Perjuangan memburu kejuaraan bermula .... 60% pasukan disiapsiaga. Analisis permainan, bermatlamatkan memperkasakan kemahiran individu.
Para pemain bermain sangat baik, meletakkan sasaran untuk melepasi peringkat kumpulan memandangkan pasukan – pasukan yang bertanding bukan calang – calang.
TAHNIAH! Para pemain, anda berjaya melaksanakannya. Kita akan ‘grow’ sedikit – sedikit untuk membentuk pasukan berwibawa, semangat juang yang tinggi.... kita tunjuk dan hiburkan peminat bola baling dengan aksi yang mempersonakan. Kamu semua boleh ‘shoot’ InsyaAllah.
KEJOHANAN BOLA BALING HARUN BAWAH 11 TAHUN 2025
Tarikh : 26 – 27 Julai 2025 (Sabtu)
Kategori : bawah umur L11 dan P11 (mengikut umur 2025)
Tempat : IWK Ecopark, Pantai Dalam, Kuala Lumpur,
Masa : Sepenuh masa
Peringkat : Kebangsaan
Anjuran : Kelab Bola Baling Harun (HHC)
Tarikh : 26 – 27 Julai 2025 (Sabtu)
Kategori : bawah umur L11 dan P11 (mengikut umur 2025)
Tempat : IWK Ecopark, Pantai Dalam, Kuala Lumpur,
Masa : Sepenuh masa
Peringkat : Kebangsaan
Anjuran : Kelab Bola Baling Harun (HHC)
P11
SENARAI NAMA PEMAIN P11
Sumiyya, Qaseh, Nilam, Sara, Adhni, Aqilah, Naurah
Alya, Hania, Safiyyah, Jasmin
Keputusan
Peringkat Kumpulan
1.SABER KS HT 3 – 1 Nirwana Roar
2.SABER KS HT 1 – 0 Sekamat Eagles
3.SABER KS HT 1 – 5 Hawkeye
... Naib Johan Kumpulan
Pusingan 16
1.SABER KS HT 1 – 4 Kanchong HC
Menang 2, Belum menang 2, Seri -
Jumlah jaringan 6, Bolos 10
Beza Gol -4
-----
L11
SENARAI NAMA PEMAIN L11
Niyaz, Irsyad, Irfan, Danny, Taufiq, Addin, Adam,
Rayyiman, Hadi, Fawwaz, Alif, Izzat
Keputusan
Peringkat Kumpulan
1.SABER KS HT 7 – 5 LMS HC
2.SABER KS HT 1 – 9 Black Ghimau
3.SABER KS HT 5 – 1 Black Ghimau Jr
... Naib Johan Kumpulan
Pusingan 16
1.SABER KS HT 3 – 5 Panthers
Menang 2, Belum menang 2, Seri -
Jumlah jaringan 16, Bolos 20
Beza Gol -4
“Sungguh Rejam Juara”
----------------------
Berlatih dan terus berlatih.
Pihak pengurusan pasukan amat – amat berterima kasih kepada ibu bapa / penjaga para pemain SEKOSAS / SABER KS HT yang sentiasa memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk membenarkan anak – anak mereka bermain.
Terima kasih kepada semua para pentadbir SK Taman Kosas, para pegawai pasukan Cikgu Adda (Fisioterapi), Cikgu Aisyah (Pengurus Pasukan) serta Cikgu Azma Hakimi (Jurulatih Pembangunan), Ustaz Arif, Cik Najwa dan pegawai – pegawai lain yang sentiasa bersama dengan pasukan. Terima kasih... terima kasih.
Juga kepada para guru dan warga SEKOSAS yang padu menyokong, serta mereka yang sentiasa mendoakan keselamatan dan kecemerlangan pasukan.
Hanya tuhan yang membalas kebaikan tuan puan dan para pegawai. Teruskanlah menyokong pasukan ini.
**Sentiasa bersedia. Bukan apa, ini semua atas dasar minat yang mendalam kepada sukan bola baling.
**Saya bukan nak popular, saya cuma nak rasa macam mana puasnya membentuk murid dari zero menjadi hero. Saya nak buat macam cikgu saya buat dulu, mereka mendidik saya sebaik mungkin, dan kini biarlah saya pula yang mendidik anak murid saya sepuasnya sehingga akhir hayat saya.
No comments:
Post a Comment