih Pembangunan). Terima kasih... terima kasih. Anda hebat. Untuk Cikgu Adda, tahniah yer.

Hanya tuhan yang membalas kebaikan tuan puan dan para pegawai. Teruskanlah menyokong pasukan ini sehingga terus mencapai kecemerlangan.

Semangat membara, usaha, juara... SABER HU HA!!!

**Bersedia untuk kejohanan yang seterusnya... berlatih dan terus berlatih. Bukan apa, ini semua atas dasar minat yang mendalam kepada sukan bola baling.
**Harapnyer kejohanan MSSD, MSSN dan MSSM diteruskan. Berdoa dan terus berdoa agar cuaca panas reda dan semakin baik.

No comments:

Post a Comment