Monday 16 September 2019

Pasukan Bola Baling SK Taman Kosas 2019/2020 – K6

Masa untuk menjadi lebih agresif

Aktiviti : KEJOHANAN SIRKIT 2 BOLA BALING GOMBAK 2019
Kategori : Perempuan bawah 11 tahun
Tarikh : 25 Ogos 2019 (Ahad)
Tempat : SK Taman Tasik Puteri 2, Rawang
Anjuran : SK Taman Tasik Puteri 2, Rawang


Berdiri dari kiri :
Aina, Elly, Danisya, Jannah, Batrisyia
Duduk dari kiri :
Nana, Ain, Farisya, Qistina

Sehari selepas berguru di Johor, pasukan Bola Baling (P) u11 SK Taman Kosas terus menyertai Kejohanan Sirkit 2 Bola Baling Daerah Gombak 2019. Setelah sirkit pertama yang diadakan pada sebulan yang lepas, dengan mendapat tempat yang keempat daripada 5 pasukan, berbekalkan ilmu dan pengalaman yang diperoleh di Johor - agresif dan kepantasan, pasukan berjaya mengecapi kejayaan pada kali ini, Alhamdulillah.

Semangat pasukan untuk berjaya, berjaya ditunjukkan dalam setiap perlawanan. Dengan format yang agak berbeza kali ini, johan setiap kumpulan akan terus berentap di final. Alhamdulillah berjaya menempatkan diri di final kali ini bertemu dengan SK Seri Hartamas. Final ulangan di Kejohanan Persahabatan anjuran SK Seri Hartamas pada bulan Julai yang lepas.

Keputusan perlawanan adalah seperti berikut, SK Taman Kosas 8 - 0 SK Taman Seri Gombak, SK Taman Kosas 2 - 1 SK Lembah Keramat, SK Taman Kosas 8 - 7 SK Seri Hartamas (masa tambahan)

Tahniah diucapkan kepada semua pemain!!! Tidak dilupakan kepada semua guru pengiring yang terlibat.

Jutaan terima kasih kepada semua pihak seperti para ibu bapa, pentadbir dan semua warga SK Taman Kosas yang menjadi pemain kelapan, membantu dan menyokong kami... PASUKAN BOLA BALING SK TAMAN KOSAS.

Kepada mana - mana organisasi atau orang perseorangan yang ingin menyumbang dana kepada pasukan ini... amatlah dialukan - alukan. Segala sumbangan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Boleh hubungi saya di 0132795903.

No comments:

Post a Comment