Sunday, 24 August 2025

PASUKAN BOLA BALING SEKOSAS / SABER KS (KOSAS/KSATRIA) HT L12 P12, 2025 DI KEJOHANAN BOLA BALING PIALA MAHMERI 2025 U12 – K62

Kembali beraksi selepas 4 bulan dalam fasa ‘rehat’. 4 – 5 kali sesi latihan bagi menghadapi kejohanan.

Terima kasih atas jemputan, terima kasih PIBG SK Bukit Bangkong (A).

Assalamualaikum,
Jawatankuasa Pengelola dan Pelaksana Kejohanan Bola Baling Piala Mahmeri merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pasukan yang sudi menyertai kejohanan ini. Syabas dan Tahniah kepada yang berjaya dalam kejohaman ini yang tidak berjaya itu bukan tidak baik tetapi kurang bernasib baik .... Hanya pasukan-pasukan yang terbaik menjadi pilihan kami untuk menjadi jemputan dalam kejohanan ini bagi membantu kami membentuk pasukan bagi menghadapi Karnival Sukan Sekolah Murid Orang Asli. 
Kami memohon ribuan kemaafan jika sepanjang penganjuran ini berlaku kekhilafan, terlanjur kata terlajak bicara .. sekali lagi terima kasih semua ....” -whatsapp-

Pada peringkat kumpulan, cabaran amat getir menanti. Memandangkan pasukan – pasukan yang bertanding bukan calang – calang, pasukan yang pasti ada pemain yang sudah ada pengalaman bermain mewakili negeri masing – masing, bermain di Kejohanan Bola Baling peringkat kebangsaan.

Ya, awak semua nanti akan bersaing dengan pasukan yang mana ada antara pemain mereka yang sudah bermain di peringkat kebangsaan”. Namun para pemain tetap bersemangat ... lawan tetap lawan.

Pihak pengurusan pasukan mengangkat tinggi segala jasa ibu bapa dan penjaga yang memberi sokongan padu kepada pasukan dalam kejohanan ini. Nadi dan tulang belakang pasukan. Dari pergi sehingga semua pemain dihantar semula ke rumah masing – masing. Pengangkutan, makanan, jajan sukan, minuman sukan, motivasi, sokongan emosi dan lain – lain, mendapat bantuan dan sokongan daripada mereka. Terima kasih, terima kasih, terima kasih

TAHNIAH! Atas usaha semua pemain, anda telah memberikan yang terbaik. Satu pengalaman yang amat berharga. Teruskan bermain bola baling.



KEJOHANAN BOLA BALING PIALA MAHMERI TAHUN 2025 BAWAH 12 TAHUN
Tarikh : 23 Ogos 2025 (Sabtu)
Kategori : bawah umur L12 dan P12 (mengikut umur 2025)
Tempat : Gelanggang Arena BBST, Sepang 
Masa : Sepenuh masa
Peringkat : Jemputan
Anjuran : PIBG SK Bukit Bangkong (A)


SENARAI NAMA PEMAIN P12
Adhni, Sumiyya, Nilam, Bella, Iszzara, Afia, Airis, Arissa, Aqilah, Sara, Ayra, Qaseh

Keputusan
Peringkat Kumpulan
1.SABER SEKOSAS HT 2 - 4 SK Cyberjaya
2.SABER SEKOSAS HT 5 - 6 SK Bukit Bangkong A
2.SABER SEKOSAS HT 2 - 6 SK Taman Warisan Puteri 2

Menang -, Belum menang 3, Seri -
Jumlah jaringan 9, Bolos 16
Beza Gol -7
-----


SENARAI NAMA PEMAIN L12
Adam, Aqil, Irfan, Zarif, Arif, Rayyan, Fawwaz, Haiqal, Danish, Amar, Ammar

Keputusan
Peringkat Kumpulan
1.SABER SEKOSAS HT 4 - 3 SK Taman Putra Perdana 2
2.SABER SEKOSAS HT 5 - 7 SK LBJ
3.SABER SEKOSAS HT 3 - 6 SK Taman Warisan Puteri 2

... Tempat Ketiga Kumpulan

Menang 1, Belum menang 2, Seri -
Jumlah jaringan 12, Bolos 16
Beza Gol -4


Sungguh Rejam Juara, Kita No. 1
---------
Berlatih dan terus berlatih.
Pihak pengurusan pasukan amat – amat berterima kasih kepada ibu bapa / penjaga para pemain SEKOSAS / SABER KS HT yang sentiasa memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk membenarkan anak – anak mereka bermain. 

Terima kasih kepada semua para pentadbir SK Taman Kosas dan para pegawai pasukan serta Cik Najwa. Terima kasih... terima kasih.

Juga kepada para guru dan warga SEKOSAS yang padu menyokong, serta mereka yang sentiasa mendoakan keselamatan dan kecemerlangan pasukan.

Hanya tuhan yang membalas kebaikan tuan puan dan para pegawai. Teruskanlah menyokong pasukan ini.

**Sentiasa bersedia. Bukan apa, ini semua atas dasar minat yang mendalam kepada sukan bola baling. 
**Saya bukan nak popular, saya cuma nak rasa macam mana puasnya membentuk murid dari zero menjadi hero. Saya nak buat macam cikgu saya buat dulu, mereka mendidik saya sebaik mungkin, dan kini biarlah saya pula yang mendidik anak murid saya sepuasnya sehingga akhir hayat saya.

No comments:

Post a Comment