Tuesday 23 May 2023

PASUKAN BOLA BALING/SABER HANDBALL TEAM 2023 P14 DI PERLAWANAN PERSAHABATAN 4 PENJURU CHALLENGER AMPANG – K30

Alhamdulillah dan terus mara. Adunan 121314.

Aktiviti : 
PERLAWANAN BOLA BALING 4 PENJURU P14 CHALLENGER AMPANG
Kategori : Perempuan B14
Tarikh : 21 Mei 2023 (Ahad)
Tempat : Challenger, Ampang
Anjuran : Jurulatih BB

Pertama kali digandingkan, adunan pemain P12, P13-P14 sebagai satu pasukan P14 dan juga sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Bola Baling Hulu Langat Peringkat Kebangsaan 2023 yang dijadualkan pada 30 dan 31 Mei 2023 (Selasa dan Rabu).

Bukan kerja mudah, bukan mudah nak ‘masuk’ cara permainan P12 dan P13-P14, kerna sudah lama tidak turun berlatih. Terus menghadapi perlawanan persahabatan setiap minggu selagi ada dan jika ada yang sudi menjemput.

Para pemain harus cepat menyesuaikan diri. Barang kurang seminggu untuk menghadapi kejohanan. SABER HT akan menghantar 2 pasukan iaitu P15 dan P18. Pastinya bukan calang = calang pasukan yang perlu dihadapi oleh SABER HT, hebat – hebat semuanya. 

Mengharungi 3 perlawanan, Alhamdulillah dan Tahniah SABER HT P14 berjaya mencatat 3 kemenangan daripada 3 perlawanan. Namun latihan intensif perlu dilakukan bagi mencari ‘chemistry’ antara pemain.



Pemain dalam Pasukan Bola Baling SABER HT :
P14
1. Azeeqa
2. Ain Shah
3. Sayang Marissa
4. Nana
5. Farisha
6. Farisya Khaisara
7. Nur Adelia Imanina
8. Norlidiya
9. Nur Alya Adriana
10. Filzah Nur Jannah
11. Nur Lailatul Khadijah
12. Nur Alyaa Safiyyah
13. Qistina Zafirah
14. Amira Salsabila

Pasukan – pasukan yang terlibat dan jadual perlawanan :
1. SABER HT
2. Wildcats Girls U14
3. Purnama Junior 
4. SBU Wildcats

Keputusan :
1. SABER HT 11 vs 5 SBU Wildcats 
3. SABER HT 13 vs 9 Wildcats Girls U14
6. SABER HT 11 vs 6 Purnama Junior

Menang 3, Belum menang -, Seri -
Jumlah jaringan 35, Bolos 20 
  
Berlatih dan terus berlatih. Kita pasti akan jadi terbaik suatu hari nanti.

Pihak pengurusan pasukan amat – amat berterima kasih dengan ibu bapa / penjaga para pemain SABER yang sentiasa memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk membenarkan anak – anak mereka bermain. Yang datang menyokong serta yang mendoakan keselamatan dan kecemerlangan pasukan.

Para pegawai pasukan Cikgu Adda (Fisioterapi) dan Cikgu Aisyah (Pengurus Pasukan) serta kepada Cikgu Azma Hakimi (Jurulatih Pembangunan). Terima kasih... terima kasih. Anda hebat.

Hanya tuhan yang membalas kebaikan tuan puan dan para pegawai. Teruskanlah menyokong pasukan ini sehingga terus cemerlang.

Semangat membara, usaha, juara... SABER HU HA!!!

**Bersedia untuk kejohanan yang seterusnya... berlatih dan terus berlatih. Bukan apa, ini semua atas dasar minat yang mendalam kepada sukan bola baling.
**Harapnyer kejohanan MSSD, MSSN dan MSSM diteruskan. Berdoa dan terus berdoa agar cuaca panas reda dan semakin baik.
**Minggu depan 30 dan 31 Mei 2023, Kejohanan Bola Baling Hulu Langat Peringkat Kebangsaan 2023. Ada pasukan Jakarta yang akan turun. Bermain di Sport Planet, Ampang.

No comments:

Post a Comment