Tuesday, 29 June 2010

Sebuah Kisah di Dundee, Scotland... siri 7

SCOTLAND, IDENTITI, SIMBOL DAN IKON

TARTAN
Kain berpetak yang jelas yang berasal daripada Tanah Tinggi yang sekarang menjadi ikon Scotland. Tartan dipercayai berasal dari Perancis. Pernah digunakan sebagai uniform tentera Britain pada kurun ke 18.


Catatan penulis : Setakat ini hanya pernah menyentuh sahaja kain tartan ini, itu pun kebetulan kain tartan tu tergantung di luar kedai. Iaitu tahun lepas bulan Julai 2009, di sebuah Market di Inverness semasa penulis dan keluarga membawa dua orang kawan, seorang dari London dan seorang dari Malaysia (dua – dua orang Melayu-Malaysia) berjalan – jalan ke Tanah Tinggi Scotland. Tetapi penulis merancang hendak beli beg duit atau apa - apa yang diperbuat daripada Tartan sebagai cendehati kenang – kenangan dan cenderahati untuk keluarga dan kawan – kawan di Malaysia.

KILT
Feileadh Mor adalah pakaian Tartan yang tidak berjahit, panjangnya lapan meter (dulunya lima meter), dan mempunyai lipatan tebal pada bahagian belakang dan tepi, dengan lipatan dijahit bersama pada bahagian pinggang. Dipakai bersama – sama denga tali pinggang khas. Kilt selalunya dipakai dalam majlis- majlis rasmi seperti perkahwinan dan juga pada Sukan dan Permainan Tanah Tinggi (‘Highland Games’) atau lain acara keramaian.


Catatan penulis : Pernah lagi mencuba dan teringin sangat untuk mengenakan pakaian ini satu hari nanti. Boleh juga kalau memiliki satu set kilt ni. Mesti gempaknya.

BAGPIPE
Bagpipe ialah peralatan muzik kebangsaan bagi Scotland dan ia mewakili musik yang berasal daripada Tanah Tinggi Scotland. Tiga paip yang terkeluar ke atas menghasilkan bunyi yang sekata, dengan paip yang keempat yang mempunyai sembilan lubang untuk mengubah kod dan nada. Begnya diperbuat daripada kulit biri – biri yang diisi dengan udara, di mana ia ditekan oleh tangan untuk menolak udara keluar.



Lihat video di bawah untuk mendengar alunan muzik Bagpipe – diambil ketika Majlis Konvokesyen isteri penulis baru – baru ini 25 Jun 2010 (Jumaat)



Catatan penulis : Banyak kali juga penulis mendengar dan melihat permainan muzik Bagpipe ini, terutamanya di Pusat Bandar Dundee. Baru – baru ini, ia dimainkan sempena konvokesyen isteri penulis pada 25 Jun 2010 (Jumaat).

MAKANAN DAN MINUMAN SCOTLAND
Haggis
Makanan kebangsaan negara Scotland. Orang yang pertama melihatnya pasti akan rasa tidak teringin untuk mencubanya disebabkan oleh keadaannya. Kalau nak digambarkan haggis adalah seperti sosej tapi ia lebih besar. Ia merupakan sosej atau puding (hidangan manisan) yang diperbuat daripada tepung oat dan daging yang dicampur bersama suet (lemak yang membaluti buah pinggang lembu atau kambing), bawang dan rempah. Secara tradisionalnya, ia dimasak dalam perut biri – biri, tetapi hari ini ia selalunya di dalam kulit sintetik moden dan dihidangkan bersama ‘neeps and tatties’ (turnip lecek dan kentang). Terdapat juga versi ‘vegetarian’.


Catatan penulis : Setakat ini belum mencuba dan tidak akan cuba kot.

Irn Bru
Minuman ringan yang berwarna jingga yang terkenal sebagai ‘Minuman Lain Kebangsaan Scotland’ dan ia popular di beberapa bahagian di UK. Ia merupakan minuman tenaga seperti 100-plus kalau di Malaysia.


