Saturday 15 June 2024

PASUKAN BOLA BALING SABER KS HANDBALL TEAM L12 P12 DI DUA PERLAWANAN PERSAHABATAN – K46

Ke Arah Mendaki Puncak Yang Tinggi... Kita terus buat persediaan rapi

Dua perlawanan yang disertai dalam seminggu. Matlamat, mencari kelemahan dan mem’biasa’kan gaya dan corak permainan yang diterapkan semasa latihan. Mem’biasa’kan segala kemahiran. Sungguh, rejam.


Aktiviti (Perlawanan Persahabatan 2) :
PERLAWANAN PERSAHABATAN 5 PENJURU
Tarikh : 09 Jun 2024 (Ahad)
Tempat : IWK Ecopark @ Pantai Dalam
Anjuran : Kelab Bola Baling Harun


Kategori : P12
> Keputusan
1. SABER KS HT 3 – 0 Harunians
2. SABER KS HT 7 - 4 PBP One HC
3. SABER KS HT 3 – 3 TTDI Sharks
4. SABER KS HT 4 – 4 Scorpio HC 

Menang 2, Belum menang -, Seri 2
Jumlah jaringan 17, Bolos 11
Beza GoL 6

Alhamdulillah... mengharungi 7 perlawanan persahabatan, P12 menunjukkan konsistensi. Tanpa kalah.

“Sungguh Rejam Juara”
----------------------------------
Aktiviti (Perlawanan Persahabatan 1) :
SK Gombak Setia
Tarikh : 03 Jun 2024 (Isnin)
Tempat : SK Gombak Setia
Anjuran : SK Gombak Setia



Kategori : P12
> Keputusan
1. SABER KS HT 8 – 4 SK GOMBAK SETIA
2. SABER KS HT 5 - 0 SK GOMBAK SETIA
3. SABER KS HT 8  – 2 SK GOMBAK SETIA

Menang 3, Belum menang -, Seri -
Jumlah jaringan 21, Bolos 6
Beza Gol 15

Kategori : L12
> Keputusan
1. SABER KS HT 9  – 11 SK GOMBAK SETIA
2. SABER KS HT 7 - 13 SK GOMBAK SETIA
3. SABER KS HT 10 – 12 SK GOMBAK SETIA

Menang -, Belum menang 3, Seri -
Jumlah jaringan 26, Bolos 36
Beza Gol -10

Sungguh Rejam Juara
----------------------
Berlatih dan terus berlatih. Kita antara yang tebaik dan terus berlatih untuk kekal yang terbaik. 

Pihak pengurusan pasukan amat – amat berterima kasih kepada ibu bapa / penjaga para pemain SK Taman Kosas / SABER KS HT yang sentiasa memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk membenarkan anak – anak mereka bermain. 

Terima kasih kepada semua para pentadbir SEKOSAS, para pegawai pasukan Cikgu Adda (Fisioterapi), Cikgu Aisyah (Pengurus Pasukan) serta Cikgu Azma Hakimi (Jurulatih Pembangunan), Cikgu Sara, yang sentiasa bersama dengan pasukan. Terima kasih... terima kasih. Anda hebat.

Juga kepada para guru dan warga SK Taman Kosas yang padu menyokong, serta mereka yang sentiasa mendoakan keselamatan dan kecemerlangan pasukan.

Hanya tuhan yang membalas kebaikan tuan puan dan para pegawai. Teruskanlah menyokong pasukan ini. Cemerlang dan terus cemerlang.

Sungguh Rejam Juara... SABER HU HA!!!

**Sentiasa bersedia. Bukan apa, ini semua atas dasar minat yang mendalam kepada sukan bola baling. 
**Saya bukan nak popular, saya cuma nak rasa macam mana puasnya membentuk murid dari zero menjadi hero. Saya nak buat macam cikgu saya buat dulu, mereka mendidik saya sebaik mungkin, dan kini biarlah saya pula yang mendidik anak murid saya sepuasnya sehingga akhir hayat saya.

No comments:

Post a Comment