Ekspo ini memang ‘superb’. Alhamdulillah. Ekspo ini mengambil tempat pertama mengatasi Karnival Sate di Kajang pada bulan Dec 2012, hasil jualan mengatasi karnival tersebut. MBK ini adalah kali yang kedua disertai oleh NKW selepas MBK- EG Groups di PWTC pada bulan Januari lalu. Ekspo ini diadakan di Stadium Malawati Shah Alam, ‘indoor’ jadi tidak perlu risau panas mentari dan kuyup hujan yang turun.
Ekspo ini punya promosi memang ‘superb’. Sehingga orang seluruh Malaysia datang ke MBK kali ini.
Seminggu selepas ‘Property dan Investment Exhibition KLCC’
atas jemputan (kali kedua) EG Groups. Terima kasih.
Segala komentar penulis di MBK PWTC adalah
sebaliknya.
Kalau di MBK PWTC;
Satu : ekspo ini serba serbinya
mahal. Sewa mahal dan tempat letak kereta pun mahal.
Tapi di MBK Shah
Alam ini, sewanya agak berpatutan sedikit dan tempat letak kereta banyak.
Tempat letak kereta stadiumlah katakan.
Kalau di MBK PWTC;
Dua : ekspo ini tempat makan susah
dan mahal.
Tapi di MBK Shah
Alam ini, tempat makan ada di mana – mana dan harganya berpatutan. Luar dan
dalam stadium meriah dengan makanan dan minuman. Makanan boleh dibawa masuk.
Kalau di MBK PWTC;
Tiga : masa perniagaan 11 pagi – 9 malam.
Tapi di MBK Shah
Alam ini, lebih kurang sama dengan MBK di PWTC, tapi walaupun hanya dibuka jam
11 pagi, tetapi ‘crowd’ nya memang ‘happening’. Semua lapisan masyarakat
yang hadir di MBK kali ini.
Kalau di MBK PWTC;
Empat : PWTC susah nak ‘access’.
Tapi di MBK Shah
Alam ini, semua orang ada dan boleh datang. Semua lapisan masyarakat dan
pelbagai pendapatan datang ke MBK ini. Ada orang yang beli puting susu je untuk
di bawa balik sehinggalah yang berborong beribu – ribu ringgit. Dan kemudian
lokasi diadakan MBK ini memang selesa dan dingin sekali.
Dua pembantu NKW
kata, tidak boleh nak duduk diam dari buka sehinggalah ke malamnya, melayan
karenah pengunjung dan kanak – kanak yang datang ke gerai NKW. Ada tu sampai
bermain pasir 6 kali. Terima kasoh kepada semua pengunjung gerai NKW.
Untuk maklumat perkhidmatan dan perniagaan ‘Sand Arts’, sila klik di sini.
No comments:
Post a Comment