Catatan penulis : Minuman yang mudah diperolehi di mana – mana pasaraya dan kedai runcit di sini. Minuman popular bagi Orang Scotland. Ada dalam bentuk botol (seperti gambar di atas), botol kecil dan juga dalam bentuk tin. Minuman ringan bergas dan rasanya seakan – akan 100 plus Malaysia (bagi pendapat peribadi penulis).

BAHASA
Dalam abad ke 10, bahasa utama Scotland ialah Gaelic. Namun bahasanya telah semakin mengecut beberapa ratus tahun kebelakangan ini, dan hanya menjadi bahasa digunapakai di tanah tinggi. Hari ini Gaelic masih digunakan di bahagian Barat dan di pulau – pulau. Sekarang, penutur Gaelic juga boleh berbahasa Inggeris/Scots. Gaelic masih digunapakai secara berterusan dalam penulisan dan perbualan serta dalam Mod, iaitu Festival Nyanyian dan Puisi Gaelic.

Bahasa pertuturan lain orang Scotland ialah Scots, satu bentuk ‘Bahasa Inggeris’ yang mana berkembang dari dialek Northumbrian Anglo-Saxon (Cuma merupakan dialek Lembah Thames di England yang berkembang menjadi apa yang dipanggil hari ini ‘Bahasa Inggeris Standard’.

Bahasa Scots telah menyerap beberapa bahasa lain seperti bahasa Perancis, Jerman dan bahasa Norway dan Skandinavia dan merupakan ucapan standard bahasa Istana sehinggalah James VI mewarisi takhta Istana England pada tahun 1603 dan berpindah ke England. Akhirnya, dengan Kesatuan Parlimen tahun 1707, Bahasa Inggeris menjadi bahasa rasmi pentadbiran. Bahasa Scots masih dituturkan di bahagian Utara-Timur UK, dituturkan oleh komuniti peladang dan nelayan menjangkaui kawasan Gunung Grampian, di mana ia masih boleh didengar dengan jelas.

Beberapa perkataan Bahasa Orang Scotland (Scots) :
lochs - tasik
glen - lembah
firth – kuala atau muara sungai sama juga fjord
kirk - gereja
cairn – monumen batu atau kawasan tepi bukit yang digunakan oleh orang kuno dulu untuk pelbagai tujuan
links – bukit pasir
shire – kawasan tanah atau bahagian negara
munro – sebarang gunung yang mempunyai ketinggian lebih 3,000 kaki; dinamakan sempena nama Sir Hugh Munro orang pertama yang menyenaraikan kesemua 284 gunung tersebut.
neeps and tatties – turnip dan kentang (secara tradisi dimakan bersama – sama haggis, makanan tradisional)
Ane/Ain - Satu
Bairn - Kanak - kanak (daripada perkataan Skandinavia)
'The Cash' – kata pendek bagi NCR (pembuat mesin ATM)
Circle - bulatan
Cundie - Longkang
Dub - Lecak
Eh (bunyi seperti 'e' dalam perkataan 'elephant') - Aye/Yes
Fleg - Takut
Gie's - Give me
Green – Boleh digunakan merujuk kepada apa –apa ruang terbuka berwarna hijau
Ken - Tahu
Kent – Sudah tahu
Midden - tong sampah atau berselerak
Minging – berbau/menjijikkan
Peh - pai daging

Penulis cuba untuk mencari video klip yang boleh kita dengar tentang loghat Bahasa Scots ni tapi masih tak jumpa yang sesuai.... nanti kalau jumpa penulis masukkan kemudian.

