30 Ogos 2013 – 1 Sept 2013 (Jumaat - Ahad)
Ini merupakan
ekspo / karnival kali yang ke 12. Alhamdulillah sebab diberikan kekuatan dan
semangat kerana dalam setahun banyak yang NKW pelajari. Dari sekecil – kecil ekspo
sehinggalah sebesar ekspo. Dari semurah – murah sewa tapak yang ditawarkan
sehingga sewa tapak yang mencecah ribuan. Ini semua pengalaman / ilmu yang
tidak mungkin diperoleh dalam kelas universiti atau kelas dalam bilik darjah.
Melalui ‘billboard’ iklan yang ada di Lebuhraya Persekutuan, NKW memberanikan diri menghantar email ke Harenet berhasrat untuk menyertai ekspo ini. Keesokan harinya NKW dihubungi oleh pihak Harenet dan berlakulah tawar menawar harga sewa tapak (dapat juga harga berpatutan, jika dibandingkan dengan sewa tapak karnival seumpama ini yang lain). Individu yang menghubungi NKW tidak pernah bersua muka dengan penulis berbanding individu EG GROUPS yang peramah dan sangat membantu.
Pengalaman NKW meng’loading’ barang. Istilah ‘loading bay’ sudah menjadi biasa bagi NKW, sejak terlibat dengan ekspo seumpama ini. ‘Loading bay’ merupakan tempat di mana kita letak kereta / lori pengangkut melalui pintu masuk yang ditetapkan untuk meletakkan barang di kawasan perniagaan. ‘Loading’ selalunya diadakan sehari sebelum ekspo bermula.
Sebelum ke ‘loading bay’ perlu ambil pas masuk dulu
dan kemudian melapor diri ke pak guard. Rasa agak terpegun bila kali pertama
memasuki dewan pameran KLCC. Pertama kali menyertai ekspo di tempat ekslusif
seumpamanya – tidak mengapa, kutip pengalaman sebanyak mungkin.
Banyak pula
pantang larangnya. Teringat penulis apabila mengangkat barang NKW ke gerai
melalui pintu masuk utama – masa tu ekspo sudahpun bermula. Pak guard berkot
tidak membenarkan menggunakan troli melalui pintu utama. Letih penulis turun
balik ke tempat letak kereta (kene bayar RM8 sejam, selepas jam 7 malam kena bayar
RM20 sekali masuk) dan simpan troli dalam kereta dan angkat barang dengan
tangan. Aduh letihnya!.
Ini kedudukan gerai NKW. Walaupun berdekatan dengan pentas utama tetapi agak tersorok. Terasa kehadiran NKW seperti ada, tapi kalau tidak ada pun tidak mengapa.
Cuba lihat dewan KLCC yang betul – betul besar dan luas. Sayup mata memandang. Hujung yang sana memang tidak nampak.
Nampak tak label NKW pada kod B009.
Untuk maklumat perkhidmatan dan perniagaan ‘Sand Arts’, sila klik di sini.
No comments:
Post a Comment