Lama rasanya penulis tidak penulis di blog penulis. Minta maaf kepada semua
pembaca setia blog imzaron kerana tahun ini agak sibuk. Baru cuti sekolah ini
berpeluang kembali menulis. Doakan penulis sentiasa diberi kekuatan dan
semangat untuk menulis segala pengalaman untuk dikongsi bersama dengan para
pembaca. Terima kasih penulis ucapkan kepada semua pembaca yang sudi singgah ke
blog ini.
Sebenarnya banyak yang penulis ingin kongsikan bersama dengan para pembaca.
Tapi penulis mulakan dengan ‘pergi
bercuti bersama keluarga di Pulau Langkawi’. Selepas 6 tahun penulis
kembali ke Langkawi. Kali terakhir melawat Langkawi pada tahun 2007. Itupun
bawa rombongan sekolah ke sini. Jadi pada waktu itu tidak berkira – kira sangat
mengenai ‘budget’ sebab ikut pakej
lawatan sekolah. Jadi tahun ini dengan semangat berkobar – kobar isteri dan
anak – anak, akhir penulis kembali ke sini.
Ditambah dengan ‘declaration’
oleh seorang pak menteri ni yang nak menjadikan Langkawi sebagai ‘percutian mewah’.... nanti tidak
berpeluanglah orang yang berpendapatan sederhana dan rendah untuk ke
Langkawi... jadi penulis hendak berkongsi pengalaman lebih – lebih lagi
mengenai bujet ke sana.
Penulis ke Langkawi pada 23 November – 25 November 2013 (Sabtu – Isnin)....
musim cuti sekolah.
Sehari sebelum bertolak – Jumaat – ‘mood’
bercuti belum datang. Tapi selepas isteri balik kerja dan berkemas barang sama
– sama baru ‘mood’ itu datang. Apa
lagi digeledah semua beg – beg gedabak yang pernah suatu masa dulu pernah
dibawa ke Dundee, Scotland. Berhabuk tak terkira.
23 November 2013 (Sabtu)
Kali ini pergi ke Langkawi dengan menaiki kapal terbang ‘Firefly’ – ‘booking’ tiket melalui atas talian 5 bulan sebelum tarikh pergi.
Harga pun boleh tahan jugak mencecah hampir riban – riban juga (tapi untuk 6
orang).
Menuju ke Subang jam 11.00 pagi dengan menaiki teksi. Naik teksi (teksi
bermeter) harganya ialah RM50. Tapi
terima kasih kepada En Yanto (pemandu teksi) yang mana penulis kenal suatu masa
dahulu (penulis pun suka dan naik teksi) yang sudi menghantar kami sekeluarga
ke Subang dan ambil kami semula bila balik nanti. Kalau sapa – sapa nak guna
teksi boleh telefon En Yanto ini (016-3262025)... dia memang baik, peramah,
ringan tulang dan paling utama orangnya menepati masa. Kalau janji pukul 11
pagi, 10.59 dia akan tiba. Terima kasih Ya Allah kerana kenalkan penulis dengan
insan seperti En Yanto.
Semua permata hati sempat bergambar sementara menunggu teksi untuk datang
Selepas makan tengah hari, jam 1.00 pergi ke Balai Berlepas, perlu buat pemeriksaan Imigresen dan semua Alhamdulillah berjalan lancar.
Panorama Langkawi apabila hampir tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa
Langkawi.
Dalam pesawat ada disediakan kudapan sedikit (masa tu penulis makan kek
dengan air mango)
‘Touch down’ di Lapangan Terbang
Langkawi
Bila tiba di Langkawi jangan lupa dapatkan Peta Pelancongan Langkawi.
Kami ke Langkawi sebenarnya beramai – ramai dengan ahli keluarga yang lain.
Adik ipar penulis telah pun berada di Langkawi untuk membantu menguruskan
kereta sewa dan penginapan.
Harga sewa sebuah Avanza ialah RM 120
sehari manakala untuk sebuah kereta Innova ialah RM140 sehari, dan Urvan ialah
RM200 sehari... tapi hari itu kami ditekan sehingga RM270 sehari. Ini berlaku
ketika waktu puncak iaitu pada waktu cuti sekolah.
Jadi kami menyewa dua buah Avanza untuk dua hari (RM120 x 2 x 2 = RM480). RM240 sebuah. Minyak tuang sendiri. Tuang minyak untuk Avanza ialah
RM70 untuk 2 hari.
Kami terus ke tempat penginapan kami di Century Suria Apartment iaitu di
Pekan Kuah. Perjalanan mengambil masa 20 minit dari Lapangan Terbang.
Tempat tinggal kami dengan 3 bilik (berhawa dingin) dan 2 bilik air, kolam renang, lif, dapur dan ruang tempat letak kereta yang luas. Berdekatan dengan pekan Kuah yang macam – macam ada.
Untuk tempat tinggal pula sehari RM300. Kami sewa dua buah apartment (RM300
x 2 x 2 = RM1200). Tapi untuk satu rumah RM600.
Tiba di tempat penginapan jam 4.30 petang dan berehat sebentar. Malam tu
isteri dan anak – anak bersama ahli keluarga yang lain pergi membeli belah ‘sudu’ di Idaman Suri, tempat paling
popular untuk membeli pinggan mangkuk. Bagi penulis pula, kena teman anak
penulis yang tiba – tiba demam malam tu.
Lagipun penulis penat membeli belah bahan mentah di Pasaraya Billion di
Pekan Kuah untuk dimasak di tempat penginapan. Antara yang wajib dibeli ialah
roti, biskut, maggi in cup, beras, sardin, telur, bawang, sos dan kicap. Habis
dalam RM100.