Catatan penulis : Pengalaman pertama penulis bercakap dengan orang Scotland – peristiwa berlaku di pusat bandar, penulis bertanyakan di mana boleh dapat peta laluan bas. Orang Scotland jawab dalam bahasa Scots/Scottish..... ayat yang panjang tapi hanya beberapa perkataan sahaja yang penulis boleh tangkap. Penulis ulang beberapa kali tempat yang disebut oleh orang itu dan akhirnya... ooohhh itu dia nama tempat tu ‘Kieler’ rupanya.... tapi yang dia sebut tu macam bukan jer. Penulis ambil peta tersebut di pejabat kaunter bas Travel Dundee. Pengalaman penulis bercakap dengan orang Scotland, kena pasang telinga besar – besar dan tumpukan perhatian sepenuhnya. Kadang – kadang perkataan yang terkeluar tidak ada pernah dalam kamus Bahasa Inggeris penulis.

MATAWANG SCOTLAND
Matawang Scotland ialah Pound Sterling. 100 pence adalah bersamaan satu pound. Simbolnya ialah £ atau kadangkala ialah ditulis sebagai GBP (Great Britain Pounds) dan simbol untuk pence ialah p.

Dibandingkan di Malaysia, 1 pence adalah sama dengan 1 sen duit Malaysia dan 100 sen bersamaan Ringgit Malaysia Satu.

Oleh itu dua pound empat puluh pence ditulis sebagai : £2.40 atau GBP 2.40. Dua puluh pence ditulis sebagai 20p.

Buat masa ini matawang yang digunakan adalah seperti berikut :
Duit syiling : 1 pence, 2 pence, 5 pence, 10 pence, 50 pence, satu pound, 2 pound. Kepingan 1 dan 2 pence adalah gangsa, Kepingan 5, 10, 20 dan 50 pence adalah perak dan kepingan 1 dan 2 pound adalah emas. Semua duit syiling mempunyai kepala Ratu pada bahagian depan.




Dari masa ke semasa, terdapat duit syiling khas yang direka untuk beberapa sambutan ulang tahun dan acara.

Di sini, 1 sen masih digunakan dalam penetapan harga, tidak seperti di Malaysia yang mengunakan nilai yang dibulatkan.

Matawang kertas : Ia adalah £5.00, £10.00, £20.00 dan £50.00.

Bank of England mengagihkan matawang kertasnya di seluruh UK. Di Scotland, bank – bank seperti Bank of Scotland, Clydesdale Bank dan Royal Bank of Scotland mengeluarkan matawang kertas mereka sendiri. Untuk catatan tambahan, hanya Royal Bank di UK yang masih menghasilkan matawang kertas £1.00.

Matawang kertas yang dihasilkan oleh bank – bank ini adalah matawang sah yang boleh digunakan di seluruh UK. Walaubagaimanapun, ramai orang luar dari Northern Ireland dan Scotland tidak biasa dengan matawang kertas tempatan dan kadangkala ditolak jika membuat bayaran di England. Walaubagimanapun ia tidak betul, semua matawang kertas diterima dan jika terdapat masalah dalam dalam menggunakannya bolehlah ditukar di mana – mana bank untuk mendapat matawang kertas England.

Matawang kertas yang berwarna – warni, memberikan gambaran yang berbeza apabila kita melawat Scotland dan mengumpul beberapa matawang kertas ini sebagai cenderahati merupakan aktiviti popular bagi pelancong. UK tidak menggunakan matawang yang sama sepertimana negara – negara Eropah yang lain. Sementara kebanyakan negara dalam Kesatuan Eropah telah menggunakan matawang Euro sejak 1 Januari 1999 tetapi UK masih menggunakan matawangnya sendiri.

Catatan penulis : Kan bagus kalau Malaysia pun masih menggunakan nilai satu sen. Jadi kalau berlaku kenaikan harga barang tidaklah naik sampai berpuluh – puluh sen, mungkin naik cuma beberapa sen sahaja.

Sumber rujukan : scottishtours, wikitravel, scotland

Pautan berkait :
Sebuah Kisah di Dundee, Scotland... siri 7 – Bahagian 2 (Akhir) - Raksasa Loch Ness

No comments:

Post a Comment