Sunday 23 June 2024

PASUKAN BOLA BALING SABER KS HANDBALL TEAM P12 TERUS MEMENUHI JEMPUTAN PERLAWANAN PERSAHABATAN TEAM KL CBN – K47


Ke Arah Mendaki Puncak Yang Tinggi... Kita terus buat persediaan rapi. Kita terus bermain bola baling.

Terus menyertai perlawanan persahabatan. Terima kasih atas jemputan. Matlamat, mencari kelemahan dan mem’biasa’kan gaya dan corak permainan yang diterapkan semasa latihan. Mem’biasa’kan segala kemahiran. Sungguh, rejam.

Aktiviti (Perlawanan Persahabatan) :
PERLAWANAN PERSAHABATAN BERSAMA TEAM KL
Tarikh : 20 Jun 2024 (Khamis)
Tempat : Sportizza Setapak
Anjuran : KSIB (Kesatuan Sokongan Ibu Bapa) CBN

Kategori :
> Keputusan
1.SABER KS HT 9 – 2 CBN1
2.SABER KS HT 11 - 1 CBN2
3.SABER KS HT 9 - 2 SKDTHO

Menang 3, Belum menang -, Seri -
Jumlah jaringan 29, Bolos 5
Beza Gol 24

Alhamdulillah... melebarkan 10 perlawanan persahabatan tanpa kalah, motivasi untuk P12.

Sungguh Rejam Juara
----------------------
Berlatih dan terus berlatih. Kita antara yang tebaik dan terus berlatih untuk kekal yang terbaik. 

Pihak pengurusan pasukan amat – amat berterima kasih kepada ibu bapa / penjaga para pemain SEKOSAS / SABER KS HT yang sentiasa memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk membenarkan anak – anak mereka bermain. 

Terima kasih kepada semua para pentadbir SK Taman Kosas, para pegawai pasukan Cikgu Adda (Fisioterapi), Cikgu Aisyah (Pengurus Pasukan) serta Cikgu Azma Hakimi (Jurulatih Pembangunan), Cikgu Sara, yang sentiasa bersama dengan pasukan. Terima kasih... terima kasih. Anda hebat.

Juga kepada para guru dan warga SEKOSAS yang padu menyokong, serta mereka yang sentiasa mendoakan keselamatan dan kecemerlangan pasukan.

Hanya tuhan yang membalas kebaikan tuan puan dan para pegawai. Teruskanlah menyokong pasukan ini. Cemerlang dan terus cemerlang.

Sungguh Rejam Juara... SABER HU HA!!!

**Sentiasa bersedia. Bukan apa, ini semua atas dasar minat yang mendalam kepada sukan bola baling. 
**Saya bukan nak popular, saya cuma nak rasa macam mana puasnya membentuk murid dari zero menjadi hero. Saya nak buat macam cikgu saya buat dulu, mereka mendidik saya sebaik mungkin, dan kini biarlah saya pula yang mendidik anak murid saya sepuasnya sehingga akhir hayat saya.

No comments:

Post a Comment