Alhamdulillah. Tahniah dan syabas! Menang semua perlawanan dan menunjukkan peningkatan sesama pemain dalam pasukan. Antara persembahan yang terbaik yang pernah ditunjukkan.
PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA BALING
Tarikh : 30 Ogos 2025
Kategori : P11
Tempat : SK Bukit Jalil
Masa : 2.00 ptg - 6.00 ptg
Peringkat : Terbuka
Anjuran : SK Bukit Jalil
SENARAI NAMA PEMAIN P11
Sumiyya, Qaseh, Nilam, Sara, Adhni, Aqilah, Naurah, Adelia,
Alya, Hania, Safiyyah, Jasmin,
Jumlah perlawanan : 4
Menang semua perlawanan
1.SEKOSAS HT 3 vs 1 SK Seri Tasik
2.SEKOSAS HT 3 vs 0 SK Bukit Jalil
3.SEKOSAS HT 6 vs 3 SK Sg Besi
4.SEKOSAS HT 5 vs 3 SK Convent
Menang 4, Belum menang -, Seri -
Jumlah jaringan 17, Bolos 7
Beza Gol +10
“Sungguh Rejam Juara, Kita No. 1”
----------------------
Berlatih dan terus berlatih.
Pihak pengurusan pasukan amat – amat berterima kasih kepada ibu bapa / penjaga para pemain SEKOSAS / SABER KS HT yang sentiasa memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk membenarkan anak – anak mereka bermain.
Terima kasih kepada semua para pentadbir SK Taman Kosas dan para pegawai pasukan serta Cik Najwa. Terima kasih... terima kasih.
Juga kepada para guru dan warga SEKOSAS yang padu menyokong, serta mereka yang sentiasa mendoakan keselamatan dan kecemerlangan pasukan.
Hanya tuhan yang membalas kebaikan tuan puan dan para pegawai. Teruskanlah menyokong pasukan ini.
**Sentiasa bersedia. Bukan apa, ini semua atas dasar minat yang mendalam kepada sukan bola baling.
**Saya bukan nak popular, saya cuma nak rasa macam mana puasnya membentuk murid dari zero menjadi hero. Saya nak buat macam cikgu saya buat dulu, mereka mendidik saya sebaik mungkin, dan kini biarlah saya pula yang mendidik anak murid saya sepuasnya sehingga akhir hayat saya.
No comments:
Post a Comment