Wednesday 27 November 2013

NAIMO KIDZ WORKSHOP @ MOTHER, BABY AND KIDS EXPO SHAH ALAM (MBK) (cerita 18)


5 Julai 2013 – 7 Julai 2013 (Jumaat - Ahad)

Kali kedua menyertai MBK Shah Alam anjuran EG Groups (kali yang keempat projek anjuran EG Groups), yang pertama ialah pada bulan April lalu. Lokasi tetap di lokasi yang sama iaitu di Stadium Melawati  Shah Alam.

Penyertaan kali ini diakui tidak sehebat seperti yang pertama dahulu. Biasalah adat berniaga ada naik dan turunnya. Itu semua orang yang menceburi bidang perniagaan kena faham. Kalau tak jangan berani nak terjun dalam bidang perniagaan.


Tidak mengapa kita layan gambar dulu... lepas tu saya buat rumusan, ‘post-mortem’ projek ini.





Gerai NKW tetap dikunjungi oleh kanak – kanak yang datang bersama ibu bapa untuk membeli belah barangan keperluan bayi mereka. Namun kehadiran pengunjung yang agak tidak ramai memberi kesan kepada perniagaan NKW. Ini memang diakui sendiri oleh beberapa orang peniaga yang ada di MBK kali ini. Ia memang dirasai.


Pintu masuk ke kawasan pameran selain daripada pintu utama di tingkat bawah berdekatan dengan kawasan tempat letak kereta yang luas. Pintu masuk ini boleh dimasuki melalui Jalan Persiaran Sukan, seterusnya menuju ke jalan masuk ke Stadium Shah Alam berdekatan dengan Bulatan Stadium.

Antara faktor – faktornya ialah, pertama : tarikh berlangsungnya MBK ini adalah 3 hari sebelum tibanya bulan Ramadan. Kuasa membeli di kawasan Shah Alam ini terdiri daripada orang – orang Melayu Islam. Jadi kebanyakan mereka lebih tertumpu kepada persediaan menyambut Ramadan. Seperti membeli belah bahan – bahan mentah untuk masak pada waktu berbuka Bulan Ramadan nanti.

Kedua : MBK kali ini diadakan bukan pada masa kakitangan kerajaan mahupun swasta menerima gaji mereka. Mungkin faktor ‘duit dah berkurangan’ juga memberi kesan kepada kehadiran pengunjung ke ekspo kali ini.



Baiklah setakat itu sahaja kali ini... kita jumpa lagi In Sha Allah. Pengalaman yang diperoleh tidak boleh dibeli melalui wang ringgit tetapi perlu melaluinya sendiri.

Untuk maklumat perkhidmatan dan perniagaan ‘Sand Arts’, sila klik disini.

No comments:

Post a Comment