24 November 2013 (Ahad)
Di sini juga adanya ‘Oriental Village’ yang mana banyak kiosk, gerai, kedai yang jual cendehati Langkawi.
Penulis sedang menunggu kaunter tiket dibuka jam 9 pagi. Oh ya! Jangan lupa bawa mykad / mykid, sebab rakyat Malaysia akan mendapat harga diskaun. Jadi naik kereta kabel ni harga tiketnya adalah, dewasa (tanpa mykad RM30, tunjuk mykad RM15) kanak – kanak (tanpa mykid RM20, tunjuk mykid RM10). Banyak jimat tu. Bayi umur bawah 2 tahun percuma. Jadi penulis kena bayar RM60 sahaja.
Jumlah perbelanjaan setakat naik kereta kabel ialah RM1160.00.
Semua gambar – gambar di atas merupakan panorama di Kereta Kabel. Sini habis berbelanja membeli kudap – kudap dalam RM100. Beli cendehati, makan dan minum.
Sempat menaiki kereta kuda (sementara menunggu ahli keluarga yang lain turun dari Kereta Kabel) dengan bayaran RM5 sekepala di Kereta Kabel. Hanya pusing – pusing ‘Oriental Village’ selama 5 minit. Bayaran RM25.
Tiba di sini lebih kurang jam 1 tgh. Terus beli tiket. Sekali lagi jangan lupa tunjukkan mykad / mykid, sebab rakyat Malaysia akan mendapat harga diskaun. Jadi harga tiketnya ialah, dewasa (tanpa mykad RM38, tunjuk mykad RM28) kanak – kanak (tanpa mykid RM28, tunjuk mykid RM18). Banyak jimat tu. Bayi umur bawah 2 tahun percuma. Jadi penulis kena bayar RM110 sahaja. Tapi mahal sedikit dari Kereta Kabel.
Pada
pendapat penulis jika dibandingkan dengan Aquaria KLCC, minta maaf cakap
Aquaria KLCC lebih berbaloi untuk dilawati berbanding dengan Underwater World
Langkawi. Aquaria KLCC lebih hebat dari segi landskap dan persembahannya.
Langkawi juga terkenal sebagai syurga membeli belah. Pasaraya dan pusat membeli belah adalah ‘tax free’, yang kononnya harga lebih murah berbanding tanah besar.
Jadi kalau nak ke Langkawi mesti bawa bujet lebih sikit dan diasingkan
dengan perbelanjaan lain. Barangan yang dibeli oleh penulis, isteri dan anak –
anak adalah terkawal. Antara yang dibeli ialah pinggan mangkuk, periuk 3
beranak, coklat, baju t-shirt Langkawi yang mana jumlah ringgit kesemuanya
ialah RM1200.00.
Dataran Lang ini terletak berdekatan dengan ‘Jetty Point’. Terdapat 2 lagi taman berdekatan iaitu Taman Legenda dan Taman Komanwel. Lokasi ini sangat sesuai untuk riadah dan rekreasi.
Beli lagi cendehati di sini. ‘Keychain’ dan ‘fridge magnet’. Berbelanja habis RM40.
Lebih kurang jam 6.30, penulis sekeluarga gerak ke tempat penginapan. Malam nanti nak ke Uptown Pekan Kuah. Matlamat nak cari t-shirt Langkawi sebagai cenderahati untuk sanak saudara. Makan malam sardin, kicap, telur, nasi, air kosong sebelum bergerak ke Uptown.
Matlamat tercapai. Untuk makluman pembaca, lokasi Uptown Pekan Kuah juga
merupakan syurga membeli belah Langkawi. Antara nama peniaga yang popular di
sini ialah Ismail Group yang jual macam – macam.
Melepak sampai jam 11 mlm pekena Char Kueh Teow dan teh ais yang dijual di
dalam balang air. Satu inovatif yang baik. Hari esok menanti, hari yang
terakhir.
25 November 2013 (Isnin)
Pagi – pagi penulis keluar cari sarapan. Beli nasi lemak, kuih muih dan teh
tarik sedap di gerai berdekatan tempat penginapan. Belanja RM 50.
‘Check in’ beg – beg (Eh! Macam bertambah je bilangan beg).
Penulis sempat bergambar dengan mercu Langkawi di lapangan terbang ... Burung Helang.
Panorama atas awan – Subhanallah, nampak awan berkumpul - kumpul
Tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah jam 1.45 petang, lepak di
Kopitiam dan sekali lagi Teksi En Yanto (Tambang teksi RM50) membawa kami sekeluarga ke Ampang. 3.30 petang tiba di rumah.
Alhamdulillah, perjalanan pergi balik penulis sekeluarga dibawah lindungan
Illahi.
Melawat ke Langkawi selama 3 hari 2 malam tidak puas kerana tidak sempat
untuk melawat kesemua lokasi menarik. Setelah dikira kesemua perbelanjaan untuk
percutian kali ini ialah RM2765 tidak termasuk tambang
pengangkutan.
Untuk pengangkutan, jika ke Langkawi
dari Kuala Lumpur dengan menaiki kereta + tol + Feri ialah RM500 (lebih
kurang). Manakala jika ke Langkawi dengan menaiki kapal terbang ialah RM1800
(lebih kurang).
Namun kalau panjang umur In Sha Allah akan ke sini lagi, dengan perancangan
yang lebih teratur... kali ini nak cuba bawa kereta masuk Langkawi. Senang
simpan barang jika pergi ‘shopping’.
Harap perkongsian ini bermanfaat untuk pembaca blog ini, terutama dalam
buat bujet untuk ke Langkawi. Terima kasih, jumpa lagi. Assalamualaikum.
Kembali ke :
Jalan – jalan Malaysia -
Intro
No comments:
Post a Comment