Wednesday 31 May 2023

PASUKAN BOLA BALING/SABER HANDBALL TEAM 2023 P15 P18 DI KEJOHANAN BOLA BALING HULU LANGAT MEREBUT PIALA YB IZHAM 2023 - K31

Kembali dengan lebih kuat. Perbaiki segala kelemahan.

Aktiviti : 
KEJOHANAN BOLA BALING HULU LANGAT MEREBUT PIALA YB IZHAM 2023
Kategori : Perempuan B15 dan B18
Tarikh : 30-31 Mei 2023 (Selasa-Rabu)
Tempat : Futsal Hub, Ampang
Anjuran : MAHF, Team Selangor, BBA HC, Wildcats HC

Ini ayat minggu lepas, “pertama kali digandingkan, adunan pemain P12, P13-P14 sebagai satu pasukan P14”. Kuncinya adalah jam latihan. Hanya berkesempatan untuk berlatih dua kali sahaja, memang tidak memadai untuk mendapatkan keputusan yang baik dalam satu kejohanan yang bertaraf kebangsaan. Kejohanan yang melibatkan pasukan P18 Jakarta, untuk menghadapinya perlukan latihan hari – hari sebagai persediaan. Mental, emosi, kekuatan dan stamina ditambahkan dengan elemen bijak, komunikasi dan semangat juang yang tinggi diperlukan untuk memberikan saingan dan tidak cukup untuk merangkul kejuaraan.

Segala kelemahan dan kekurangan sudah dikenalpasti dan kuncinya adalah jam latihan. Antara persembahan yang tidak cemerlang yang disajikan oleh Pasukan Saber HT sama ada P18 mahupun P15. Tidak mengapa, kita akan bangkit. Ayat – ayat untuk memastikan pemain boleh lupakan yang lepas dan rajin berusaha dan berlatih untuk menghadapi perlawanan – perlawanan pada masa hadapan. Tiada apa yang kita perlu gentar, buat sehabis baik dan tidak mudah menyerah kalah.





Pemain dalam Pasukan Bola Baling SABER HT :
P18
1. Farhanah
2. Mirah
3. Hawa
4. Yien
5. Aryana
6. Damia Hana
7. Dina
8. Mia
9. Laila
10. Farisya Khaisara
11. Lydia
12. Elly
13. Farisha
14. Ain

Pemain dalam Pasukan Bola Baling SABER HT :
P15
1. Elly
2. Wardina
3. Batrisyia
4. Farisha
5. Zeeqa
6. Nana
7. Aulia
8. Farisya Khaisara
9. Adelia
10. Laila
11. Lidiya
12. Filzah
13. Ain Shah
14. Alya Adriana

Pasukan – pasukan yang terlibat (Kumpulan B P18) :
1. Jakarta HC
2. Black Ghimau
3. TAF Titans 
4. SABER HT

Keputusan :
1. SABER HT (3) - (6) BLACK GHIMAU 
2. SABER HT (5) - (8) TAF TITANS 
3. SABER HT (5) -  (8) JAKARTA HC
Menang -, Belum menang 3, Seri -
Jumlah jaringan 13, Bolos 22 

Pasukan – pasukan yang terlibat (Kumpulan B P15) :
1. Hybrid HC 
2. Black Ghimau 
3. SABER HT

Keputusan :
1. SABER HT (6) - (9) HYBRID HC
2. SABER HT (3) - (12) BLACK GHIMAU
Menang -, Belum menang 2, Seri -
Jumlah jaringan 9, Bolos 21

Berlatih dan terus berlatih. Kita pasti akan jadi terbaik suatu hari nanti.

Pihak pengurusan pasukan amat – amat berterima kasih dengan ibu bapa / penjaga para pemain SABER yang sentiasa memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk membenarkan anak – anak mereka bermain. Yang datang menyokong serta yang mendoakan keselamatan dan kecemerlangan pasukan.

Para pegawai pasukan Cikgu Adda (Fisioterapi) yang hadir bersama team dan Cikgu Aisyah (Pengurus Pasukan) serta kepada Cikgu Azma Hakimi (Jurulatih Pembangunan) yang mendoakan kami dari jauh. Terima kasih... terima kasih. Anda hebat.

Hanya tuhan yang membalas kebaikan tuan puan dan para pegawai. Teruskanlah menyokong pasukan ini sehingga terus cemerlang.

Semangat membara, usaha, juara... SABER HU HA!!!

**Bersedia untuk kejohanan yang seterusnya... berlatih dan terus berlatih. Bukan apa, ini semua atas dasar minat yang mendalam kepada sukan bola baling.
**Harapnyer kejohanan MSSD, MSSN dan MSSM diteruskan. Berdoa dan terus berdoa agar cuaca panas reda dan semakin baik.

No comments:

Post a Comment