Sunday 23 June 2024

PASUKAN BOLA BALING SABER KS HANDBALL TEAM L12 DI KEJOHANAN HAJI LAND – K48

Tahniah dan syabas.... L12. Anak – anak SABER KS HT / SEKOSAS.. Bangkit dan terus bersemangat.


Pertamanya, pihak pengurusan pasukan mengucapkan tahniah atas kejayaan pasukan mara ke pusingan kalah mati suku akhir setelah berjaya menjadi juara kumpulan J dengan memenangi ketiga – tiga perlawanan peringkat kumpulan. Terus menjadi pasukan yang memberi saingan, namun rezeki setakat peringkat suhu akhir sahaja.

Setiap kejohanan, pasti ada ‘perkara’ baru yang perlu diberikan perhatian. Ada benda baru dalam cara bermain bola baling. Apabila pasukan berjaya mengatasi satu kelemahan, namun perlu diperbaiki dengan adanya ‘benda’ baru yang dipertontonkan dalam perlawanan yang ditempuhi. Perbezaan taktikal seperti bermain 3-3 dengan kelincahan pemain lawan. Kita perlu lebih lincah daripada mereka. Kita perlu lebih bersabar dengan mereka. Kita perlu lebih cepatkan hilangkan rasa gemuruh dan mengawal permainan. Kita jangan terikut dengan cara permainan mereka. Kita perlu mengacau keselesaan mereka. Kita perlu cari ‘tangan mereka’.

Perlu bermain cepat ‘fastbreak’ dengan menggunakan formasi berbeza. Perlu bijak menukar rentak permainan dengan sekelip mata. Kembalikan semula cara permainan pantas. Baik, kita akan terus bermain dengan cara pantas. Kita fokus itu. Kita perlu untuk mengatasi pihak lawan yang lebih besar dan yang paling penting, perlu kurangkan melakukan kesalahan asas yang sepatutnya tidak dilakukan pada kejohanan yang bertaraf kebangsaan ini. Ditambah dengan beberapa pemain yang tidak dapat hadir bersama pasukan atas masalah kesihatan dan urusan lain. Harapan besar untuk yang seterusnya, SABER KS HT dapat menghantar pasukan yang lebih mantap, pemain regular yang telah lama bersama pasukan, terus menyumbang untuk kejayaan lebih gemilang. 

Secara keseluruhan, pasukan menunjukkan prestasi yang sangat membanggakan pada kejohanan ini. Walaupun ada antara para pemain yang sibuk dengan aktiviti – aktiviti lain, namun pemain tetap bersemangat waja untuk bermain. Naik turun persembahan pasukan itu biasa. Yang penting ialah kebangkitan, terus bangkit dan mengatasi segala halangan dan kelemahan yang ada. Ada kesungguhan dan bersedia untuk berubah ke arah cara permainan yang lebih baik dan mantap.

Aktiviti (Kejohanan) :
KEJOHANAN BOLA BALING HAJI LAND
Tarikh : 23 Jun 2024 (Ahad)
Tempat : IWK Ecopark @ Pantai Dalam
Anjuran : Kelab Bola Baling Harun

Kategori : L12
> Keputusan
1.SABER KS HT (7) vs (2) SKSL
2.SABER KS HT (8) vs (2) TDH Jr HC 
3.SABER KS HT (5) vs (3) APSS

Alhamdulillah, Juara kumpulan J. Mara ke peringkat suku akhir apabila mendapat undian  ‘bye’. Namun tersekat di peringkat suku akhir sahaja.

1. SABER KS HT 3 – 11 BOKGADEN

Menang 3, Belum menang 1, Seri -
Jumlah jaringan 23, Bolos 18 
Beza Gol 5

Alhamdulillah... tahniah anak – anak L12.

Sungguh Rejam Juara
----------------------
Berlatih dan terus berlatih. Kita antara yang tebaik dan terus berlatih untuk kekal yang terbaik. 

Pihak pengurusan pasukan amat – amat berterima kasih kepada ibu bapa / penjaga para pemain SEKOSAS / SABER KS HT yang sentiasa memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk membenarkan anak – anak mereka bermain. 

Terima kasih kepada semua para pentadbir SK Taman Kosas, para pegawai pasukan Cikgu Adda (Fisioterapi), Cikgu Aisyah (Pengurus Pasukan) serta Cikgu Azma Hakimi (Jurulatih Pembangunan), Cikgu Sara, yang sentiasa bersama dengan pasukan. Terima kasih... terima kasih. Anda hebat.

Juga kepada para guru dan warga SEKOSAS yang padu menyokong, serta mereka yang sentiasa mendoakan keselamatan dan kecemerlangan pasukan.

Hanya tuhan yang membalas kebaikan tuan puan dan para pegawai. Teruskanlah menyokong pasukan ini. Cemerlang dan terus cemerlang.

Sungguh Rejam Juara... SABER HU HA!!!

**Sentiasa bersedia. Bukan apa, ini semua atas dasar minat yang mendalam kepada sukan bola baling. 
**Saya bukan nak popular, saya cuma nak rasa macam mana puasnya membentuk murid dari zero menjadi hero. Saya nak buat macam cikgu saya buat dulu, mereka mendidik saya sebaik mungkin, dan kini biarlah saya pula yang mendidik anak murid saya sepuasnya sehingga akhir hayat saya.

No comments:

Post a Comment